Nasi Lemak 2.0 ni memanglah sangat-sangat menganggu hidup mak. Dalam 'timeline' Twitter mak, sana-sini memuji kehebatan filem ni. Yang berlakon pun memang 'top' seperti Adibah Noor dan Afdlin Shauki. Pendek kata, mak memang nak sangatlah tengok filem ni. Cumanya kena tunggu dalam Astro First jugalah nampak gayanya.
Tengah asyik-asyik bercerita tentang Nasi Lemak 2.0, barulah juga mak tahu yang filem ni hasil air tangan adik Namewee kita ni.
Namewee ni 'glamor famous amos'. Pernah mencetuskan kontroversi kerana memperlekehkan Negara, caca marbakan Lagu Negaraku, dan juga menghina wanita bertudung dan azan subuh.
Dan kini, boleh pula buat filem yang didakwa bertunjangkan 1Malaysia.
Korek punya korek punya korek, mak jumpa artikel ini.
Yang Namewee pula, haruslah meletop bila baca tulisan tersebut.
Dia pun balas tulisan tersebut dengan video ini.
Kalau siapa-siapa nak tengok video tersebut, boleh pergi ke blog Bro Framestone.
Fikir-fikirkan dan selamat jalan!!
Salam..
ReplyDeletesusah manusia nih kekadang di tegur salah dibiarkan pun salah..memang dengar orang cakap cita nih best..
mace2...ish2...
ReplyDelete