Tabungan

29 October 2012

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali.

Minggu ini saja, kami di pejabat dikejutkan dengan pemergian dua sahabat kami.

20.10.2012.
Arwah Imsany Hasrat, pergi meninggalkan isteri dan anak-anak kerana sesak nafas.
Arwah, sememangnya sudah mengalami strok, tetap kental ke pejabat, bekerja, bersama-sama rakan-rakan lain. Hinggakan, rasa macam baru lagi bertemu, bertanya khabar, berjawab hanya dengan bahasa isyarat, anggukan dan kata ringkas 'ya'. Namun cukup, untuk mengeratkan silaturrahim antara kami di pejabat ini. Rasa baru lagi lihat dia senyum pada kami, rasa baru lagi lihat dia berada di lobi menanti isteri yang setia menjemput balik dari pejabat.
Rasa baru lagi, tapi ya..dia telah pergi.

28.10.2012.
12.08 pagi. Aku terima mesej dari suaminya meminta agar disiapkan GL untuk urusan masuk rumah sakit. Namun pada fikiran aku, pukul 12.08 pagi, apa yang aku boleh buat, aku tunggu subuh saja, baru di-forward kepada unit berkaitan. Namun, benar, Tuhan lebih sayang padanya.
Pagi, aku terima khabaran lain, Puan Hazrin Rashid juga telah pergi meninggalkan suami dan 4 orang anak.
Owh..arwah sedang mengandung, dan dia pergi membawa kandungannya bersama.
Arwah ketika itu berada di Hospital Raub dibawa pulang ke Nilai untuk disemadikan.
Kawanku cerita...anaknya yang sulung, menangis sambil memeluk nenek dan berkata, 'nenek..mama dah tiada'...

kalian.
aku ajak, aku mohon, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat dua rakan ku ini.
semoga mereka terus berada di bawah lindunganNya.
semoga mereka berada dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.



***

kematian.
satu perkara yang mengerikan.
namun, ianya sebenarnya permulaan buat satu kehidupan yang abadi.
ya. itu dibelah yang pergi.

yang ditinggalkan ini.
harus terus ke depan.

anak sekecil itu.
meratap. memeluk keranda.
dari Raub ke Nilai.
mama dah tiada.
mama dah tiada.

itu dia. si anak. kita yang melihat?
berat mata memandang, berat lagi mahu memikul.
kita rasa ngilu. rasa sakit. rasa patah.
tapi bagaimana rasa si suami, si isteri, si anak-anak.

tiada lagi peluk si-ibu.
tiada lagi senyum si-ayah.

aku.
tak boleh nak bayang.
bagaimana...
kalau...
haish...!
tak mo.
tak mo pikir.
takut.

cumanya.
perginya kita, tiada siapa tahu.
rahsia Dia.
rahsia Tuhan.

apa yang kita boleh buat, adalah bersedia.
cukupkah bekal kita?
agar pantas melalui titian sirat.
cukupkah amalan kita?
agar buku amalan diterima di tangan kanan.
cukupkah pahala kita?
agar nyaman berada di syurgaNya.

tak siapa tahu.
tak siapa tahu.

tapi kita tahu.
ayuh.
kita muhasabah diri kita.
mana silap kita.
mana betul kita.
yang silap, kita perbaiki.
yang betul kita tambahkan.

inshaAllah.



Aku Bertasbih
Bukan hanya karena
Takut akan
Azab nerakaMu


Aku Bertahmid

Bukan hanya karena
Ingin merebut
Nikmat surgaMu


Aku Bertakbir

Seluruh jiwa dan raga
Karena sungguh
MendambakanMu
MerindukanMu
MencintaiMu
Kekasihku


Izinkan aku

Membasahi sajadah
Bersimbah air mata
Di dalam sujud


Izinkan aku

Runduk memohon ampun
Lafazkan taubat
Dan Istighfar


Oh... Engkaulah yang Maha Perkasa

Oh... Engkaulah yang Maha Segalanya


Yaa Allah.. Yaa Rahman.. Yaa Rahim

Yaa Karim
Segala puji bagiMu
Izinkan aku reguk cintaMu

Izinkan Aku Reguk Cintamu
oleh: Ebiet G Ade





mama sudah tiada.
ayah di mana?


3 comments:

  1. Sesungguhnya tiada kata dapat terucap,betapa kami rasa kehilangannya..jika terus diikutkan lara,maka terus laralah jiwa...kekuatan perlu terus dicari,kesabaran perlu terus digali,semangat perlu terus bangkit,demi amanah 2 puteri tercinta...lambang bukti kecintaan dua jiwa di dunia...namun,redha bahawa hak hakiki adalah milikNya...kita,insan hanya meminjam,tiba masa perlu ikhlas mengembalikan pinjaman itu...
    Aku cuba tidak mahu lagi menangis,namun coretanmu ini menyentuh hatiku...ya,aku rindu...aku terlalu rindu...anak2 mungkin lebih rindu dariku,kerana mereka kecil,utk belajar erti kehilangan org yg mereka kasihi...
    Doakan kami untuk terus kuat,sabar dlm menempuh perjalanan ini...

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya tiada kata dapat terucap,betapa kami rasa kehilangannya..jika terus diikutkan lara,maka terus laralah jiwa...kekuatan perlu terus dicari,kesabaran perlu terus digali,semangat perlu terus bangkit,demi amanah 2 puteri tercinta...lambang bukti kecintaan dua jiwa di dunia...namun,redha bahawa hak hakiki adalah milikNya...kita,insan hanya meminjam,tiba masa perlu ikhlas mengembalikan pinjaman itu...
    Aku cuba tidak mahu lagi menangis,namun coretanmu ini menyentuh hatiku...ya,aku rindu...aku terlalu rindu...anak2 mungkin lebih rindu dariku,kerana mereka kecil,utk belajar erti kehilangan org yg mereka kasihi...
    Doakan kami untuk terus kuat,sabar dlm menempuh perjalanan ini...

    ReplyDelete
  3. Tata, yg pompuan ni asisstant naim tu ye?
    Salam takziah buat keluarga2 arwah..
    Moga ditempatkan di kalangan mereka yg beriman...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...