Tabungan

15 December 2016

::2016::

Minggu2 terakhir dalam Disember ni, lebih banyak bagi aku momen yang menyesakkan daripada momen2 yang baik2. Aku harap agar, momen2 yang teruk ni hanya akan tinggal di Disember dan tak mengikut aku hingga ke tahun 2017 nanti.

Aku ada beberapa wishlist yang aku rasa segan nak tulis di sini. Sebab walaupun blog aku sendu, tapi tetap ada yang membaca dan akan perli aku nanti. Wakakaka.

Jadi wishlist tu aku letak dalam silent mode namun mungkin sikit demi sedikit aku reveal tanpa aku sedar. Haha!

Tahun 2016 juga tahun yang agak penat pada aku kerana tahun ini aku secara full pegang portfolio baru selepas aku habis pantang bulan 11 tahun 2015 hari tu.

Sebab masa tahun 2015, aku tak berapa concentrate pada kerja kerana aku punya alahan mengandung yang teruk dan ditambah dengan sakit sampingan yang macam2. Jadi aku tak concentrate sangat pada kerja dan portfolio aku.

Tapi selepas aku masuk kerja hari tu, aku memang berikan sepenuh perhatian aku pada kerja dan cuba untuk cope dengan portfolio baru ni. Ternyata ianya agak mencabar dan banyak permasalahan yang aku hadapi yang perlukan keputusan dan penyelesaian yang pantas.

Malangnya, aku bukanlah seorang yang pantas dan a very slow learner. Disebabkan itu, aku selalu dicop sebagai lambat buat kerja.

Okey. 

Taknak tulis panjang tentang itu, cukuplah kalian tahu yang aku slow.

Tahun 2016 juga merupakan tahun yang penat buat aku kerana aku keluar masuk hospital kerana menemani Aidil yang sakit. Cuti aku banyak habis kerana hal ni dan aku tidak kisah. Cuti aku habis kerana anak. Aku tak kisah. Janji anak2 aku sihat dan sejahtera. Pada aku itu lebih penting.

So, itupun korang dah tahu, ye aku memang tak pernah kumpul GCR lagi. HAHAHAHAHA!!

Dalam tahun 2016 juga ada beberapa pencapaian peribadi yang aku rasakan aku berbangga dan berpuas hati terhadap perkara tu. Aku dapat tolong orang dalam beberapa kes dan walaupun ada yang tak ingat pun pertolongan tu, aku tetap rasa seronok. Sebabnya walaupun aku buat kerja tapi sebenarnya a side from that, aku dah tolong mereka secara peribadi.

Yelah, disebabkan aku 'slow' buat kerja, seseorang tu berjaya dapat pampasan hampir 88k.
Yelah, disebabkan aku 'slow' buat kerja, aku berjaya segerakan satu pembedahan tanpa ditangguhkan.
Disebakan aku 'slow' buat kerja, orang2 disekeliling aku menikmati ganjaran mereka dan aku adalah diantara orang2 disebalik tabir tu.

Aku juga sangat bertuah kerana aku diberikan satu team yang sangat strong, yang sangat laju buat kerja walaupun boss depa ni -- slow. Disebabkan anak2 buah aku ni sangat efisien, walaupun slow, kami dapat selesaikan kerja kami, on-time. (so aku tak paham celah mana boss kata kami slow).

Haha.

Oleh kerana itu, aku dapat simpulkan bahawa kerja aku -- stress. Bagi mengelakkan aku terbawa-bawa dengan rasa stress aku yang bertambah-tambah ni, aku beri aku sedikit terapi dengan menulis.

Aku sebenarnya memang suka menulis, yelah kalau tak, takkanlah aku ada blog kan. Sebab siapa2 yang kenal aku pun pasti tahu aku ni suka bersembang. Suka bercerita. Sehinggakan sekarang ni, aku merupakan suspek utama boss - tukang penyampai cerita. Wakakaka. Tapi itu cerita lain. Tak boleh cerita, Nanti yang kena aku juga.

Owh. Pasal menulis. Jadi dari dulu lagi memang aku suka menulis. Dan aku memang suka dengan sticker2 cute. Dari dulu lagi memang aku suka buat begitu. Even dekat planner aku pun aku suka tampal2 sticker. Dan even di kalendar pun. Kalendar 2017 pun aku dah siap tampal.



Dan rupa2nya memang ada obsession tentang penulisan dihiasi sticker, washi tape, doodling bagai ni. Antaranya adalah bagi peminat2 #Hobonichi. Masa aku dok goggle tentang Hobonichi ni, keinginan aku untuk kembali menulis dalam buku semakin membuak-buak.

Cumanya aku memang tak dapat apply sepenuhnya elemen2 Hobonichi ni.

Aku tak pandai melukis. Aku tak de sangat washi tape (tapi aku akan invest sikit nanti ke washi tape ni hehe). Dan aku juga tak ada Hobonichi book ni. Aku cuma guna buku kosong yang aku ada baaaanyaaaak dan aku mula menulis.

Tapi memang betul, sikit2 release tension. Jadi mungkin, sekiranya aku punya Istiqomah yang tinggi, aku akan terus menulis dalam buku kecil aku ni.


Dan aku juga berharap, aku punya Istiqomah yang tinggi untuk aku update terus menerus di sini :p.






Owh ya!!

2017, adalah tahun Cha mula bersekolah. Aku akan cuba juga untuk terus-terusan buat jurnal tentang itu. First time ooooo anak nak sekolah. Sekolah khas lak tu!!



Oklah!! Till Then!! Assalamualaikum!!



No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...