Tabungan

03 March 2015

tak pernah cukup. tak pernah betul.

kadang2, aku takut nak menulis.
sebab rupa2nya, ada juga yang membaca.
dan tulisan - sebenarnya mengelirukan.

cara kamu membaca lain.
cara dia membaca lain.
cara aku sendiri membaca lain.

kita sudah cuba untuk menulis setenang mungkin.
tapi akan ada yang membaca semarah mungkin.

tulisan yang mula2 sekadar luahan hati, terus menjadi bahan cacian makian tohmahan segala-an.

jadi aku -- kadang2 jadi tidak jujur untuk menulis.

menulis yang indah2 saja.
yang baik2 saja.
yang manis2 saja.

kerana -- itu akan menjadi suapan kalian.

kebenarannya?

hidup aku?
diri aku?
keluarga aku?
kerjaya aku?
hubungan sosial aku?

haha!

satu yang aku lihat manusia -- semua serba tak kena.
tak pernah cukup.
tak pernah betul.

tapi yalah.
manusia.
memang tidak pernah dan takkan pernah SEMPURNA.

cumanya -- aku pelik kenapa kena ada perbalahan.
kenapa kena ada permusuhan.
kenapa kena ada satu pihak yang memahami dan satu pihak yang tak mahu memahami.

yalah -- manusia.

bila kita diam -- orang kata kita takut.
orang kata kita ini jenis katak bawah tempurung yakni tak mahu ambil tahu.

tapi cuba bila kita melawan -- orang kata kita kuat melatah?

aku masih kuat kerana aku ada keluarga yang memahami.
ibu yang sangat menyayangi aku.
saat aku lemah, 100 kali sehari pun dia sanggup telefon aku.
saat aku sakit, sekejap saja dah sampai ke Semenyih.

suami?
Alhamdulillah, dia masih seperti yang aku kenal 11 tahun yang lalu.
masih kuat bersabar dengan aku seperti yang aku nikahi 6 tahun yang lalu.
semoga dia terus ada dengan aku untuk tahun2 mendatang.
setiap hari, bila aku berdiri di belakang dia, mendengar dia iqamat, aku selalu rasa gentar, rasa takut sekiranya aku tak dapat berimamkan dia lagi.
semoga dia akan terus ada untuk aku, sekurang-kurangnya sehingga semua tugasan kami di dunia sudah selesai.

kerjaya?
aku masih lagi terumbang ambing.
aku kadang2 malu dengan kawan2 aku yang lain.
kehidupan mereka sangat senang berbanding aku.
punya rumah yang besar.
kereta yang besar.
kemudahan perubatan yang selesa.
semua buat aku malu.
aku tidak ada rasa cemburu.
aku cuma malu.
kadang2 aku cari mana salahnya laluan aku.
kenapa aku terperangkap di laluan ini.
kenapa aku tak dapat laluan itu?

tapi.....
itu buat aku kembali pada fitrah.
kembali pada asal.
aku manusia.
manusia yang tak sempurna.
manusia yang tak pernah cukup.
manusia yang tak pernah bersyukur.
semua serba tak kena.
semua serba tak betul.

aku mula berfikir semula.
aku punya ibu bapa.
aku punya suami yang baik budi.
aku punya anak yang istimewa.
aku punya keluarga yang sangat menyayangi antara satu sama lain.

aku cukup makan cukup pakai.
semiskin-miskin aku, ibu aku tak pernah biarkan kami kelaparan.
tak - tak pernah aku merasai pengalaman begitu.

jadi, nikmat apa lagi yang hendak aku nafikan.
hina betul aku sekiranya semua itu masih menjadi aku manusia yang tak bersyukur.

akhir2 ini, aku tak sihat.
aku rasa agak murung.
aku rasa agak sedih.
kerana kehidupan dan kerjaya aku bercampur campur sesaknya.

tapi...
hoi -- aku manusia biasa!



No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...