Tabungan

30 August 2014

Duduk Asing Asing

Amboi tajuk. Haha!

Sejak Nazri tukar keje, masuk keje pejabat semula, sibuk dia lain dari sibuk keje stor. Meaning, ko keje apa pun, sibuk itu pasti! Haha!

Jangan nak berangan dapat keje yang tak payah outstation, yang tak payah balik lambat dan sebagainya. Nan ado okey?!

Macam kami, next week kami masing-masing outstation. Cha? Of course opah dengan secara sukarela suruh hantor balik Ipoh. Kebetulan aku pulak memang outstation area Utara iaitu Perak dan Penang. Jadi satu hala sajalah. Isnin sampai Selasa aku ke Penang. Rabu sampai Jumaat aku di Perak yeay! Sabtu dah kena ada kat KL balik sebab ada tournament bowling. Nazri pulak start esok akan bersambung dari Shah Alam ke Penang ke Langkawi dan balik ke KL. First time tournament bowling Nazri tak datang teman :(

So start esok, kami akan pergi duduk asing asing sampai Ahad depan. Huhu!


Cerita selingan sikit.
Tengah aku menulis ni, rumah belakang aku ni duk sibuk bergaduh. Sejak depa pindah, aku memang kerap dengar depa bergaduh. Aku tak tahu la kot cara depa berkomunikasi memang dengan high pitch, tapi memang sehari tak meninggi suara memang tak sah.

Suara yang aku selalu dengar adalah suara si emak. Suara ayah, jarang. Mungkin si emak tertekan, aku pun tak tahu. Tapi kalau boleh, aku taknaklah nanti tiba-tiba masuk paper pasal penderaan ke apa.

Aku ada juga berniat nak bertegur sapa kalau nampak dia ada kat luar, tapi family tu memang jarang keluar rumah melainkan hari dah malam. Ada satu hari, dalam pukul 12 lebih, aku tercium bau terbakar. Aku lekas2 bangun dan cek setiap bilik kot ada short circuit. Tapi memang tak ada. Aku tak puas hati dan aku gerak Nazri untuk cek sama2. Sat2 pastu dia cakap, orang umah belakang tengah sapu laman dan bakar sampah. Masa tu dah dekat jam 1.00 pagi.


Pelik. Kitorang decide untuk taknak masuk campur hal orang, tapi aku terfikir, adakah keputusan kami untuk tak masuk campur masalah orang menjadikan kami ni anti sosial lak.

Haha!



Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...