Aku pernah jumpa pasangan yang baru berkahwin tetapi tak mahu anak.
Alasan - muda lagi, nak honeymoon puas-puas dulu, baru nak concentrate jaga anak.
Ada juga yang kata - tak boleh ada anak lagi sebab kewangan tak stabil.
Dan excuse paling simple pernah aku dengar - tak ready nak jadi parent lagi.
Terus terang, selepas kami dianugerahkan dengan Qalesya Alia, aku juga pernah terfikir untuk tak nak mengandung lagi dalam waktu terdekat sebab kewangan kami sangat sangat sangat lah tak stabil.
Aku takut kalau aku mengandung lagi, kami tak cukup duit untuk anak yang akan dilahirkan nanti.
Nak fikir tentang taska, nak fikir tentang susu, nak fikir tentang diapers.
Banyak benda nak pikir, banyak benda nak pakai duit!
Tapi, aku selalu dengar orang bercakap tentang rezeki anak.
Anak ini sebenarnya pembuka rezeki.
Dengan setiap zuriat yang dianugerahkan olehNya, akan diturunkan juga satu jalan rezeki untuk kita.
Maknanya, setiap manusia yang ada kat muka bumi ni, punya cabang rezeki masing-masing.
Betul.
Aku kira ianya sangat sangat betul.
Bayangkan mak pak kita dulu, punya ramaiiiii anak, tetap cukup makan dan pakai sampai kita semua dapat dibesarkan dengan baik oleh mereka.
Jadi rasanya tak perlu berkira-kira bila mahu dapatkan anak.
InshaAllah dah tertulis rezeki untuk anak yang kita kandungkan ini.
Tapi, tetap ada satu situasi yang berlainan.
Situasi untuk pasangan yang benar-benar mahukan anak tapi belum punya rezeki untuk merasa kebahagiaan tersebut.
Stress jangan cakap.
Mana nak tahan mulut orang lagi - sibuk dok tanya bila nak dapat anak, bila nak dapat anak.
Bila berhadapan dengan situasi begini, berhati-hatilah.
Janganlah buat mereka ini berkecil hati.
Ingat senang nak dapat zuriat?
Ingat senang nak dapat anak?
Kalau dah tertulis mereka lambat atau mungkin tak punya rezeki untuk dapat anak, itu bukan salah mereka, itu sudah tertulis.
Siapa tak nak anak?
Cepat dengan lambat saja.
Macam aku, aku sebenarnya adalah jenis susah untuk mengandung.
Selepas 2 tahun dapat Qalesya, kami sendiri memang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Buat peneman Cha.
Tapi tak ada rezeki.
Tak dapat.
Sehinggalah sepanjang tahun 2014, aku memang ke hospital, minta nasihat pakar - untuk dapatkan anak.
Aku mengaku, aku makan ubat.
Cuma aku tak sempat untuk teruskan treatment yang seterusnya sebab kekurangan dana (haha) dan juga sebab aku sibuk out-station time tu.
Tapi Alhamdulillah, still melekat, dapat juga aku pregnant walaupun treatment tak lengkap.
Hmm.
Tapi, ada juga orang sekeliling yang buat aku berkecil hati.
Pernah aku jumpa seorang perempuan, dia tegur aku, bertanyakan betul atau tidak aku mengandung.
Bila aku kata ya, dia pun jawab -- oo, menantu akak pun pregnant. Alhamdulillah, senang dia mengandung. Cucu akak yang first kecil lagi, dah nak dapat adik. Alhamdulillah memang senang dia mengandung, tak macam sesetengah orang tu, dok habis beribu-ribu cari pakar sebabnya susah nak mengandung. Nasib baiklah menantu akak tu senang nak mengandung. Tak payah nak berabis duit arah situ.
Hmm.
Sama ada dia tahu memang aku ikhtiar jumpa pakar semata-mata untuk mengandung dan memang niat nak perli; atau
Sama ada dia tak tahu dan memang lurus orangnya untuk terus bercakap pada aku tentang perkara yang memang aku buat tu.
Husnuzon.
Bersangka baik jela Ta.
Anggap sahajalah dia memang tak tahu ...
ReplyDeleteTenangkan hati mudah2an segalanya berjalan dengan baik. InsyaAllah. :)
InshaAllah.
DeleteTerima kasih kakcik nur.
:)
i am really happy when i know u r pregnant kak..abaikan mereka.....whether they know or x...x penting.....yg penting u r in good condition till the baby is coming to this world..ganbatte ka!!
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2015.... semoga tahun ni memberi kebahagiaan untuk kita semua
ReplyDeleteMungkin dia tak bermaksud untuk buat akak kecik hati....hanya berkongsi kegembiraan...bakal bergelar nenek lagi.
ReplyDelete