Tabungan

16 October 2014

Jalan Kampung

Ada sekali, seorang di kalangan 'boss' bertanya pada aku sama ada aku masih berblog atau tidak. Aku kata iya tapi jarang kerana sibuk. Tanyanya lagi aku menulis tentang apa? Kerja? Aku jawab tidak. Aku kata lagi, blog ini hanyalah blog peribadi.

Kerja? Haha. Kalau aku menulis tentang kerja, kalian pasti bosan. Dah lah aku ni jarang menulis. Kalau menulis pun bosan. Tulis tentang kerja, lagilah bosan. Haha.

Dah lah, tempat kerja aku tu penuh dengan politik. Penuh dengan amarah. Sana sini nak marah. Ini tak suka itu. Itu tak suka ini. Si polan dengki sini. Sini dengki si polan. Sampaikan aku pun dibenci, dikutuk, dimaki.

Tapi apa boleh buat. Aku bekerja untuk diri dan keluarga. Aku tak bangun pagi-pagi bersiap untuk berharap semua menyenangi aku. Tak.

Ini aku. Kalau dah dibenci, apa boleh buat.

Jalan Kampung -- tajuk Jalan Kampung sebab sekarang ni aku tengah lalu dekat jalan kampung.

Sekarang ni, kami memilih jalan kampung daripada terus tersekat dalam jem tengah bandar. Jalan kampung tenang sikit.

:)

2 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...