Tabungan

11 November 2014

MC disini bukan Medical Certificate. Hehe.

Aku, daripada sekolah menengah memang dah dibiasakan jadi Pengacara Majlis (Master of Ceremony). Aku ingat lagi masa aku tingkatan 3, aku diminta oleh Teacher aku untuk jadi MC bagi satu English Exhibition. Sepatutnya, Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris yang jadi MC, tapi masalahnya Pengerusi tersebut ada tabiat gugup melampau jadinya dia memang tak nak jadi MC. Akhirnya, Teacher minta aku jadi MC. Aku pun tak tahu dari mana datangnya keberanian dan kekuatan aku tapi aku terima tanpa cakap banyak. 

Padahal -- gila, aku kena iring Pengetua sekolah ke setiap booth dalam Exhibition tu. Aku ingat lagi, masa aku di satu booth, aku kena explain tentang satu buku, kelam kabut aku menyelak buku tu, sampai Pengetua pun gelakkan aku. Aku ingat lagi dia pesan pada aku, relax Wanita relax. Haha! Dan, erm dah namanya English Exhibiton, haruslah penerangan dalam English juga. Tekup muka bila ingat betapa berteraburnya aku bercakap haha!

Sejak dari tu, memang kalau ada apa-apa majlis, cikgu-cikgu akan minta aku jadi MC. Sampailah aku masuk Universiti, aku masih lagi terima tawaran jadi MC.

Bila dah masuk kerja pun, kalau ada apa-apa majlis, aku selalu juga dipanggil menjadi MC. Di Tourism Malaysia ni, aku dah beberapa kali jadi MC untuk Perhimpunan Bulanan, Majlis Jasamu Dikenang dan juga majlis-majlis anjuran Puspanita.

Aku juga berpeluang sertai kelas MC yang mana Dato Mahadzir Lokman datang mengajar. Kelas itu adalah selama dua hari. Aku memang rasa bertuah sangat dapat terima ilmu-ilmu pengacaraan majlis dari dia. Bukan senangkan?

Tapi, setakat ini aku belum pernah lagi ambil job dari luar. Bukan tak ada. Ada. Tapi aku tak yakin. Ada seorang kawan pejabat aku juga pernah minta aku buat satu portfolio untuk dia bagi pada siapa-siapa yang nak hire MC. Tapi, still aku tak buat. Tak yakin diri sendiri kekdahnya.

Cuma, bulan lepas aku terima satu panggilan daripada kakak angkat aku. Dia minta tolong aku untuk jadi MC semasa dinner sekolah dia. Aku macam biasa mula-mula menolak dan disebabkan itu kakak aku, aku cuba juga tolong dan tanya pada kawan-kawan lain. Tapi, kawan-kawan lain banyak yang tidak berkelapangan sebab dah akhir tahun, masing-masing dah apply cuti dan ada perancangan masing-masing. Disebabkan itu kakak aku, aku pun buat pertama kalinya terima job luar ni hehe.

Berdebar juga. Sebabnya agak tinggi juga expectation cikgu-cikgu tu. Mereka minta agar aku boleh:-
a. Mengacara (Dah tentu!)
b. Menyanyi (InshaAllah tak ada masalah)
c. Melawak (Okey ini susah sikit).

Aku dah rasa macam satu beban pulak. Sebab aku bukannya MC profesional tapi expectation diorang tinggi sangat. Tapi tak apa, aku jadikan ini satu cabaran dan inshaAllah aku akan cuba buat yang terbaik untuk cikgu-cikgu ni. Aku akan pastikan diorang enjoy malam tu nanti hehe. Doakan aku!!

So sekarang ni, aku kena:

a. Cari baju (tema 70's - ada cadangan tak?)
b. Cari tukang make-up (ada sesiapa boleh bagi cadangan tukang make-up area Shah Alam - harga 
    biarlah berpatutan ye hehehe).

Doakan aku ya!!

Masa jadi MC untuk Puspanita


p.s.
Bulan ni Omega Guard Shaklee sangat murah. Siapa dah mula jadi pelupa, Omega guard elok sangat untuk korang okeyyyy!





 



1 comment:

  1. tahniah cik ta..cik ta mengMC mmg best..truskan usehe..hihihi..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...