Tabungan

27 January 2014

ini barang baik -- ini barang baik!

Assalamualaikum.

fuh!

Macam-macam jadi.
Macam-macam.
diulang.
Macam-macam.
Hehe.

Saya hampir give-up.
tapi tengok muka anak, tak jadi give up.

apa merepek ni?

Okey macam nilah hehe.

Kedai saya -- prettyqalesya.blogspot.com dah ada stok baru.

INI BARANG BAIK -- INI BARANG BAIK!!

haha.

jemputlah singgah!!

jemput follow sekali ya :)




20 January 2014

Offer dari Telekom Malaysia

Tadi aku dapat call dari Telekom Malaysia. Mereka nak offer Streamyx 2Mbps dengan harga RM120 sebulan berbanding dengan apa yang aku pakai sekarang iaitu 1Mbps dengan harga RM110 sebulan.

Kalau ikutkan, okey ja kan. Tambah RM10 saja pun.

Tapi sebab tadi, satunya Nazri tak ada, takkan aku suka2 hati nak terima -- kan.

Keduanya, aku tengah tak sihat, jadi aku tak dapat nak fikir mana baik mana buruk, padahal oke ja offer tu. 

Tapi yang paling tak tahan, aku boleh jawab -- cik, yang 1Mbps ni pun line kejap ada kejap tak ada. Cik dah nak offer 2Mbps. Apa kata cik perbaiki dulu line saya.

Terkedu pegawai tu.

Haha cian dia.

Sorry cik, cik tepon saya masa saya tengah tak sihat.

Sorry ya.

Haha.

17 January 2014

Seminggu saja

Dah lama tak menulis.
Entahlah.
Tak ada mood.
Sibuk.
Macam2 jadi di pejabat.
Politik sana-sini.
Tikam belakang depan kiri kanan.
Kawan tak bertegur sapa.
Haish.
Macam-macam.

Kadang2, things happened out of our control. Benda yang kita rasa remeh rupanya berat di mata orang. Pertanyaan yang simple jadi rumit. Perkara kecil jadi meleret-leret. Kelakar pun ada. Haha.

Politik pejabat. Kadang2, tergelak tengok apa yang berlaku di pejabat. Yang ini kata macam ni. Yang itu kata macam tu. Tapi tanpa sedar, dua2 pihak ni sebenarnya melakukan perkara yang sama. Haha. Yang ni memang kelakarlah. Yang ni pun meleret-leret.

Business. Ada yang sanggup unfriend dekat Facebook hanya kerana business yang dijalankan. Jumpa di pejabat dah tak tahu nak pandang mana. Aku tak tahu mana perginya slogan 'berniaga secara bijak' 'bersaing secara sihat' yang sering dilaung-laungkan bila aku pulak yang di-unfriend? Kelakar nih. Kelakar.

Pendek kata, semua perkara yang sepatutnya boleh jadi mudah, dipanjang-panjangkan menjadi isu yang remeh-temeh.

Kenapa hidup ni perlu ada kebencian?
Kenapa tak ada kebahagiaan yang berpanjangan, keamanan yang berterusan, keceriaan yang ditebar secara luas kepada seluruh penduduk dunia?

Kalau hanya keamanan dan kebahagiaan yang dijanjikan di syurga Allah, kenapa -- tetap kebencian dan pengkhianatan yang berlaku di bumi Allah?

Kenapa perlu putus kawan, putus saudara hanya kerana masalah yang boleh diselesaikan?

Kenapa? 
Aku tak faham.
Kenapa....? 
Kalau boleh jawab, sila.
Malu nak tulis sini, sila e-mail aku.
Terangkan kenapa.
Jujur.
Aku tak faham.

Sahabat..

Hidup ini hanya sekali. Entah kita dapat berjumpa di akhirat kelak. Entah. Aku pun tak tahu. Syurga itu luas. Neraka itu dalam. Jumpa ke kita. Ingat ke kita. Bertanda ke dahi kita dengan cop Neraka. Kita semua tak tahu perkara tu.

:)

Yang main politik di pejabat -- terpulanglah. 
Yang berkecil hati / yang unfriend aku di facebook -- aku tidak berdendam dengan sesiapa. Aku masih aku. Aku tidak berkecil hati. Malahan tidak sedikit pun membuang kalian. Tapi kalau kalian tekad membuang aku dari tali silaturrahim ini -- terpulanglah.



02 January 2014

Status terkini Michael Schumacher

Dah beberapa hari, memang aku ikut perkembangan dia. Tak tahu kenapa. Mungkin juga sebab dia satu-satunya legend yang aku kenal dalam dunia racing...

Menurut Chicago Tribune, Schumacher dah stabil namun kritikal. Susah juga tu kan?

Sumber Google


Schumacher dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan semasa bermain ski. Kepalanya terhantuk pada batu. Khabarnya, lepas terhantuk tu, dia masih sedar dan boleh bangun macam biasa, tapi lepas tu dia mula rasa sakit.

Bila masuk ke hospital, baru tahu ada pendarahan dalaman.

Apa-apa pun, yang terbaiklah untuk Schumacher. 


01 January 2014

Tahun Baru buat apa?

Semalam 31.12.2013 aku ambil cuti. Nazri tanya kenapa aku ambil cuti? Aku kata -- nak rehat pastu nak kemas rumah, nak basuh kain, nak lipat kain, nak cuci dapur, pendek kata -- nak buat kerja rumah. Then Nazri kata, macam tak cuti saja? Hmm.. Aku tak jawab apa.. Aku harap dia faham sendiri... 

Hari ini, 1.1.2014, aku ajak Nazri keluar sebab nak beli pampers dengan susu Cha. Cikgunya kata pampers dengan susunya dah habis.

Kami biasa beli pampers dengan susu di Manjaku. Dekat situ, pampers Cha murah, kalau dekat Tesco - pampers Cha harga RM54.50, tapi dekat Manjaku boleh dapat pada Harga RM36.90 sajo! 

Selalu kami pi Manjaku dekat Bangi, tapi hari ni sebab aku sibuk nak test suara (karaoke), jadi kami terus ke Manjaku Kajang saja.

Kajang ---- aku tak tahulah kenapa, tapi, orang asing kat situ gila banyak! Aku rasa macam aku pulak orang asing tadi. Kiri kanan aku tengok Bangla, Myanmar, Indon. Takut pulak aku rasa berjalan kat sana. Apa dah jadi? Melimpah-limpah warga asing? Syukurlah, Malaysia masih aman (rolling eyes).

Tadi masa karaoke, aku dapat nyanyi banyak lagu yang ada dalam wish list aku haha!

Antaranya lagu Masih Aku Cinta (Shila Amzah). Susah oo nak cari lagu tu, kat Alamanda takde pun lagu tu. Pastu aku dapat nyanyi lagu Geisha -- Lumpuhkanlah Ingatanku, dan lahu Asmidar (bintang apa ntah tajuk lagu dia haha). Kira puas hati la menyanyi hari ni hehe, cuma Cha aje restless sikit hari ni, dok ngaco orang menyanyi hehe.

Nak kata lapor, tadi dah makan dah kat KFC sebelum pi Manjaku tadi hehe.




Hik hik. Jadilah -- spending time dengan anak. :)


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...