Setahun kemudian, sambut Ramadhan sebagai isteri. Masa ni ada sedikit rajin sebab dah ada encik suami kan, so rajin bangun pukul 4 dan masak sesuka hati. Masa tu juga, adik dah ada sebagai peneman. So bertambah-tambah rajin sebab ada banyak mulut nak makan, seronok!
Setahun kemudian, sambut Ramadhan sebagai bakal ibu. Pernah aku coretkan perasaan aku di entri ini. Owh ya! Ketika itu juga aku cukup setia ditemani Bushy. Anak kucing yang aku ambil di SPCA ketika dia berumur 4 bulan. Namun sekarang dia telah tiada, mungkin dicuri orang lain. Cis!
Dan tahun ini, Ramadhan kembali lagi dengan Qalesya Alia disisi. Bolehkah aku mengemudi kapal ini sebaik mungkin. Semoga Allah membantu aku dan semoga Qalesya Alia memahami tanggungjawab ibunya yang juga seorang isteri kepada ayahnya :).
Yang pasti, Syawal tahun ini sangat dinanti, bukan sahaja oleh aku tetapi oleh seluruh ahli keluargaku.
Sepanjang Ramadhan ini, adik aku Fairoz berpeluang menjadi Imam tarawikh di Surau Kampung Buntung, Ipoh. Alhamdulillah.
Abang aku pula Ayop, akan bertunang Syawal ini insyaAllah.
Tahun bermakna buat kami semua :)
InsyaAllah.
Anugerah Tuhan paling bermakna |
sukanya dgn entry ini..
ReplyDeletedebaran yang mmg normal utk seorang mami kepada babi Q
wah!! adik kamu, buatkan kak sangat2 terharu, manakala abang kamu ayop pula, semoga majlis pertunangannya berjalan dgn lancar.
dik, kak ayu mohon kemaafaan spjg persahabatan kita kak ada terkasar bahasa penulisan ya..
salam ramadhan
slamat berpuasa duhai wanita mutalib!
ReplyDelete