Masih lagi dalam trimester pertama.
Pregnancy kali ini, memang berbeza dari pengalaman mengandungkan Cha 4 tahun yang lepas.
Pregnancy kali ini, lebih mencabar.
Kalau dulu aku tak ada masalah morning sickness, tapi kali ini, alahan aku agak teruk.
Tak makan - lapar.
Dah makan - nak muntah.
Kadang2, aku sampai takut nak makan sebab tak sanggup nak rasa perasaan nak muntah tu.
Tapi masalahnya, bila aku tak makan, aku akan lapar yang amat sangat.
Tak makan - lapar la kan?
Haha.
Alahan aku ni pulak, bukan kira waktu.
Morning, afternoon, evening, night, semua dia balun.
Memang lain.
Sangat lainnn.
Hari ini, aku mc lagi.
Batuk aku datang semula.
Kalau masa mengandungkan Cha dulu, batuk aku mula bermaharajalela semasa bulan ke tujuh kandungan.
Tapi kali ni, dua bulan, dua bulannnnnn, aku dah start batuk.
Risau juga.
Sebab setiap kali batuk, aku dapat rasa baby tertekan.
Sian jugak.
Risau terkeluar pulak (ada ke macam tu haha).
Dan memang aku ada asma.
Hmmm..
Cha, dia masih tak faham yang dia akan dapat adik.
Aku tiap2 hari ajar dia cakap - 'kakak sayang adik'.
Haha.
Last week, aku, naz, palam, maksu dengan opah pergi ke kedai Leno sebab opah nak beli kasut.
Tapi macam biasa, orang pompuan, datang nak beli kasut, tapi balik dengan kasut dannn beg tangan adalah normal.
Haha.
Masa opah tengah memilih barang, Cha macam biasa duk meraban dan bising dalam kedai menegur semua barang yang ada.
Satu benda yang kalian harus tahu tentang Cha, dia masih belum dapat bersembang macam kanak2 4 tahun yang lain.
Ya, dia lambat bercakap.
Masalahnya, dia bukan taknak bercakap, dia nak bercakap, tapi dalam bahasa dia dan bahasa inggeris.
Semua ayat dia, semua bahasa inggeris.
Aku pun tak faham kenapa dia cakap dalam bahasa inggeris.
Kami (Naz dan aku) selalu dapat soalan2 begini:-
1. You all baru balik posting ke?
2. Dulu duduk luar negara ke?
3. Bersalin kat luar negara ke?
Jangan, jangan fikir kami poyo kalau tengok kami cakap dalam bahasa inggeris.
Kami pun tak nak cakap dalam bahasa inggeris sebab kami tak pandai pun cakap bahasa inggeris.
Tapi kami terpaksa cakap dalam bahasa inggeris sebab doktor nasihatkan kami untuk terus berkomunikasi dengan Cha dalam bahasa inggeris kalau dah bahasa itu saja yang boleh buat dia mahu bebual dengan kami.
Kami dah bawa Cha jumpa doktor sebab kami juga risau dengan perkembangannya.
Qalesya disyaki sebagai anak autisme sebab kriteria autisme ada padanya.
Tapi dalam perjumpaan kami dengan doktor yang terkini, doktor kata dia bukan autisme.
Sebab dia dah mula communicate dengan doktor -- dalam bahasa inggeris.
Jadi doktor kata, kami pun kena bercakap dalam bahasa inggeris.
Nampak gayanya kami kena pegang kamus 24 jam.
Tapi tidaklah dia tak faham langsung kata2 kami.
Dia masih faham bila kami kata:-
Jom tidur;
Nak makan?;
Nak mandi?;
Nak susu?;
Basic semua dalam bahasa melayu.
Cuma Cha memang lebih bagi respon dalam bahasa inggeris.
Contoh:-
Aku panggil dia -- Cha... Dan dia akan balas -- Yes.
Aku ajak dia -- Cha lets go... Dia akan balas -- I'm coming.
Dia cari palam... Dia akan tanya -- where's palam?
Palam kentut... Dia akan cakap -- palam, that is gross!
Dan semalam, kami redah air kat Bangi... Dia cakap -- Wow that is close.
Kadang2 kami pun kagum dengan penggunaan ayat2 dia, sebab sesuai dengan keadaan.
Dan itu bermakna, dia faham apa yang dia respon.
Entahlah, apa2 pun, aku sentiasa doakan agar dia normal macam budak2 lain.
Kadang2 kesian juga tengok dia, sebab kawan2 taknak main dengan dia sebab diorang tak faham apa Cha cakap.
Aku pun tenggelam punca.
Aku tak tahu apa yang patut aku buat.
Mengakui dia autisme dan hantar dia ke sekolah autisme atau anggap dia normal dan hantar ke sekolah biasa.
Aku memang dalam dilema.
But still, Cha is very special.
In her own way.
makan che ta, jangan x makan langsung
ReplyDeletelebih baik muntah ada isi, dr muntah yg takde isi..lagi perit..
ni pengalaman org yg alahan teruk. dr zakwan, nayli sampai la yg no.3 ni. tak penah xde alahan..semua jenis terbaring xleh wat apa2.
tp kita redha je la.. (walaupun kite pun kengkadang tak sabar jugak huhu)
sabar byk2. kita anggap bila kita tak sehat, in shaa Allah baby yg akan lahir sehat la hendakNya.. biar mak tak sehat skrg..
dlm masa yg sama, sbnrnya Allah nak kasi rehat kt mak, sbb xnak mak stress pk mcm2 keje, mcm2 hal. skrg masa utk rehatttt je.. tp biasa la mak-mak ni adaaaa je benda yg dipikirnya huhu! :)
hal cha tu, in shaa Allah.. cha anak yg baik
cha lain dr yg lain dan ada keistimewaannya sendiri. budak lain xde, tp cha ada :)
ada sorg blogger anaknya mcm cha yg che ta cite tu. umo 3-4thn masih tak bercakap sgt. bila ckp mcm bubbling n in english. makpak dia buat follow up kt hospital..tiap2 bulan p hospital buat speech theraphy. sbb doc ckp dia minor autisme. alhamdulillah makin lama makin banyak vocab anak tu malay / english.. gi skool pun dah ok gaul ngan kengkawan. padahal sblm ni dia sgt la anti sosial..
in shaa Allah moga yg baik-baik aje buat che ta n famili.. utk cha jugak..
take care ok! :)
Tahniah akak.
ReplyDeleteTak pernah perasan pulak pasal Qalesya. Sebab kalau tengok video or gambo akak post kat instgram macam biasa je.
semoga yang baik baik saja untuk akak n family :)
alaaaaa che ta..! lepas gi toilet tu dah pass zakwan kat atok dia.. kite g solat kt surau..alaaa klu tak dah jumpa dah kita :) xpe, xde rezki.. lenkali kita jumpa ek :)
ReplyDelete