Tabungan

10 December 2015

berkahwin dan bercerai

berkahwin - normal.
bercerai - normal. tapi dibenci Allah.
tapi masih ramai saja yang bercerai-berai.

ada yang bercerai, tapi masih boleh berkawan baik.
ada banyak sebab, dan salah satu sebab adalah disebabkan tak nak anak-anak rasa tertekan.

tapi, ada juga yang bercerai dan berbalah tak ingat dunia.
kesan - anak-anak tak dapat jumpa sama ada mak atau ayah masing-masing.

kita sebagai pemerhati, boleh berkata apa saja terhadap masalah depa ni.
tapi kita sendiri tak tahu apa perasaan mereka.
tak tahu apa masalah mereka sebenar, sampai berbalah bergaduh bagai.

jadi, dari sisi bodoh aku:-

selfish.
pentingkan diri sendiri.

disebabkan terlebih pentingkan diri sendiri, pentingkan ego sendiri, pentingkan maruah sendiri, ada jiwa-jiwa yang terseksa.

seorang ibu atau bapa yang rindukan anak-anak.
dan juga anak-anak yang confuse, kenapa mereka tak dapat lagi berjumpa dengan mak atau bapak mereka ni.

aku, sehari tak jumpa anak-anak dah rasa berpusing-pusing kepala rindu kat depa.
jadi cuba bayangkan seorang mak atau pak (kang asyik kata mak ja, bias lak. marah lak kaum pak-pak) tak dapat jumpa anak depa.
aish. tak dapat bayang seksanya.

jadi kenapa sanggup jadi selfish, halang mak atau pak jumpa dengan anak-anak sendiri.
ko tak nak muka bekas ko, tu salah ko.
tapi kenapa nak seksa anak-anak ko.
ko dah dapat hak penjagaan dah syukur Alhamdulillah.
tapi kenapa ko nak halang bekas ko jumpa anak-anak ko.

come on la.
anak-anak tu takkan lahir kalau korang tak bersama satu ketika dulu.
it takes two to make one.
so apa masalah sekarang ko nak halang the other half (walaupun bekas) untuk jumpa anak-anak ko.

mak/pak stress satu hal.
tak pernah pikir perasaan anak-anak.
anak-anak tu hati lagi fragile kot.
entah apa rasa indah dalam jiwa sissy iman dalam hati tu.
bawa ke tua perasaan tu nanti.

so apa kata jangan rosakkan hati anak-anak ni dengan kesilapan dan keegoan korang.
kesian kat anak-anak.
dah la nak dapat adik tiri satu hari nanti.
ntah macam mana anak-anak ko dilayan satu hari nanti bila dah dapat anak sendiri nanti.

haish.

korang tau ke aku refer kes sapa?

hahahaha.

hanya pendapat bodoh aku saja nohhhhh.


p.s.
membebel sebelum masuk meeting sat lagi.

24 November 2015

anak baru.

nampak?
tak tau mana datang kekuatan hari ni boleh hupdate dua kali kaw.

ekceli, tak tau pun nak tulis apa.

cuma teringin nak tampal satu gambar Aidil dalam blog ni.
kesian ke dia.
kakak dia dulu, keluar2 dah ada gambor dalam blog.
si adik, umur dah 4 bulan, tak pernah lagi enter the frame dalam blog ni.
haha.

nah kasik can skit pada Muhammad Aidil Irfan.

:)











sebenarnya kan..

sebenarnya kan...aku tiap2 hari bukak blog aku ni.
aku tatap.
tatap.
tatap.
tatap.
tatap.

hati tu kalau dah hitam malas, malas jugak.
ko tatap le 100x pun, kalau dah malas, tak berhupdate gak akhirnya.

hahaha!

nantilah.

banyak benda gak sebenarnya nak meraban.

tapi sebenornye aku rajin jugak meraban kat facebook.
tapi yelah.
facebook tu untuk orang kenal2 aje.

kalau tak kenal, ke sini jugaklah akhirnya kan.

haha.

haha.

mereput je la aku gelak sorang2.

haha!

21 September 2015

Bila gila beli melalui atas talian.

(Original post ditulis di FB. Copy paste dari FB)

Ingat tak status meroyan aku tempoh hari.
Yang pasal kekonon kena tipu tu.
Oke ni ai nak sambung balik.

Apa2pun, Alhamdulillah dapat diselesaikan cara baik.
Tak ada tarik2 rambut, tak ada cili2 mulut. Tak ada! haha.

Oke cite dia macam ni.

Aku tengah mencari baju raya untuk Aidil. Bagaikan mengantuk di sorong bantal dunloppillo (amboi), aku ternampak satu SPONSORED POST pasal rompers baju melayu. SPONSORED POST oke!

So aku tanpa fikir panjang teruslah whatsapp. Sebab arahan dia macam biasalah - sebarang pertanyaan silap whatsapp nombor berikut. So aku whatsapp.

Alhamdulillah, whatsapp aku dibalas dengan laju. Semua pertanyaan pun dijawap on the spot.

Soalan penting aku ialah - sempat tak sampai sebelum raya haji. Dia pun jawap - sempat sebab saya akan pos pada hari Selasa (15/9). Khamis atau Jumaat boleh dapat.

Itu janji dia. Jadi aku pun setuju untuk bank in hari tu juga. Tapi aku tak sempat nak bank in.

Esoknya dia mesej aku mintak aku bank in duit cepat kononnya takut warna romper yang aku nak tu habis. So aku pun terus bank in tanpa banyak soal.

Hari selasa pun tiba. Aku tunggu2 tak ada apa2 respon dr seller ni. Tapi aku fikir tak apalah mungkin banyak sangat order so mungkin dia tengah susun tracking number. Tapi bila keesokan harinya pun dia still x update, aku decide untuk mesej dia malam tu. Bila aku minta tracking number, lama sikit baru dia reply dengan satu siri tracking number. Tak sepantas masa nak beli hari tu haha.

Malam tu aku cuba track n trace number tu tapi web pos malaysia takleh bukak. So aku cek pagi esoknya.

Bila aku cek esoknya, tertera kata record not found.

Aku masih lagi tenang walaupun dah berangin sepoi2 bahasa, so aku mesej dia. kendian baru dia reply, saya kat luar ni. Malam kang saya update.

Pulook doh.

So malam tu aku mesej lagi. Minta dia update. Then dia kata, nanti dia cek dulu.

Amboiiii.

So aku pun bagi ceramah free pada dia. Satu yang baguih tentang budak ni, bila aku start ceramah dia x membalas, dia asyik cakap maaf maaf dan maaf. Tu yang buat aku slow mo skit ngn budak ni, x keras sangat.

Esok pagiiiiii lagi aku dah whatsapp dia. Aku cuma mesej harap dia pos romper aku dan aku bagi semula alamat, warna, saiz, romper dan bukti pembayaran.

Then again dia cakap sorry.

Petang tu dia bagitau dia dah pos. Aku minta tracking number. Dan dia bagi nombor yang sama.

Jadi kesimpulannya, memang dia dah bungkus guna tracking number tu cumanya tak pos.

So aku pun bagi last tazkirah - nak meniaga kena jujur dan amanah, baru boleh maju.

Again dia ucap terima kasih dan minta maaf sekali lagi.

Tapi aku xnk komen apa2 lagi selagi barang tak sampai. Jadi bila barang sampai, aku tengok oke Alhamdulillah aku puas hati dengan romper tu.

So aku mesej dia ucap tme kasih dn bgtau rompers dah sampai. Then dia mintak aku bg feedback yg elok2 kat pafe FB dia. Siap sebenarnye dlm bungkusan tu ada satu kertas minta aku tulis testimoni macam yang dia dh tulis (well aku tahu ni semua cr marketing online seller), kononnya aku order 10/9 dan barang sampai pada 15/9.

Oooo no way. Aku tak akan tulis feedback yg x betul namun aku juga tak akan tulis feedback yang buruk tentang kedai dia sebab aku still dpt brg yang aku nak dan dia pun x pernah kurang ajar dengan aku sebagai customer dia.

So aku decide untuk tak tulis apa2 di page FB dia.
Aku juga decide untuk xnk beli romper kat dia lagi walaupun mak aku kata baju tu comel dan suruh beli warna lain pulak haha.

So case close! Semua selamat. Kedua2 pihak tak rugi apa2.

Hahahaha!!

15 September 2015

Panggilan Haji Terakhir

Kalau diikutkan, sepatutnya, mak dan ayah akan turut serta dalam kumpulan haji tahun ini. Tapi, atas sebab-sebab tertentu, nama mereka terlepas dan tidak dimasukkan. Mak terutamanya memang kecewa. Tapi kami pujuk. Kami cakap - 'InshaAllah tahun depan masih ada. Lagipun tahun ni banyak naw hal nye. Akak nak bersalin. Nanti kang kalau mak pi haji sape nak jaga akak'. Bila dipujuk-pujuk, mak pun oke semula. Ayah macam biasa, chill gteew ja.

Bila masuk musim haji, mak jadi lagi sayu. Bila berita buat liputan tentang haji, mak mesti duduk depan tv dan dok sebut - 'kalau tak mak ngan ayah ada la dalam group tu'. Tak habis lagi rupanya...

Aku dok cakap pada mak - 'mungkin ada hikmahnya mak tak pi tahun ni. Sabarlah'.

Alih2, dunia dikejutkan dengan kejadian kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan ratusan jemaah. Malahan jemaah haji Malaysia turut terlibat dan terkorban. Yang masih hilang pun ada.

Allah... sedihnya rasa. Terus aku terfikir, kalaulah mak dan ayah aku dapat join tahun ni, hilang dan belum dapat dikesan, dah tentu aku tak senang duduk. Aku dah la jenis cepat kalut, cepat melatah, suka fikir bukan2, kalau mak dan ayah antara yang hilang, haih entahle, sanggup kot aku cari duit naik kapal terbang terus ke sana.

Tapi tidak. Perancangan Allah itu cantik. Dia tahu aku tak mampu hadapi dugaan macam tu. Jadi, tidaklah tertulis untuk mak dan ayah menunaikan haji tahun ni.

Semasa Tabung Haji buat sidang media tergempar dua hari lepas, aku yang sedih. Saat mereka umumkan jemaah pertama yang terkorban, aku yang menangis. Allah.... itu baru orang yang aku tak kenal. Kalaulah ahli keluarga aku? Allah..... tak tahulah...

Walau apapun, mereka yang terkorban sangat bertuah kerana 'pergi' dengan cara yang paling mulia. Perginya pada hari Jumaat hari paling barakah. Perginya saat sedang menunaikan salah satu daripada rukun islam. Sesungguhnya, mereka beruntung.

Namun, pemergian orang tersayang bukanlah perkara yang mudah untuk dihadapi. Siapa sangka, lambaian dan senyuman di lapangan terbang itu adalah yang terakhir untuk tatapan ahli keluarga.

Betullah kata orang, bila kita menghantar orang tersayang untuk menunaikan haji, sebenarnya kita kena siapkan hati untuk kehilangan mereka.

Allah...

Berat dugaan waris yang ditinggalkan. Terutama yang masih punya anak2 kecil.

Allah...

Dia tahu apa yang terbaik buat umatNya, InshaAllah.

Allah...

Semoga mak dan ayah dapat menunaikan haji pada tahun hadapan. Tapi, harap tiadalah perkara yang tak diingini berlaku. Aku harap ia bukanlah panggilan haji yang terakhir...

13 September 2015

Sehati Sejiwa

Ayah aku kahwin dua.
Mak aku bekerja.
Mak tiri aku suri rumah sepenuh masa.
Jadi bila mak aku pergi bekerja, kami adik-beradik akan dihantar ke rumah mak tiri.
Mak tiri aku duduk di rumah kerajaan (kuarters).
Rumah dulu2 susun aturnya lain.
Designnya terbahagi kepada beberapa bahagian.
Ruang tamu satu bahagian. Besar.
Bilik hanya ada satu juga namun ianya besar (untuk zaman 1980an) boleh muat dua katil queen.
Turun sikit tangga menuju ke dapur. Juga besar.
Dan turun lagi ke bawah menuju bilik mandi. Pun besaq juga. Memang heavenlah mandi kat situ.

Tapi apa yang aku nak fokuskan ialah ruang tamu Mak Epit (gelaran untuk arwah mak tiri aku ni).
Ruang tamu itu adalah tempat kami berkumpul setiap kali raya.
Ruang tamu itu adalah tempat kami adik-beradik tumpang tidur semasa mak kami pergi bekerja.
Ruang tamu itu tempat penyambung kasih sayang kami sekeluarga.

Aku ingat lagi.
Ruang tamu tu punya satu kayu yang besar di atas siling. Kayu yang kuat dan kukuh. Mana idaknya, disitulah ayah pasakkan paku untuk dibuat buaian buat kami adik-beradik. Muat dua buaian di situ.
Zaman dulu mana ada buaian letrik.
Jadi nak bagi leka, bukan dihenjut tapi ditarik tinggi sehingga buaian tu terbuai-buai untuk beberapa round.
Sempatlah Mak Epit turun ke dapur buat kerja dan sekali-sekala naik semula ke bilik ruang tamu dan hayun buaian semula.

Rindunya..

Kenapa tiba2 teringat?
Sebab buaian elektrik Cha dah rosak haha.
Baru pakai a few days buat Aidil, tapi dah rosak.
Mak tanya nak buat camne.
Aku kata - rileks, malam ni manual dulu, henjut ja. Esok kita cari jalan, nak beli lain atau pi baik ja..

Bila terlalu moden, kita lupa dengan cara tradisional.
Bila terlalu maju, kita lupa dulu kita boleh survive dengan setiap sumber yang kita ada.
Dan ibu bapa kita memang hebat sebab dengan sumber yang minimum, kita hidup gah pada masa kini.

Bila dah terlalu senang, sekali sekala pandang belakang.
Lihat kesusahan orang zaman dulu.
Kita hidup atas jasa mereka.

Jaga negara.
Jaga Malaysia.

Kitakan, sehati sejiwa.

10 June 2015

Pengalaman pregnant kali kedua.

Memang betul, bila kita mengandung, ianya tak akan sama dengan yang pertama even kedua atau mungkin ketiga kelak.
Memang berbeza.

Yang aku perhati, pregnant kali ini, aku jadi sangat malas.
Haha!
Buktinya - aku tak fokus pada Shaklee dan aku tak peduli pada blog.
Sunyi sepi aje kan.
Haha!

Dan salah satu sebab penyumbang kemalasan aku pada pregnancy kali ini adalah kerana aku selalu kurang sihat.
Mungkin faktor usia.
Umur dah 3 series, baru nak mengandung anak kedua.
So mungkin sebab itu badan jadi sangat-sangat penat.

Tapi serius, first trimester aku mengalami alahan yang agak teruk.
Badan aku sakit, pinggang aku sakit, kepala sakit, muntah, pendek kata semua SAKIT.

Second trimester, aku dah okey sikit tapi aku disahkan ada diabetes masa mengandung pulak.
Jadi aku dah start cucuk insulin.
Baby ada risiko untuk jadi SIHAT WALAFIAT dan itu membuatkan aku dah dijadualkan untuk beranak awal @ 38 weeks nanti.

Semalam, aku ada cek-up kat Hospital Putrajaya -- aku kena bebel dengan doktor.
Gula aku still tinggi walaupun dah cucuk insulin.
So dia bagi masa sampai this Friday, kalau tinggi juga -- jawabnya duduk dalam hospital biar diorang yang monitor.
So dia cakap kalau taknak duduk ward, sila beringat dan jaga makan.
Cian adik.
Mami teruk betul kali ni :(
Sorry sayang.

Selain daripada masalah diabetes aku, aku memang dari awal trimester dah disahkan ada darah tinggi.
So itu lagi satu sebab kenapa aku sangat penat.
Aku pun dah start medication untuk pastikan tekanan darah aku okey.
Masalahnye dah penghujung-penghujung ni, tekanan macam dah dekat2 border dah.
Jadi doktor Ampang Puteri pulak cakap, tak perlu tunggu 38 minggu, tapi cukup aje bulan which is 36 weeks aku dah kena ready untuk paksa beranak.
Sama ada induce atau ceaser, belum tahu lagi.

Aku pulak memang kerap rasa contraction skarang ni.
Aku sendiri dah naik konpius.
Ni baby ke atau contraction.
Tapi yang pasti, perut akan jadi sangat keras sampe aku rasa sengkak dan tak tahu nak buat apa.

Last week dah pernah masuk labor room sebab aku dah tak tahan sangat dan mengadu pada nurse, terus depa rujuk aku ke hospital haha.
Nasib baik laluan masih tertutup dan false alarm saja.

Soooo... itu je lah yang aku nak cerita (tak tahu la sape baca hahaha!!)
Yang pastinya, mengandung kali ini memang sedikit susah.
Tapi inshaAllah, susah dahulu senang kendian ye dak.

Doakan keselamatan aku.
Doakan keselamatan baby ya.
Tolong :)


29 April 2015

Kisah peniaga yang sombong

Bukan sekali, bukan dua kali, malah banyak kali aku berjumpa dengan peniaga yang sombong.
Tak kiralah peniaga pasar malam, peruncit kedai mahu pun peniaga online sekalipun.

Aku pernah sekali, masa zaman aku sibuk nak berniaga macam orang2 lain, aku banyak engaged dengan dropshipper2 bagai.
Dan salah seorangnya ialah dropship baju kurung.
Disebabkan aku dah mendaftar jadi dropshipper depa, depa pun masukkan aku dalam satu group whatsapp.

Nak jadi cite, ada satu hari kawan aku urgent nak cari baju then dia ternampak iklan aku.
Jadinya dia bertanyalah sekian2 baju ni.
Aku pun terus tanya dalam group whatsapp tersebut tentang baju yang ditanya tu.
But then admin group tak reply langsung.

Aku bagi masa sampai esok untuk admin reply, yelah mana tahu kot2 admin busy kan, so aku tunggu.
Keesokkan harinya, aku tengok masih takde reply, so aku PM inbox FB depa.

Sekali, cara dia jawab sangat2 tak mesra alam.

Macam ni perbualan aku dengan dia (malas nak print screen):-

Aku: Salam. Saya nak tanya, gambor atas ni ada lagi tak stok. Saya tanya dalam group whatsapp takde orang balas.

Tokeh: Sejak bila boleh tanya dalam group?

Aku: Bukan bukak satu whatsapp kan?

Tokeh: Kenapa tanya dan semua agen harus terima message anda?

Aku: Habis tu saya boleh tanya dimana?

Tokeh: Saya control stok, tanya saya la. Whatsapp personal saya : 018xxxxxx.

Aku: Kenapa buka group whatsapp kalau tak boleh tanya apa2 dalam tu?

Tokeh: Tanya dengan saya la. Apa logiknya tanya dengan agen dalam tu? Kenapa perlu ganggu mereka?

Aku: Takpela terima kasih. Saya tanya baik2, tapi jawab macam ni, tak boleh ke explain baik2. Saya tak perlu nak deal dengan supplier macam ni, terima kasih banyak2.

Tokeh: Takde bahasa kesat pun. Pelik. Ok bye.



Ye aku mengaku, memang tak ada bahasa kesat pun.
Tapi soalan aku tentang baju sampai sudah tak berjawab sebaliknya dia asyik membebel kenapa aku bertanya dalam group.
Tak boleh ke dalam group tu dia balas sikit pada aku -- sila whatsapp nombor ini untuk pertanyaan stok.
Takdelah aku tertunggu-tunggu jawapan.
Memanglah dia tak marah2, tapi cara dia menjawab tu, eiiiiiiii aku rasa ramai lagi supplier lain yang aku boleh deal.
Kalau tanya macam ni pun dah banyak songeh, ni kan pulak kalau aku ada problem di kendian hari dengan supplier ni kan.


Ada lagi pasal peniaga kurang adab yang aku nak cite.
Tapi aku rasa dah malas nak menaip hahaha.
Nanti lah ye.


Hahaha.

Mencuci baju beramai-ramai!! Yeay!!

Seperti yang aku katakan, aku nak berkongsi pengalaman aku pergi mendobi guna mesin layan diri tu.

Alkisah, mesin basuh rumah aku rosak sudah.
Kain dah menimbun.
Buat orang yang kurang kaya macam aku ni, memang tak dapat la nak beli mesin basuh baru on the spot.
Jadi aku cakap dengan Nazri, 'apa kata kita try mesin basuh layan diri tu?'
Nazri....... menda baru suka sangat la kan.
Jadi kami pun p la menerai (try) service tu.

Masa kami sampai kedai tu, dah ada:
a. 1 family consist of mak dan anak perempuan;
b. 1 family sama gak consist of mak dan anak perempuan cumanya mereka agak berumur; dan
c. 1 orang lelaki.

Jadi kita mulakan dengan kisah 1 family consist of mak dan anak perempuan tu dulu.

Masa kami sampai, mereka dah conquer satu meja yang penuh dengan baju yang dah berlipat.
Dekat tepi meja tu ada 3 bakul yang penuh dengan pakaian dan 1 bakul kosong.
Dan anak perempuan dia memang macam dah biasa sangat dekat kedai ni sebab dia asyik bukak tutup bukak tutup dryer tu.
Aku perhati saja budak perempuan tu, lebih kurang 5-8 minit dryer tu berjalan, dia akan bukak dryer tu, cek mana baju yang kering, dia keluarkan dan akan masuk pulak baju-baju yang lain dari 3 bakul penuh tu tadi.
Macam tu la dia ulang dari awal aku sampai kedai sampai kain aku dah masuk dryer yakni lebih kurang sejam.

Jadinya untuk family yang pertama ni, erm memang dia tak kacau orang lain tapi aku still agak pelik sebab banyak benor kain dia basuh.
Satu rumah ke dia bawak?

Kita teruskan cerita dengan family kedua.

Family kedua ni consist of anak perempuan  yang mungkin umur dalam 40 tahun dan mak dia yang berumur mungkin dalam 60 tahun.
Diorang ni berkawan dengan family yang pertama ni tadi.
Mula-mula aku ingatkan family pertama dengan family kedua ni satu family sebab diorang dok ralit bersembang dari awal aku ada dalam kedai tu.
Tapi satu kejadian dah membuktikan mereka hanya berkawan baik dan bukanlah satu family seperti tekaan aku  haha.

Sebabnya....
Masa aku sampai, washer memang ada kosong.
Jadi aku terus masukkan baju-baju aku untuk dibasuh dalam tu.
Rege basuh untuk 14kg kat situ adalah RM7.50.
Kena masuk syiling.
Kalau takde syiling jangan risau sebab kat situ mesti ada coin changer.
So dah bedebuk bedebik masuk duit, washer pun memulakan tugas basuh kain selama 23 minit (kalau tak silap).
Sementara aku tengah duduk tu, datang satu family India pulak.
Dia pun baru first time macam aku, so aku pun dok ralit la ngajor dia.
Dia pun cakap ngan anak2 dia, so anak2 dia uruskan dan dia terus duduk sebelah aku.
Jadinya buat masa ni yang tengah guna washer ialah aku dengan auntie tu.

Ingat tak ada satu lelaki masa aku sampai tu kan.
Masa tu dia tengah basuh kain (guna washer).
Jadi next dia akan pakai dryer la kan.
So ingat ya pasal dia ni, aku nak cite menda lain dulu.

Sementara kami tengah rileks tunggu kain kami dibasuh oleh washer yang setia, datang satu family consist of dua orang perempuan muda dan dua orang anak kecil.
Diorang tak pakai washer tapi terus pakai dryer.
Mungkin diorang dah basuh kain kat rumah then tak kering ke apa kan ntah la lantak depa tapi yang penting aku nak cite kat sini depa pakai dryer saja.
Untuk dryer sekali pusing ialah RM4.50 untuk 20 minit (kalau tak silap lagi).
Lepas diorang dah masuk duit dan dryer menjalankan tugas, diorang blah.
Pada aku tak apalah, mungkin sat-sat lagi depa akan datang balik.
Sebab at that time, dryer yang ada 4 mesin tu, dah penuh.

Sebabnya:
a. 1 dipakai oleh minah yang cuci baju berbakul-bakul tu tak abis-abis lagi bukak tutup bukak tutup dryer tu;
b. 1 dipakai oleh seseorang yang diketahui;
c. 1 dipakai oleh mamat yang basuh baju tu - washer dah settle so dia terus keringkan baju dia. No problem aku tak kisah sebab maknanya memang dia tak buang masa; dan
d. 1 dipakai oleh minah 2 orang yang masuk duit then blah tu.

Jadi masa baju aku dah habis pusing, aku tak dapat nak pakai dryer sebab semua dryer penuh.
Tetiba ada salah satu dryer tu dah habis pusing.
Dryer tu pun berbunyi-bunyi la tet tet tet bagitau dah abis pusing.
Tapi takde orang pun claim untuk dryer tu.
Aku dah panas, ntah siapa la yang bijak sangat dah pakai dryer tak reti nak set time datang balik ambik baju dia.
Aku rasa ada dekat 10 minit baju tu duk dalam dryer tu.
Aku pun dah dok sembang2 dengan auntie India tu, mungkin dia pergi Tesco shopping then lupa dia ada baju dalam dryer.
Alih2, makcik yang tengah menyembang dengan family yang banyak baju tu bangun dan terus ke dryer tu.
Rupanya baju dia!
Dekat 10 minit tau dia biarkan baju tu dalam tu!
Aku dengan auntie India memang dah geram gila.
Yang lagi sakit hati, dia pegang2 baju dia then dengan lemah lembut dia berkata. 'eh tak kering lagi, tambah lagi la duit'.
So dia masuk lagi RM4.50 dan mesin tu berpusing lagi untuk 20 minit!
Jadi aku terpaksa menunggu lagi turn untuk guna dryer!
By the time aku  menunggu, washer auntie India sebelah aku pun dah settle.
Jadi kami berdua pun menunggu la dryer yang kering.
Nasib baik auntie India tu baik, dia kata nanti kalau ada kosong adik pergi dulu sebab adik sudah tunggu lama.
God bless you auntie baik!

Okey so aku cerita pulak dryer yang minah 2 orang tadi pakai.
Bila dah tamat 20 minit dryer tu pusing, depa tak sampai-sampai lagi.
Mana la aku lagi tak panas!
Makcik tu pi tambah duit.
Minah dua orang tu pulak tak sampai-sampai.
Minah yang bukak kedai laundry tu pulak tak abis-abis lagi nak mengering baju dia yang ada 3 bakul tu.
So last hope aku ialah lelaki yang tengah guna dryer tu.
Aku memang berdoa sangat supaya dia tak tambah duit ke apa.
Sebab aku dah penat duduk, penat menunggu.

Dan Alhamdulillah, memang mamat ni tak banyak kerenah.
Dryer dia dah berenti, dia terus masukkan baju-baju dia dalam bakul dan terus belah.
Takde la pulak dia nak melipat macam ada orang sebelum aku tu, dari dryer tu terus dengan lemah lembut melipatkan situ.
Bila mamat tu dah pergi dari situ, aku terus masukkan baju2 aku dalam dryer, masuk duit dan menunggu lagi for the next 20 minutes.

Dalam masa 20 minit tu, makcik yang tambah duit tadi pun dah settle jadi auntie India tu pulak masukkan baju dia dalam dryer.
Dan dalam masa 20 minit tu juga, minah yang bukak kedai laundry tu pun dah settle dengan kain2 dia yang sebanyak 4 bakul tu.
Dan dalam masa 20 minit tu jugak, minah yang spin baju dalam dryer tu tak sampai2.
So kalian boleh bayang tak, hampir sejam dia biarkan baju dia kat situ!

Jadi kesimpulannya, hari tu aku dapat tengok pelbagai kerenah manusia:-

a. selfish;
b. tak fikir tentang orang lain;
c. masih ada yang penyabar (eheemm :p)

Sooooo.. hari ni aku nak p lagi.
Nak tengok pulak kerenah apa aku jumpa pulak malam ni.
Haha!!

09 March 2015

dilema nak dapat anak kedua

5 tahun, kami hanya ada Cha.
5 tahun, segala tumpuan hanya untuk Cha.
dan inshaAllah bulan 7 ni, kami akan dapat anak kedua.

dilema...

punya anak yang ramai, memang impian setiap keluarga, setiap ibu dan bapa.
dan buat aku yang susah nak produce anak, dapat dua orang pun dah cukup bersyukur dah.

tambah pula bila dah 3 kali scan memang nampak angry bird, membuatkan aku cakap pada Nazri, thats it -- tutup kilang (macam banyak sangat production).

sekarang ni, baby dah kerap menendang.
yang mana buat aku rasa sangat happy.
setiap kali dia menendang, aku akan tersengih-sengih sambil usap-usap perut.
aku masih tak sangka yang Tuhan masih bagi peluang pada aku untuk rasa perasaan ni.

tapi...
aku selalu teringat pada Cha.
aku dapat rasakan, nanti aku akan banyak abaikan dia.
Cha jenis tidur malam, berbantalkan lengan aku.
bila dia menyusu, memang dia minta lengan aku.
seboleh-boleh memang dia nak dekat dengan aku.
jadi aku terbayang-bayang, bila adik dia dah keluar nanti, macam mana aku nak bahagikan antara adik dia dengan Cha.

sekarang ni pun, aku dah tak larat nak duduk dengan dia dalam kereta.
selama ni kalau ke mana-mana, dia suka duduk dengan aku dekat seat depan.
satu memang berbahaya -- aku dah sedar lama, tapi lately memang rasa aku ni membahayakan Cha sangat-sangat.
kedua -- aku dah tak larat.
perut aku semakin membesar.
Cha pun semakin membesar he.
jadinya kami dah ajar dia untuk duduk semula dekat car seat dia.
yang mana -- dia suka.
dia suka duduk dalam car seat dia.

dan aku pulak yang sedih.
sebab dia dah tak duduk dengan aku.
aku dah tak boleh nak peluk-peluk dia.
tak boleh nak cium-cium dia.
macam selalu.

aku sedih.
sebab sikit-sikit aku rasa aku dah jauh dari dia.
cepatnya Cha membesar.
nanti tiba satu masa, mesti dia dah tak suka aku peluk cium dia.
sayunya :( 

dilema...

aku harap, Cha banyak bersabar dan bertolak ansur dengan adik dia nanti.
aku harap, Cha tetap ceria macam sekarang dan boleh terima adik dia nanti.
aku harap, Cha tetap sayang kat aku macam sekarang huhu.

Cha, nanti -- suatu hari, kalau Cha baca entri mami yang hat ni, mami nak Cha tahu, mami sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat kat Cha.
anak kena ramai Cha.
dan sayang pada setiap anak memang takkan berbelah bagi.
sayang pada setiap anak tak ada kurang tak ada lebih.

Cha dah jadi kakak.
Cha anak sulung.
Cha kena jaga adik.
dan mami percaya, Cha memang ditakdirkan untuk menjadi kakak yang baik.
sebab Cha memang punya hati yang lembut.
punya hati yang baik.

Mami sayang Cha tau.
sayang sangat.


03 March 2015

tak pernah cukup. tak pernah betul.

kadang2, aku takut nak menulis.
sebab rupa2nya, ada juga yang membaca.
dan tulisan - sebenarnya mengelirukan.

cara kamu membaca lain.
cara dia membaca lain.
cara aku sendiri membaca lain.

kita sudah cuba untuk menulis setenang mungkin.
tapi akan ada yang membaca semarah mungkin.

tulisan yang mula2 sekadar luahan hati, terus menjadi bahan cacian makian tohmahan segala-an.

jadi aku -- kadang2 jadi tidak jujur untuk menulis.

menulis yang indah2 saja.
yang baik2 saja.
yang manis2 saja.

kerana -- itu akan menjadi suapan kalian.

kebenarannya?

hidup aku?
diri aku?
keluarga aku?
kerjaya aku?
hubungan sosial aku?

haha!

satu yang aku lihat manusia -- semua serba tak kena.
tak pernah cukup.
tak pernah betul.

tapi yalah.
manusia.
memang tidak pernah dan takkan pernah SEMPURNA.

cumanya -- aku pelik kenapa kena ada perbalahan.
kenapa kena ada permusuhan.
kenapa kena ada satu pihak yang memahami dan satu pihak yang tak mahu memahami.

yalah -- manusia.

bila kita diam -- orang kata kita takut.
orang kata kita ini jenis katak bawah tempurung yakni tak mahu ambil tahu.

tapi cuba bila kita melawan -- orang kata kita kuat melatah?

aku masih kuat kerana aku ada keluarga yang memahami.
ibu yang sangat menyayangi aku.
saat aku lemah, 100 kali sehari pun dia sanggup telefon aku.
saat aku sakit, sekejap saja dah sampai ke Semenyih.

suami?
Alhamdulillah, dia masih seperti yang aku kenal 11 tahun yang lalu.
masih kuat bersabar dengan aku seperti yang aku nikahi 6 tahun yang lalu.
semoga dia terus ada dengan aku untuk tahun2 mendatang.
setiap hari, bila aku berdiri di belakang dia, mendengar dia iqamat, aku selalu rasa gentar, rasa takut sekiranya aku tak dapat berimamkan dia lagi.
semoga dia akan terus ada untuk aku, sekurang-kurangnya sehingga semua tugasan kami di dunia sudah selesai.

kerjaya?
aku masih lagi terumbang ambing.
aku kadang2 malu dengan kawan2 aku yang lain.
kehidupan mereka sangat senang berbanding aku.
punya rumah yang besar.
kereta yang besar.
kemudahan perubatan yang selesa.
semua buat aku malu.
aku tidak ada rasa cemburu.
aku cuma malu.
kadang2 aku cari mana salahnya laluan aku.
kenapa aku terperangkap di laluan ini.
kenapa aku tak dapat laluan itu?

tapi.....
itu buat aku kembali pada fitrah.
kembali pada asal.
aku manusia.
manusia yang tak sempurna.
manusia yang tak pernah cukup.
manusia yang tak pernah bersyukur.
semua serba tak kena.
semua serba tak betul.

aku mula berfikir semula.
aku punya ibu bapa.
aku punya suami yang baik budi.
aku punya anak yang istimewa.
aku punya keluarga yang sangat menyayangi antara satu sama lain.

aku cukup makan cukup pakai.
semiskin-miskin aku, ibu aku tak pernah biarkan kami kelaparan.
tak - tak pernah aku merasai pengalaman begitu.

jadi, nikmat apa lagi yang hendak aku nafikan.
hina betul aku sekiranya semua itu masih menjadi aku manusia yang tak bersyukur.

akhir2 ini, aku tak sihat.
aku rasa agak murung.
aku rasa agak sedih.
kerana kehidupan dan kerjaya aku bercampur campur sesaknya.

tapi...
hoi -- aku manusia biasa!



10 February 2015

just for my mom

Sometimes I feel my heart so lonely but that's ok
No matter how my girl just left me, I just don't care
Whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me
She's there for me, she's my mom

Just for my mom, I write the song

Just for my mom, I sing this song
Coz just my mom, can wipe my tears
And just my mom, can only hear

Trap in a subway, can't remember the day but I feel ok

Damped in damn situation, in every condition with no conclusion
Whenever the rain comes down and it seems there's no one to hold me
She's there for me, she's my mom

Just for my mom, I write the song

Just for my mom, I sing this song
Coz just my mom, can wipe my tears
And just my mom, can only hear

Just for my mom, I write the song

Just for my mom, I sing this song
Coz just my mom, can wipe my tears
And just my mom, can only hear

You may say I have no one, to cover me under the sun

You only get it from your mom, Mom!

~Sheila on 7~


Lagu ni aku selalu pasang masa aku belajar kat Machang dulu.
Rindu sikit ke mak, mula la melalak lagu ni.
Rasa down sikit sebab test teruk, mula la dengar lagu ni.
Sebabnya bila aku teringat ke mak, sedikit sebanyak emo aku terubat.

Bait lagu tu memang betul.

Trap in a subway, can't remember the day but I feel ok
Damped in damn situation, in every condition with no conclusion
Whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me
She's there for me, she's my mom


La ni, aku tengah tak sihat.
masih lagi hidung tersumbat.
kepala sakit.
tiba2 playlist aku kat komputer terpasang lagu ni.
amboi terus teringat kat you dear mom hehe.

sorrylah semalam hset ai bunyi nya slow.
ai tak dengar yu call.
ai call yu tapi yu tak angkat juga.
barangkali yu dah tidor.
malam ni ai pasang ringtone ai paling kuat ye.
berbunyi ja ai terus angkat hehe.

Love you mom.
MUAH!!!!

minggu depan ai balik duduk ngan yu seminggu ya.


WEEEHUUUUU!!


 


09 February 2015

aku tanya apa khabarrrrrr semuaaa!

kalau korang tanya aku sihat ke tidak -- aku akan terus jawab yang aku tak sihat.
aku ada darah tinggi -- dah kena makan ubat.
hidung aku tersumbat -- tambah ubat selsema.
dan sakit-sakit lain yang 'hinggap' di kala aku mengandung.

kepala aku sakit -- non-stop dari Isnin lepas.
bermakna dah seminggu aku sakit kepala.
ntah apa lagi ntah yang tak sakit.
hati pun sakit.

serius -- pengalaman kali ni sangat berbeza.
dan boleh aku katakan agak teruk juga.

aish.

tapi tu la, orang cakap kalau masa mengandung banyak dugaan, nanti dah ada baby senang nak jaga.
aku rasa aku setuju gak kot.
sebab masa Cha dulu pun macam tu.
masa mengandungkan Cha, first trimester aku penuh dengan MC.
4 minggu MC sebab bedah cyst.
3 minggu MC sebab chicken pox.
seksa gak.
tapi bila Cha lahir ke dunia, Alhamdulillah jaga dia memang sangat senang.
malam tak buat hal.
siang pun baik aje.
sampai sekarang.

so Adik...harap-harap kamu pun macam tu juga ya.
jadi macam Kakak. tak banyak kerenah.

tak sabar nak jumpa Adik..


28 January 2015

di saat kita gembira, ada yang bersedih

bila aku bersedih, aku selalu ingatkan pada diri sendiri, pasti ada orang lain yang lebih sedih dari apa yang aku rasa pada tika itu.
untuk pujuk sedih aku, aku selalu fikir ada orang lain punya masalah lebih berat daripada yang aku ada sekarang.

di saat fikiran aku di serang syaitan nirojim bahawa laki aku curang belakang aku, realitinya ada lelaki lain yang betul2 curang -- walhal laki aku sikit pun tak buat benda tu (hopefully).
di saat aku takut laki aku akan tinggalkan aku sebab aku tak cantik, gemuk dan semakin hari semakin ku ku kusam, dunia sebenar -- memang ada lelaki tak guna lelaki tak guna yang pendek akal tinggalkan isteri yang bersusah payah untuknya selama ni.

berbalik kepada hari-hari gembira kita, di saat kita galak mengusik orang sana-sini, kita takkan pernah tahu rahsia yang dia sebenarnya sedang bergelut dengan masalah rumahtangga dan sebagainya.

muka ada senyum, hati ada rabak.

mashaAllah.

aku sangat hormat (tabik spring) pada perempuan-perempuan yang sedang bergelut dengan masalah namun masih menampal senyum pada bibir.

mashaAllah.

sungguh aku hormat, kalian yang tabah menghadapi lelaki tak guna begini.

mashaAllah.

kuatnya kalian.

kalau aku?

haih entahlah.

aku tak kuat.

barangkali, itu sebab kita ini diduga lain-lain masalahnya.
yalah. 
Allah takkan menguji kita dengan masalah yang kita tak mampu nak hadapi.

tapi itulah, kalau kita happy, jaga-jagalah sehingga kita tak usik hati orang lain.
memanglah, kalau dia sedih kita kena bagi dia gembira semula. 
tapi mungkin kena sesuai pada keadaan.

apa la aku meraban ni.
kalian paham tak?

#sambildengarlagupeterpan

 


27 January 2015

sakit

akhir-akhir ni aku kurang sihat.
BP naik.
dan itu memang tak bagus untuk baby.

aku nak sangat-sangat rehat.
tapi..., banyak bebenor masalah kat pejabat ni.
masalah yang aku rasa adalah salah satu penyebab aku stress, demotivated, menyampah dan sebagainya.

tak lama lagi akan ada re-org.
skim pulak dah nak bertukar, aku di gred N kemungkinan akan 'dipaksa' bertukar ke skim E.
bila bertukar ke skim E, akan ada masalah lain pulak yang timbul.
unit aku pun dah nak kena katup.
aku pulak tak tahu nak campak ke mana.

masa depan aku tak clear.

haih.


02 January 2015

Rezeki Orang Mengandung

Aku pernah jumpa pasangan yang baru berkahwin tetapi tak mahu anak.
Alasan - muda lagi, nak honeymoon puas-puas dulu, baru nak concentrate jaga anak.
Ada juga yang kata - tak boleh ada anak lagi sebab kewangan tak stabil.
Dan excuse paling simple pernah aku dengar - tak ready nak jadi parent lagi.

Terus terang, selepas kami dianugerahkan dengan Qalesya Alia, aku juga pernah terfikir untuk tak nak mengandung lagi dalam waktu terdekat sebab kewangan kami sangat sangat sangat lah tak stabil.
Aku takut kalau aku mengandung lagi, kami tak cukup duit untuk anak yang akan dilahirkan nanti.
Nak fikir tentang taska, nak fikir tentang susu, nak fikir tentang diapers.
Banyak benda nak pikir, banyak benda nak pakai duit!

Tapi, aku selalu dengar orang bercakap tentang rezeki anak.
Anak ini sebenarnya pembuka rezeki.
Dengan setiap zuriat yang dianugerahkan olehNya, akan diturunkan juga satu jalan rezeki untuk kita.
Maknanya, setiap manusia yang ada kat muka bumi ni, punya cabang rezeki masing-masing.

Betul.
Aku kira ianya sangat sangat betul.
Bayangkan mak pak kita dulu, punya ramaiiiii anak, tetap cukup makan dan pakai sampai kita semua dapat dibesarkan dengan baik oleh mereka.
Jadi rasanya tak perlu berkira-kira bila mahu dapatkan anak.
InshaAllah dah tertulis rezeki untuk anak yang kita kandungkan ini.

Tapi, tetap ada satu situasi yang berlainan.
Situasi untuk pasangan yang benar-benar mahukan anak tapi belum punya rezeki untuk merasa kebahagiaan tersebut.
Stress jangan cakap.
Mana nak tahan mulut orang lagi - sibuk dok tanya bila nak dapat anak, bila nak dapat anak.
Bila berhadapan dengan situasi begini, berhati-hatilah.
Janganlah buat mereka ini berkecil hati.
Ingat senang nak dapat zuriat?
Ingat senang nak dapat anak?

Kalau dah tertulis mereka lambat atau mungkin tak punya rezeki untuk dapat anak, itu bukan salah mereka, itu sudah tertulis.
Siapa tak nak anak?
Cepat dengan lambat saja.

Macam aku, aku sebenarnya adalah jenis susah untuk mengandung.
Selepas 2 tahun dapat Qalesya, kami sendiri memang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Buat peneman Cha.
Tapi tak ada rezeki.
Tak dapat.

Sehinggalah sepanjang tahun 2014, aku memang ke hospital, minta nasihat pakar - untuk dapatkan anak.
Aku mengaku, aku  makan ubat.
Cuma aku tak sempat untuk teruskan treatment yang seterusnya sebab kekurangan dana (haha) dan juga sebab aku sibuk out-station time tu.
Tapi Alhamdulillah, still melekat, dapat juga aku pregnant walaupun treatment tak lengkap.

Hmm.
Tapi, ada juga orang sekeliling yang buat aku berkecil hati.
Pernah aku jumpa seorang perempuan, dia tegur aku, bertanyakan betul atau tidak aku mengandung.
Bila aku kata ya, dia pun jawab -- oo, menantu akak pun pregnant. Alhamdulillah, senang dia mengandung. Cucu akak yang first kecil lagi, dah nak dapat adik. Alhamdulillah memang senang dia mengandung, tak macam sesetengah orang tu, dok habis beribu-ribu cari pakar sebabnya susah nak mengandung. Nasib baiklah menantu akak tu senang nak mengandung. Tak payah nak berabis duit arah situ.

Hmm.
Sama ada dia tahu memang aku ikhtiar jumpa pakar semata-mata untuk mengandung dan memang niat nak perli; atau
Sama ada dia tak tahu dan memang lurus orangnya untuk terus bercakap pada aku tentang perkara yang memang aku buat tu.

Husnuzon.
Bersangka baik jela Ta.






10 minggu 3 hari

Semalam, rasa tak sedap badan - sangat sangat.
Sakit kepala dari malam hari, membawa ke siang, tidur sepanjang tengah hari, bangun untuk makan, tetap sakit kepala.
Aku sendiri rasa tak sedap hati jadi ajak suami ke klinik untuk cek tekanan darah.
Seperti yang dijangka, tekanan naik - 159/99.
Disebabkan aku mengandung, doktor agak risau dengan tekanan tu.
Kalau tak sebenarnya memang dia nak refer aku ke hospital.
Tapi aku tak nak, sebab esok (Jumaat) aku tak boleh cuti dan kena kerja.
Jadi katanya tak apa, esok lepas habis waktu pejabat dia minta aku datang semula ke klinik untuk cek tekanan darah.
Kalau tinggi juga memang dia nasihatkan untuk aku ke hospital terus.

Masalahnya, bulan ni aku akan tanggung kerja rakan pejabat aku.
Kalau ikut peraturan, bila kita tanggung kerja, kita kena bertugas selama 28 hari tanpa cuti rehat.
Cuti kecemasan dan cuti sakit boleh tapi tak melebihi 5 hari.
[Rujukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam]

Kalau boleh awal-awal ni, taknak la ada cuti.
Kot kendian ada kecemasan kan.

Tapi tak apalah, balik nanti aku akan singgah klinik.
Nak tahu juga tekanan darah untuk hari ni.

Risau juga.
Masa mengandung, tekanan darah tinggi naik adalah tak baik untuk kandungan.
Ada banyak penyakit yang berkaitan dengan tekanan darah naik ni, contohnya pre ekslampsia.

Minta tidaklah kan.

InshaAllah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...