Tabungan

10 September 2014

Bertimbang rasa lah sikit!

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bertimbang rasa bermaksud bermaksud menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil.


***

Semalam aku ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur dengan Qalesya sebab nak hantar Set Pantang Shaklee pada seorang 'stranger customer'. Aku sanggup hantar sebab katanya memang dia nak pakai cepat dan cara dia cerita memang dia seorang-seorang dan tak ada orang bersama dengan dia. Jadi aku kasihan sangat-sangat dan memang aku niat nak tolong dia juga.

Jadi semalam, lepas habis kerja, ambil Qalesya dari Taska dan kami berdua terus ke Kuala Lumpur. Aku mesej pada dia yang aku akan sampai dalam lebih kurang jam 7.00 (malam) lebih. Dan aku bagitahu pada dia yang aku datang dengan Qalesya. Dia reply mesej aku dan beritahu bahawa budak tak boleh naik atas, tapi katanya nanti merayulah sikit pada polis bantuan di kaunter tu sebab datang nak hantar barang sekejap sahaja. Aku pun fikir memang aku akan rayu selagi mampu sebab macam mana lagi aku nak buat kan?

Sampai di HKL, dah tentulah, mencari parking dah jadi satu hal. Lepas berpusing-pusing-pusing-pusing akhirnya aku dapat satu spot parking betul-betul dekat dengan hospital bersalin tu. Kira untuk berjalan dengan Qalesya memang tak ada hal lah.

Aku terus masuk hospital tersebut dan berjumpa dengan polis bantuan di situ. Ada dua orang polis bantuan kat situ, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Aku bercakap dengan nada lembut sehabis boleh. Tapi mereka menjawab tanpa ada rasa hormat langsung! Aku bersabar lagi sebab aku teringatkan kakak yang nak bersalin kat atas tu.

Aku: Assalamualaikum, saya nak naik atas sekejap hantar barang pada kakak saya.

PB Lelaki: Budak tak boleh naik.

Aku: Tak apa, saya sekejap saja. Hantar barang dan terus turun.

PB Lelaki: Budak tak boleh naik... kalau nak naik, naik seorang.

Aku: Habis tu anak saya macam mana?

PB Lelaki: Tinggal sajalah di bawah!

Aku: Takkan nak tinggal dekat sini, kalau hilang macam mana?

PB Perempuan: Duduk belakang ni ha, duduk belakang kami ni.

Aku: Anak saya ni hiperaktif sikit, tuan dengan puan takkan boleh tunggu. Saya tahu anak saya.

PB Perempuan: Kalau duduk dengan kami dia takkan berani nak lari punya. (menjawab dengan angkuh sekali)

Aku: Jangan macam ni puan, saya memang tak boleh tinggal anak saya. Kakak dekat atas pulak tak boleh turun sebab dia nak bersalin dah. Saya hantar sekejap saja, saya takkan tunggu lama pun. Saya memang nak cepat pun.

PB Perempuan: Kalau tak nak tinggal anak kat bawah, dua-dua jangan naik!


Ya Allah -- Sombong betul mereka berdua. Aku memang tak boleh ingat muka diorang semalam! Langsung tak ada sikap bertimbang rasa. Aku tahu itu peraturan, tapi mana sikap timbang rasa mereka? Aku seorang, kakak kat atas pun seorang. Aku tak boleh tinggal Cha. Siapa nak tinggal anak dengan orang yang kita tak kenal? Walau polis sekalipun! Bukan pada aku kot. Aku naik - hantar - turun. Ada damage apa-apa ke?

Masalahnya, tak ada sikap timbang rasa. Tak ada rasa simpati. Tak ada rasa nak berlaku adil. Tak ada rasa belas kasihan. Itu saja! Hadap sangat dengan peraturan? Aku tak rasa diorang ni follow the rule 100% kot?!

Kecewa betul aku dengan orang yang tak ada sikap timbang rasa. Dengan cara menjawab yang angkuh, dengan tak ada perasaan hormat pada orang lain, hish!

Akhirnya semalam, kakak tu terpaksa turun sendiri dengan keadaan dia yang tengah sarat sambil ditemani seorang nurse. Aku kesian sangat pada dia. Aku pulak yang susahkan dia. Sedih betul aku semalam.

Selepas aku serahkan barang, aku tak ucap terima kasih pun pada PB berdua tu. Aku tak rasa diorang layak terima sebarang penghargaan dari aku dengan cara diorang melayan orang yang macam sampah ni!

Walaupun semalam aku penat, pagi bersiap untuk meeting, petang meeting, balik kerja hantar barang sampai ke KL, malam dating dengan ayah, pukul 10.00 baru sampai rumah, aku tetap rasa syukur kerana dapat jual satu Set Pantang Shaklee :).



Aku tanya pada kakak tu, kenapa dia betul-betul nakkan Shaklee? Jawabnya, dia banyak dengar komen yang bagus-bagus tentang set pantang ni dan yang paling penting, Shaklee hanya makan pil sahaja. Tak ada minuman yang hanyir-hanyir, tak renyah nak sediakan. Makan pil, minum air, setle :)

Alhamdulillah, dalam dua bulan ni, aku dah dapat dua customer yang cuba Set Pantang Shaklee. Korang? Macam mana?

Hehehe!



 


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...