Tabungan

18 August 2012

Ini hari raya terperit buatnya

Tadi..
Aku bersalaman dengannya..
Aku nampak mata sedih di wajahnya..
Aku buat-buat biasa..
Namun, sedih dia terkesan dihati aku.

Aku, masih lagi memandang dia dengan sebelah mataku walau sebelah lagi mataku bercakap dengan alam sekeliling.
Sesekali aku nampak dia mengusap mukanya.
Dia menangis.
Menangis di malam raya.

Ada banyak sebab kenapa dia menangis.
Mungkin dia menangis kerana tak dapat beraya dengan cucunya.
Mungkin dia menangis kerana teringatkan Aiman.
Mungkin dia menangis kerana teringatkan arwah isterinya.
Mungkin dia menangis kerana keadaab diri yang diperlakukan teruk oleh anak-anaknya yang lain.
Mungkin..mungkin salah satu sebab di atas..mungkin.

Tapi..aku pasti, dia terlalu merindui arwah isterinya. Walau ada ibuku disisi, mungkin takkan dapat menandingi cinta pertamanya itu.

Owh..

Dia yang kesedihan itu ialah ayahku.

Duhai ayah,
Anakmu ini terlalu menyayangimu wahai ayah..
Setitis air matamu jatuh, rasa tersiat-siat jiwa ini wahai ayah.
Jika anakmu ini mampu merawat jiwa yang sakit itu.., katakan saja wahai ayah..., anakmu ini akan berusaha sebaik mungkin.

Kini.., apa yang ada dalam ingatan anakmu ini, hanyalah titisan air matamu itu.

Selamat hari raya, maaf zahir batin ayah..

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...