Tabungan

22 August 2011

Kalau Ya Anak Kau Salah, Janganlah Pukul Bagai Nak Mati!

Salam.
Sekali lagi bercerita tentang kisah Flat Kenanga ni.

Semalam, mungkin hari yang penat buat Q. Menyusu kat depan tv, terus tertidur. Dengan pakai skirtnya, tak bersalin diapers lagi, boleh dia terlelap. Biarkan dia sekejap, pastu biarkan dia terjaga sendiri. Masa dia terjaga, terus express tukar baju segala, macam orang kat tempat pit stop lumba kereta tu.... prit pret ting tong! Dah siap heee.

Terus bawak Q masuk bilik, menyusu, ting tong ting tong, dia pun tidur semula. Mami dia apa lagi, wajiblah tidur sekalikan...

Tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba Encik Suami gerak. Katanya ada orang tengah pukul anak, meraung-raung budak tu dibuatnya. Katanya mahu pergi tengok sekejap. Tak boleh dibiarkan katanya.

Aku terus keluar bilik, bukak tingkap, memang jelas dengar suara ayah tengah marah anak, suara anak tengah meraung minta jangan pukul, dan ada lagi suara budak lain menangis, mungkin adik-adik yang lain. Suara ayah dia, MasyaAllah memang garang sungguh. Anak dia pulak dah merayu-rayu kata sakit dan mohon untuk jangan pukul lagi.Boleh juga dengar hentakan lari ke sana kemari, mungkin si budak cuba untuk larikan diri, ada juga bunyi pukulan, dan bunyi barang-barang jatuh.

Sedih betul semalam. Dengar budak itu merayu. Dengar budak itu kena pukul.

Ya, mungkin dia bersalah. Kata suamiku, apa yang dia dengar dari kumpulan orang yang berkumpul di bawah semalam, si budak berkelakuan nakal dengan membaling mercun kepada kawannya secara terus.

Ya, jelas dia ada lakukan kesalahan. Jelas. Tapi kalau kalian dengar cara pukulan dan raungan budak itu, rasanya seperti nak mati pukulan ayahnya itu.

Memang dia salah, tapi tak perlu rasanya memukul bagai hendak membunuh.

Memang dia salah, perlu ada sebatan, tapi perlukah sampai didengari satu flat sebegini.

Memang dia salah, tapi tiadakah cara lain selain daripada pukulan maha dasyat yang jelas didengari keseluruhan penghuni.

Serius, memang sayu rintihan budak itu semalam. Ku bayangkan anak kecil yang dipukul. Halahai.

Tapi apakan daya. Macam kata pak guard kami semalam. Itu hal mereka. Apa kita boleh buat. Melainkan gila melampau, dia telah bersedia untuk menelefon polis.

Gila!


Ger-------am!!!!

4 comments:

  1. betul lah. itu la nafsu amarah, kalau dituruti, diri sendiri pon tak sedar boleh jadi jenayah. bile tengah tenang n bole fikir secara waras, baru nak rasa menyesal. kalau mangsa dah mati, menyesal pon takde guna.. hish~

    ReplyDelete
  2. i pon tak paham orang yg macam ni..sometimes bila g jalan kat sopping mall nampak parents marah anak kaw2 depan orang ramai siap kene pukul lagiks (sorry to say la selalu cha ya nun alip ske wat camni) jatuh kesian..marah,tampar mcm org gile terjerit-jerit.. imagine la...walaupun depa ni budak2 lagi tapi depa pun ada tau rasa malu...respect your kids if you expect them to respect you betul tak??

    ReplyDelete
  3. giler namanyer tuh..
    jgn wat Q camtu ek..;)

    ReplyDelete
  4. Ishh..saya kalau dengar atau tengok orang pukul anak hati rasa sayu dan sedih, dah nama pun budak banyak yang nakal kita mak bapak yang kena kaunselling diaorang. Pukul tu boleh buat budak makin memberontak pahtu marahkan anak pulak.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...