Tabungan

14 February 2012

saya sudah kena tag dengan Daddy Adando....Grrrrr!!

oke.
saya sudah kena tag.
tapi mohon untuk buat tag tu kemudian ya, sebab mak dah pergi jenguk tadi..
humaiigadd..panjang berjela..banyak benor tagging nya hehehe.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sekarang ni mak nak membebel sekejap tentang PARKING OKU.

mak mula drive kereta dari tahun 2006.
bermakna dah lebih dan kurang 6 tahun bawa kereta.

dan sepanjang mak diving driving ni, satu aje prinsip mak tak pernah langgar lagi.
'parking di tempat khas OKU'.

iya.
biar orang tak nampak, tapi tetap, mak takkan sekali-kali letak kereta ditempat khas tu.
walaupun, kita boleh argue, 'entah berapa sangat orang OKU nak letak kereta di situ' atau 'boleh dikira kalangan OKU yang ada di building tersebut' TETAP!!! mak takkan pernah tergamak nak letak kereta disitu.

dan oleh kerana prinsip itu jugaklah, mak sering mencebik dengan rela bila tengok orang yang sihat walafiat, ada kaki, ada tangan, ada otak, tapi parking kat tempat khas tu.

haish.

cukup tak paham, macam mana boleh buat slumber, buat tak tahu, rasa tak bersalah bila parking kat tempat khas tersebut.

atau diorang memang cacat.

cacat otak?

sekian.

masa untuk anak saya enter the frame!!

:)




1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...