Semakin umur meningkat, semakin kita bertemu dengan bermacam-macam ragam manusia. Zaman sekolah, lain cara kita berkawan. Alah maklumlah, budak-budak, kalau tak puas hati, boleh saja terpekik melalak melolong meraung bergaduh -- kan? Bila zaman sekolah menengah, kalau bergaduh, ada yang sampai bertumbuk. Lain pula zaman universiti, kalau berselisih faham jawabnya tak bertegurlah beberapa semester. Dah bekerja -- hmmm zaman bekerja ni ada dua pilihan sebenarnya, nak bergaduh balik macam zaman kanak-kanak atau bergaduh macam zaman universiti.
Aku percaya, dalam mana-mana syarikat atau agensi pun, pasti ada yang berselisih faham, bertegang urat, perasan bagus, ego tinggi, kebudak-budakan dan bermacam-macam lagi. Sedangkan dalam parlimen pun, menteri bergaduh, bertegang leher sesama sendiri. Pengalaman aku menjadi pegawai dalam parlimen -- melihat dengan mata sendiri macam mana ahli-ahli parlimen ini bergaduh macam budak-budak. Haha.
Sama macam di tempat kerja. Sindir-menyindir adalah perkara biasa. Kadang-kadang aku jadi takut nak bercakap nak bercerita sebab takut benda yang aku cerita akan dijadikan senjata terhadap diri aku sendiri. Aku takut kerana itulah yang berlaku pada aku. Terlalu banyak bercakap sehinggakan orang-orang disekeliling menggunakan itu sebagai senjata untuk menikam aku. Gila kejam. Ayat aku digunakan untuk membunuh aku!
Apa yang boleh aku rumuskan ialah -- elakkan terlalu mempercayai orang sekeliling. Zaman ini zaman penuh tipu daya. Nampak saja baik seperti nak menolong, tapi dibelakang halahai kau robek robek jantung aku.
Apa yang aku merepek ni?
Maaflah. Aku macam biasa -- tak tahu.
Maafkan sisi bengong aku ini.
Sent from my iPhone
Saper la yg tikam blkg kawan kita nih..
ReplyDelete