Tabungan

29 October 2013

Mami miss you so much

Semenyih dengan Seremban, tak jauh mana pun -- tapi sebab kelas sampai malam, maka idea untuk berulang-alik ke rumah adalah sangat tidak 'cool' a.k.a membuang masa a.k.a kelam-kabut. Atas nasihat Encik Suami, aku setuju untuk stay di hotel selama 2 malam.

Mungkin sesetengah orang akan cakap -- 2 hari je pun, bukan lama sangat pun. Woo woo woo wait a minute bro (bukan bro itu, kang kau orang salah faham pulek..kang tergolong dalam orang yang ----- pulek).. Maksud aku, nanti dulu nanti dulu, dengar cakap aku dulu.. Orang lain aku tak pasti macam mana, tapi buat aku yang hati lembik macam jelly ni, berpisah dengan anak aku adalah perkara terakhir yang aku seboleh-bolehnya nak buat. Kalau ada kursus, aku sanggup la nak heret dia ke mana pun. Cumanya, ni dah akhir tahun, mak aku pun dah tak ada cuti, jadi tak ada orang boleh mengasuh. Aku bab tinggal-tinggal anak ni, memang lemah sikit. Suami selalu marah aku, suruh kuatkan sikit hati bila kena out-station atau berkursus. Katanya sampai bila nak rasa macam ni bila mana kena pergi kursus. Haih. Entahlah. Tak tidur dengan Cha? Tak peluk Cha? Tak guling-guling dengan Cha sebelum tidur? :( Oke. Dah start rindu.....

Apalah Cha tengah buat sekarang ni.....?

Jam baru pukul 8.00 malam, kalau ikut rutin dia, dia akan duduk lepak depan tv tengok kartun.

Cha. Mami winduw.

Sent from my iPhone

06 October 2013

Cerita Sabtu saya.

Sabtu dan Ahad sekarang ini adalah Sabtu dan Ahad yang sangat berharga kerana -- Nazri ada di rumah. Kenapa? Dulu Nazri tak ada ke? Ada, tapi tak selalu. Sebab kadang-kadang dia perlu bekerja. Bayangkan betapa bosannya hujung minggu tanpa suami. Haa bosankan? Bosankannnnn?? hehe.

Sekarang ini, Sabtu dan Ahad kami digunakan dengan sebaik mungkin. Sebaik mungkin seperti ------ mengemas rumah. Iya, rumah kami kecil tapi............. seleraknya mengalahkan rumah banglo. Hehehe.

Minggu ini, objektif kami adalah untuk mengemas bilik tengah kami. Semasa kami mula-mula pindah ke sini, memang kami dah tetapkan agar bilik tengah adalah bilik untuk menyimpan barang-barang. Tapi kami terlepas pandang satu perkara. Kami terlepas pandang -- sekiranya adik-beradik datang, di mana mereka nak tidur?

Kasihan pada Malom dan Palom, terpaksa tidur di bilik tengah yang sempit penuh dengan barang-barang dan baju kami.

Oleh kerana itu, masa yang kami ada ini, kami penuhi dengan mengemas - mengemas - dan mengemas. Hehe.

Aku sempat ambil gambar sebelum. Jangan terkejut o-key hehe.



Sesak okey. Alahai memang tuan rumah yang tak baik la bagi tetamu tidur dalam bilik macam ini. My bad. My bad.

Jadi kami pun berkemas.
Berkemas.
Berkemas.
dan berkemas.
Sampai lupa nak tangkap gambar.

Hehe.

Ini adalah beberapa jam kemudian. 


Barulah nampak ada ruang. Barulah boleh bentang tilam dan toto kan.  Barulah orang nak solat pun senang. Apa daa wanita.

Okey ini semua hasil DIY - Do It Yourself OK!! Hehehehehehe.






Ads #1.

Pretty Qalesya ada upload baju-baju baru. Boleh jenguk prettyqalesya.com :)



Ads #2.

Bulan ini bulan cantik.
Bulan untuk Collagen bersinar.
Dapatkan hadiah istimewa dari Pretty Qalesya.
7 orang pertama - akan dapat harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran (RM298)
PM atau Whatsapp saya di 0172350404 untuk ketahui harga istimewa.
Hanya dari SHAKLEE.

PM atau Whatsapp saya!!
0172350404
SID 886846





04 October 2013

Lain orang Lain cara

Semakin umur meningkat, semakin kita bertemu dengan bermacam-macam ragam manusia. Zaman sekolah, lain cara kita berkawan. Alah maklumlah, budak-budak, kalau tak puas hati, boleh saja terpekik melalak melolong meraung bergaduh -- kan? Bila zaman sekolah menengah, kalau bergaduh, ada yang sampai bertumbuk. Lain pula zaman universiti, kalau berselisih faham jawabnya tak bertegurlah beberapa semester. Dah bekerja -- hmmm zaman bekerja ni ada dua pilihan sebenarnya, nak bergaduh balik macam zaman kanak-kanak atau bergaduh macam zaman universiti.

Aku percaya, dalam mana-mana syarikat atau agensi pun, pasti ada yang berselisih faham, bertegang urat, perasan bagus, ego tinggi, kebudak-budakan dan bermacam-macam lagi. Sedangkan dalam parlimen pun, menteri bergaduh, bertegang leher sesama sendiri. Pengalaman aku menjadi pegawai dalam parlimen -- melihat dengan mata sendiri macam mana ahli-ahli parlimen ini bergaduh macam budak-budak. Haha.

Sama macam di tempat kerja. Sindir-menyindir adalah perkara biasa. Kadang-kadang aku jadi takut nak bercakap nak bercerita sebab takut benda yang aku cerita akan dijadikan senjata terhadap diri aku sendiri. Aku takut kerana itulah yang berlaku pada aku. Terlalu banyak bercakap sehinggakan orang-orang disekeliling menggunakan itu sebagai senjata untuk menikam aku. Gila kejam. Ayat aku digunakan untuk membunuh aku!

Apa yang boleh aku rumuskan ialah -- elakkan terlalu mempercayai orang sekeliling. Zaman ini zaman penuh tipu daya. Nampak saja baik seperti nak menolong, tapi dibelakang halahai kau robek robek jantung aku.

Apa yang aku merepek ni?

Maaflah. Aku macam biasa -- tak tahu.

Maafkan sisi bengong aku ini.

Sent from my iPhone

02 October 2013

Daebak

Aku udah jadi orang yang paling aku geruni. Aku udah jadi orang yang paling aku benci. Aku -- benci diri aku sendiri. Naz nasihatkan aku supaya aku mengunci mulut. Letak mangga paling besar, buang anak kunci ke laut dalam. Diam lebih baik dari bercerita katanya.

Aku juga rasa -- itulah yang sebaik-baiknya. Udah tiba masanya aku berdiam. Tengok saja apa orang mahu buat.

Aku udah tak tahu apa lagi yang masyarakat mahu dari aku. Bila aku menjalankan tugas, orang mengata aku. Bila aku tak buat apa, orang kata aku lembab - tak tahu buat kerja - tak ada sumbangan - bla bla bla.

Apa yang kalian mahu dari aku?
Apa yang kalian nak sebenarnya?

Aku buat -- kalian mengutuk.
Aku tak buat -- pun kena kutuk.

Bullshit.

Udahlah. Aku penat. Cukuplah. Pergilah kacau orang lain. Udah aku cakap banyak kali, kalau tak suka aku -- buang saja aku. Gantikan dengan orang lain.

Kenapa tahan aku?

Isetan.

Sent from my iPhone

01 October 2013

Tenggelam Punca

Semalam adalah hari aku tenggelam punca. Hari yang aku rasa buat apa pun salah. Hari yang sedikit penat dan banyak risau. Hari yang badan kata penat tapi minda kata kuat.

Semalam memang aku ambil cuti. Tujuannya adalah untuk keluar dengan Nazri sebab aku dah berjanji dengan dia untuk belanja baju meraikan dia yang dapat tukar pekerjaan. Qalesya akan kami hantar ke taska seperti biasa. Itu rancangannya.

Tapi semalam, Qalesya bangun agak awal. Macam biasa dia akan terus baring di depan tv. Selalunya, aku akan bagi dia susu dan dia akan minum. Tapi semalam, dia tak sentuh langsung susu tersebut. Situ...aku dah rasa pelik dah.

Semasa dia baring, aku amati dia, dia nampak sangat penat. Mata dia tak bermaya dan dia langsung tak nak bergurau. Dia semata-mata baring. Selalunya kalau dia tonton tv, dia akan jadi eksaited dan kadang-kadang sangat beremosi. Tapi semalam....tak langsung.

Aku langsung duduk di sebelahnya dan terasa haba badannya. Demam!

Qalesya - kalau dia demam sekalipun, dia akan tetap aktif. Tapi semalam -- she was totally flat.

Aku buatkan dia mee, dia taknak makan. Aku bancuh sekali lagi susu pun dia taknak makan. Semasa bersiap nak keluar, dia tertidur. Kami tetap teruskan agenda kami dan angkat dia masuk dalam kereta. Tetap tidur, mungkin penat sangat.

Sepanjang kami di Alamanda, dia tak jejak kaki ke tanah. Sentiasa berdukung. Mula-mula ayah dukung, tapi akhirnya mahu memerap dengan mami juga. Tak mahu ke ayah. Masa makan tengahari, cuba juga suap Qalesya, tapi dia tak mahu juga makan.

Di Alamanda, aku beli sedikit jajan (makanan ringan) -- pada aku, dia dapat makan‪ sikit pun jadilah even makanan ringan sekalipun. Asalkan ada yang masuk dalam perut. Cuba bagi, pun tak mahu.

Sampai saja rumah, aku masakkan dia sup ayam. Pun tak mahu makan. Jadi, walaupun dia tak makan, aku tetap berikan dia ubat demam dan ubat selsema. Selepas makan ubat, dia makan sedikit jajan yang aku beli tadi tapi, terus muntah.

Selepas muntah, dia nampak sedikit selesa dan makan dengan banyak jajan yang aku beli itu. Itu adalah satu-satunya makanan yang masuk ke dalam perut Cha -- semalam.

Waktu malam, keadaan Cha bertambah teruk. Suhu mulai naik ke 38 celcius. Aku kata jangan tunggu lagi, jom ke klinik masuk ubat punggung. Tapi semasa sampai ke klinik, suhu turun ke 37 celcius jadi doktor menolak untuk berikan ubat punggung. Cumanya memang dia sediakan untuk kami, in case -- Suhu Qalesya naik mendadak malam nanti.

Setiap jam kami pantau suhu badan Cha. Setiap masa kami jerlum badan Cha. Suhu tak turun. Ada ketika suhu dia naik sehingga 39 celcius, dan dia pula nampak macam dah nak meracau. Kami terus masukkan ubat punggung dan terus jerlum dia tanpa henti. Petang tadi, aku diberitahu kawan untuk jerlum Cha dengan air asam jawa. Aku buat. Selepas masuk ubat punggung, kami mulai jerlum dia dengan air asam jawa.

Dalam setengah jam, masih tak ada perubahan. Badan tetap panas. Aku mula kemas beg. Bersiap untuk ke hospital. Masa itu jam 11.30 malam. Aku siapkan baju-baju Cha, baju-baju kami, susu Cha -- segalanya.

Jam 12.00 malam, kami cek semula suhu badan Cha. Alhamdulillah, turun ke 37.1 celcius. Badan Cha pun mulai susut panasnya. Dia tetap tidur. Dah kurang bergerak.

Kami berbincang dan setuju untuk pantau sehingga pagi esok. Sekiranya naik semula, kami akan terus ke hospital. Buat sementara, kami bawa dia masuk tidur dulu.

Dari semalam, aku tak tidur nyenyak. Baru sejam tidur, aku bangun dah cek suhu badan Cha. Alhamdulillah, badan dia dah tak panas dan sebentar tadi, jam 4.30 pagi, dia minum susu dia yang pertama sejak pagi semalam.

Sekarang dia masih nyenyak tidur.

Biar tiada pekerjaan. Itu bukan risau yang utama.
Biar tiada berwang. Itu bukan risau yang utama.
Biar tiada rumah sendiri. Itu bukan risau yang utama.
Tapi kesihatan anak, itu yang utama.
Melihat anak tidak sihat, adalah perkara terakhir dalam dunia yang setiap ibu fikirkan.

Kalaulah ada ibu yang tidak kisahkan anak -- bukanlah ibu namanya. Tak layak dipanggil ibu pun.

Ya Tuhan, kalau ada sakit yang kau simpankan untuk Qalesya Alia, kau pindahkanlah padaku. Janganlah kau bebani Qalesya. Biarlah aku yang menanggungnya. Jangan kau biarkan dia kesakitan.

Ameen.



Sent from my iPhone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...