Kerja aku, memang kadang-kadang ada melibatkan kerja di luar kawasan (out station : OT). Kalau dah melibatkan OT memang aku akan kelam kabut sebab nak arrange jadual supaya tak bertembung dengan kerja Nazri. Namun tetap kali ini, jadual kami bertembung. Dalam seminggu tu, dua-dua tak ada, tak available. Jadi persoalannya, mana kami nak hantar Cha. Tapi susah hati kami tak lama sebab Opah dengan suka hati suruh hantar Cha balik Ipoh.
Senang kami nak menyusun perjalanan kami.
Sabtu - aku hantar Naz ke Shah Alam dan aku terus balik ke Ipoh.
Ahad - stay di Ipoh dengan Cha.
Isnin - aku gerak ke Penang dari Ipoh.
Selasa - buat kerja di Penang.
Rabu - gerak balik ke Ipoh, petang buat kerja di pejabat Ipoh.
Khamis - recce Taiping dan Kuala Kangsar.
Jumaat - balik KL.
Sabtu - lawan bowling dekat Endah Parade.
Ahad - Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Satu minggu yang penuh!
Tapi secara personal, aku enjoy trip aku kali ini. Sebab kawan-kawan dan Boss-boss di TM Penang sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan layan kami sebaik-baiknya.
Kami sampai di Penang Isnin malam -- dah dapat merasa Nasi Kandar Beratur.
Selasa tu, TM Penang belanja kami di Restoran Kapitan. Memang fully recommended! Malam tu pulak TM Penang sekali lagi belanja kami di Restoran Pen Mutiara Batu Maung. Kari ikan dia memang terbaik! Juga fully recommended okey!
Untuk entry ni, aku letak gambar di Penang dulu. Trip Perak kita buat entry lain!! :)
Aku merasa kerja dalam negeri saja lah. Luar negeri belum ada pengalaman lagi. Hari tu dah dapat ke Johannesburg tapi aku pulak seriau nak naik kapal terbang 13 jam so aku tolak hahaha! So hadap ajelah kerja dalam domestik saja.
Lagipun aku tak suka kerja OT lama-lama. Tak sanggup dan tak biasa nak pisah lama-lama dengan Cha.
Aku pernah terbaca tulisan seorang blogger/artis glamer -- katanya ayah dia pernah pesan jangan sesekali pisah tidur dengan suami dan anak, dan dia memang pegang kata-kata ayah dia sampai sekarang. Katanya itu adalah petua rumahtangga bahagia.
Aku terfikir, kalau dia mungkin bolehlah buat begitu sebab suaminya tak bekerja (artis/blogger ni mampu untuk tanggung satu famili), jadi suami dan anak akan sentiasa ikut kemana dia pergi. Tapi macam aku ni, dua-dua (suami dan isteri) kena bekerja, jadi kalau dah ada tuntutan kerja luar, kena jugalah berpisah tidur.
Tapi, walau apapaun, aku memang akan meminimumkan OT dan macam la ni, Naz masih lagi OT, tapi aku ikut dia tidur kat hotel. HAHAHA!
KBAI!