Tabungan

09 March 2015

dilema nak dapat anak kedua

5 tahun, kami hanya ada Cha.
5 tahun, segala tumpuan hanya untuk Cha.
dan inshaAllah bulan 7 ni, kami akan dapat anak kedua.

dilema...

punya anak yang ramai, memang impian setiap keluarga, setiap ibu dan bapa.
dan buat aku yang susah nak produce anak, dapat dua orang pun dah cukup bersyukur dah.

tambah pula bila dah 3 kali scan memang nampak angry bird, membuatkan aku cakap pada Nazri, thats it -- tutup kilang (macam banyak sangat production).

sekarang ni, baby dah kerap menendang.
yang mana buat aku rasa sangat happy.
setiap kali dia menendang, aku akan tersengih-sengih sambil usap-usap perut.
aku masih tak sangka yang Tuhan masih bagi peluang pada aku untuk rasa perasaan ni.

tapi...
aku selalu teringat pada Cha.
aku dapat rasakan, nanti aku akan banyak abaikan dia.
Cha jenis tidur malam, berbantalkan lengan aku.
bila dia menyusu, memang dia minta lengan aku.
seboleh-boleh memang dia nak dekat dengan aku.
jadi aku terbayang-bayang, bila adik dia dah keluar nanti, macam mana aku nak bahagikan antara adik dia dengan Cha.

sekarang ni pun, aku dah tak larat nak duduk dengan dia dalam kereta.
selama ni kalau ke mana-mana, dia suka duduk dengan aku dekat seat depan.
satu memang berbahaya -- aku dah sedar lama, tapi lately memang rasa aku ni membahayakan Cha sangat-sangat.
kedua -- aku dah tak larat.
perut aku semakin membesar.
Cha pun semakin membesar he.
jadinya kami dah ajar dia untuk duduk semula dekat car seat dia.
yang mana -- dia suka.
dia suka duduk dalam car seat dia.

dan aku pulak yang sedih.
sebab dia dah tak duduk dengan aku.
aku dah tak boleh nak peluk-peluk dia.
tak boleh nak cium-cium dia.
macam selalu.

aku sedih.
sebab sikit-sikit aku rasa aku dah jauh dari dia.
cepatnya Cha membesar.
nanti tiba satu masa, mesti dia dah tak suka aku peluk cium dia.
sayunya :( 

dilema...

aku harap, Cha banyak bersabar dan bertolak ansur dengan adik dia nanti.
aku harap, Cha tetap ceria macam sekarang dan boleh terima adik dia nanti.
aku harap, Cha tetap sayang kat aku macam sekarang huhu.

Cha, nanti -- suatu hari, kalau Cha baca entri mami yang hat ni, mami nak Cha tahu, mami sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat kat Cha.
anak kena ramai Cha.
dan sayang pada setiap anak memang takkan berbelah bagi.
sayang pada setiap anak tak ada kurang tak ada lebih.

Cha dah jadi kakak.
Cha anak sulung.
Cha kena jaga adik.
dan mami percaya, Cha memang ditakdirkan untuk menjadi kakak yang baik.
sebab Cha memang punya hati yang lembut.
punya hati yang baik.

Mami sayang Cha tau.
sayang sangat.


03 March 2015

tak pernah cukup. tak pernah betul.

kadang2, aku takut nak menulis.
sebab rupa2nya, ada juga yang membaca.
dan tulisan - sebenarnya mengelirukan.

cara kamu membaca lain.
cara dia membaca lain.
cara aku sendiri membaca lain.

kita sudah cuba untuk menulis setenang mungkin.
tapi akan ada yang membaca semarah mungkin.

tulisan yang mula2 sekadar luahan hati, terus menjadi bahan cacian makian tohmahan segala-an.

jadi aku -- kadang2 jadi tidak jujur untuk menulis.

menulis yang indah2 saja.
yang baik2 saja.
yang manis2 saja.

kerana -- itu akan menjadi suapan kalian.

kebenarannya?

hidup aku?
diri aku?
keluarga aku?
kerjaya aku?
hubungan sosial aku?

haha!

satu yang aku lihat manusia -- semua serba tak kena.
tak pernah cukup.
tak pernah betul.

tapi yalah.
manusia.
memang tidak pernah dan takkan pernah SEMPURNA.

cumanya -- aku pelik kenapa kena ada perbalahan.
kenapa kena ada permusuhan.
kenapa kena ada satu pihak yang memahami dan satu pihak yang tak mahu memahami.

yalah -- manusia.

bila kita diam -- orang kata kita takut.
orang kata kita ini jenis katak bawah tempurung yakni tak mahu ambil tahu.

tapi cuba bila kita melawan -- orang kata kita kuat melatah?

aku masih kuat kerana aku ada keluarga yang memahami.
ibu yang sangat menyayangi aku.
saat aku lemah, 100 kali sehari pun dia sanggup telefon aku.
saat aku sakit, sekejap saja dah sampai ke Semenyih.

suami?
Alhamdulillah, dia masih seperti yang aku kenal 11 tahun yang lalu.
masih kuat bersabar dengan aku seperti yang aku nikahi 6 tahun yang lalu.
semoga dia terus ada dengan aku untuk tahun2 mendatang.
setiap hari, bila aku berdiri di belakang dia, mendengar dia iqamat, aku selalu rasa gentar, rasa takut sekiranya aku tak dapat berimamkan dia lagi.
semoga dia akan terus ada untuk aku, sekurang-kurangnya sehingga semua tugasan kami di dunia sudah selesai.

kerjaya?
aku masih lagi terumbang ambing.
aku kadang2 malu dengan kawan2 aku yang lain.
kehidupan mereka sangat senang berbanding aku.
punya rumah yang besar.
kereta yang besar.
kemudahan perubatan yang selesa.
semua buat aku malu.
aku tidak ada rasa cemburu.
aku cuma malu.
kadang2 aku cari mana salahnya laluan aku.
kenapa aku terperangkap di laluan ini.
kenapa aku tak dapat laluan itu?

tapi.....
itu buat aku kembali pada fitrah.
kembali pada asal.
aku manusia.
manusia yang tak sempurna.
manusia yang tak pernah cukup.
manusia yang tak pernah bersyukur.
semua serba tak kena.
semua serba tak betul.

aku mula berfikir semula.
aku punya ibu bapa.
aku punya suami yang baik budi.
aku punya anak yang istimewa.
aku punya keluarga yang sangat menyayangi antara satu sama lain.

aku cukup makan cukup pakai.
semiskin-miskin aku, ibu aku tak pernah biarkan kami kelaparan.
tak - tak pernah aku merasai pengalaman begitu.

jadi, nikmat apa lagi yang hendak aku nafikan.
hina betul aku sekiranya semua itu masih menjadi aku manusia yang tak bersyukur.

akhir2 ini, aku tak sihat.
aku rasa agak murung.
aku rasa agak sedih.
kerana kehidupan dan kerjaya aku bercampur campur sesaknya.

tapi...
hoi -- aku manusia biasa!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...