30 December 2014
10 minggu
2 bulan 2 minggu.
Kalau ikut pregnancy apps ni, organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - dah pun terbentuk dengan lengkap dan berfungsi.
Alhamdulillah.
Semoga anak ini terus berkembang dengan sihat.
Makan.
Jangan sebut apa saja nama makanan depan aku sebab aku akan teringin dengan cepat.
Tadi, seorang kakak sebut pasal laksa.
Terus teringin laksa -- okey haha!
Nasib baik kawan ajak makan dekat PappaRich.
Order laksa -- memang terbaik!
Dapatlah lepas gian nak rasa laksa.
Hehe.
Batuk makin kuat.
Tapi kat opis takleh makan ubat.
Nanti kalau tidur, siapa nak tanggung?
Kesian boss aye.
:)
Tadi dapat jumpa boss dan terangkan tentang keadaan aku sekarang.
Alhamdulillah, beliau memahami.
Katanya, isteri dia mengandung, empat2 anak alahan teruk.
Jadi dia sangat faham dengan betapa teruknya kalau perempuan kena morning sickness.
Siap tadi dia buat lawak -- dia panggil aku ke bilik.
Dia telefon dulu dan tanya sama ada aku larat atau tidak nak berjalan ke bilik dia.
Aku gelak dan jawab masih kuat.
Bila aku sampai ke bilik dia, dia bagi aku satu coklat asam, katanya upah sebab berjalan ke bilik dia.
Haha.
Boss boss.
Kadang2 kelakar juga boss sorang ni.
Okey nak balik ambil Cha.
Bai!
29 December 2014
9 minggu 6 hari
Masih lagi dalam trimester pertama.
Pregnancy kali ini, memang berbeza dari pengalaman mengandungkan Cha 4 tahun yang lepas.
Pregnancy kali ini, lebih mencabar.
Kalau dulu aku tak ada masalah morning sickness, tapi kali ini, alahan aku agak teruk.
Tak makan - lapar.
Dah makan - nak muntah.
Kadang2, aku sampai takut nak makan sebab tak sanggup nak rasa perasaan nak muntah tu.
Tapi masalahnya, bila aku tak makan, aku akan lapar yang amat sangat.
Tak makan - lapar la kan?
Haha.
Alahan aku ni pulak, bukan kira waktu.
Morning, afternoon, evening, night, semua dia balun.
Memang lain.
Sangat lainnn.
Hari ini, aku mc lagi.
Batuk aku datang semula.
Kalau masa mengandungkan Cha dulu, batuk aku mula bermaharajalela semasa bulan ke tujuh kandungan.
Tapi kali ni, dua bulan, dua bulannnnnn, aku dah start batuk.
Risau juga.
Sebab setiap kali batuk, aku dapat rasa baby tertekan.
Sian jugak.
Risau terkeluar pulak (ada ke macam tu haha).
Dan memang aku ada asma.
Hmmm..
Cha, dia masih tak faham yang dia akan dapat adik.
Aku tiap2 hari ajar dia cakap - 'kakak sayang adik'.
Haha.
Last week, aku, naz, palam, maksu dengan opah pergi ke kedai Leno sebab opah nak beli kasut.
Tapi macam biasa, orang pompuan, datang nak beli kasut, tapi balik dengan kasut dannn beg tangan adalah normal.
Haha.
Masa opah tengah memilih barang, Cha macam biasa duk meraban dan bising dalam kedai menegur semua barang yang ada.
Satu benda yang kalian harus tahu tentang Cha, dia masih belum dapat bersembang macam kanak2 4 tahun yang lain.
Ya, dia lambat bercakap.
Masalahnya, dia bukan taknak bercakap, dia nak bercakap, tapi dalam bahasa dia dan bahasa inggeris.
Semua ayat dia, semua bahasa inggeris.
Aku pun tak faham kenapa dia cakap dalam bahasa inggeris.
Kami (Naz dan aku) selalu dapat soalan2 begini:-
1. You all baru balik posting ke?
2. Dulu duduk luar negara ke?
3. Bersalin kat luar negara ke?
Jangan, jangan fikir kami poyo kalau tengok kami cakap dalam bahasa inggeris.
Kami pun tak nak cakap dalam bahasa inggeris sebab kami tak pandai pun cakap bahasa inggeris.
Tapi kami terpaksa cakap dalam bahasa inggeris sebab doktor nasihatkan kami untuk terus berkomunikasi dengan Cha dalam bahasa inggeris kalau dah bahasa itu saja yang boleh buat dia mahu bebual dengan kami.
Kami dah bawa Cha jumpa doktor sebab kami juga risau dengan perkembangannya.
Qalesya disyaki sebagai anak autisme sebab kriteria autisme ada padanya.
Tapi dalam perjumpaan kami dengan doktor yang terkini, doktor kata dia bukan autisme.
Sebab dia dah mula communicate dengan doktor -- dalam bahasa inggeris.
Jadi doktor kata, kami pun kena bercakap dalam bahasa inggeris.
Nampak gayanya kami kena pegang kamus 24 jam.
Tapi tidaklah dia tak faham langsung kata2 kami.
Dia masih faham bila kami kata:-
Jom tidur;
Nak makan?;
Nak mandi?;
Nak susu?;
Basic semua dalam bahasa melayu.
Cuma Cha memang lebih bagi respon dalam bahasa inggeris.
Contoh:-
Aku panggil dia -- Cha... Dan dia akan balas -- Yes.
Aku ajak dia -- Cha lets go... Dia akan balas -- I'm coming.
Dia cari palam... Dia akan tanya -- where's palam?
Palam kentut... Dia akan cakap -- palam, that is gross!
Dan semalam, kami redah air kat Bangi... Dia cakap -- Wow that is close.
Kadang2 kami pun kagum dengan penggunaan ayat2 dia, sebab sesuai dengan keadaan.
Dan itu bermakna, dia faham apa yang dia respon.
Entahlah, apa2 pun, aku sentiasa doakan agar dia normal macam budak2 lain.
Kadang2 kesian juga tengok dia, sebab kawan2 taknak main dengan dia sebab diorang tak faham apa Cha cakap.
Aku pun tenggelam punca.
Aku tak tahu apa yang patut aku buat.
Mengakui dia autisme dan hantar dia ke sekolah autisme atau anggap dia normal dan hantar ke sekolah biasa.
Aku memang dalam dilema.
But still, Cha is very special.
In her own way.
15 December 2014
Hoh!
Badan rasa tak selesa.
Mental haus.
Serius.
Aku dah tak tahu nak buat apa ni.
Bantal mana bantal?
11 December 2014
Penghujung 2014
Kalau boleh, aku nak bercerita pasal Cha yang dah tak diterima di taska lama. Itu adalah perkara yang paling buat aku takkan boleh lupa 2014. Sedihnya bukan kepalang bila orang tak nak jaga anak kita. Terkenang pun dah buat aku sedih.
Tapi Alhamdulillah, setiap yang berlaku tetap ada hikmahnya.
Hikmahnya, kami semua dah duduk satu bangunan. Cha kami hantar ke Taska di tempat aku bekerja sekarang ni. Pergi bersama, balik bersama. Jadinya ada lebih masa dengan dia. Cha pun aku lihat seronok di tempat barunya ni.
Cha pun dah nak jadi kakak.
InshaAllah. :)