Tabungan

08 January 2012

Warded lagi

Jam dah hala pukul 3.20 minit pagi.
Mak dah terjaga, sebab mesin yang bersambung ke tangan kanan Qalesya dah menjerit-jerit.
Qalesya pun wajiblah terjaga sekali.
Tapi nasib baik dia tak menjerit senada dengan mesin itu.

Jururawat berbaju sejuk dah datang betulkan mesin itu.
Mesin itu kembali senyap bekerja macam biasa.
Qalesya sambung tidur selepas mak nyanyi nyanyi sumbang sebelah telinga dia.

Tapi mak tak dapat tidur.
Mak tengah tengok Qalesya tidur.
Kasihan anak mak.
Demam.
Muntah.
Tak nak makan.
Hasilnya, wayar bersambung ke tangan, masuk air garam, supaya Qalesya tak kehilangan banyak sangat air dalam badan.

Demam, macam dah kurang. Walau semalam suhunya naik semula. Harap-harap hari ini, suhunya kembali normal.

Mohon doakan sakitnya setakat ini sahaja.
Harap keputusan darahnya esok tidak menunjukkan sebarang perkara yang tidak elok.

Terima kasih.
Published with Blogger-droid v2.0.2

5 comments:

  1. mudahan cepat sembuh ye qalesya..
    mamanya pun kena kuat gaks k?

    ReplyDelete
  2. anak sepupu pernah kena jugak cam qaleysa nie...semoga qalesya cepat sihat...ya...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...