Tabungan

07 January 2013

sabtu ahad yang awesome!

aku suka sabtu dan ahad. pada aku, hari sabtu dan ahad la aku boleh bergolek-golek dengan Cha. dan kalau dapat lebih sikit ialah hari di mana aku boleh bertemu ayah, emak dan adik-beradik aku yang lain. 

macam sabtu dan ahad lepas, walaupun dapat jumpa sekejap saja, tapi aku layankan juga, terus ke Teluk Intan untuk lepak (lepak tu!) bersama ayah, emak, puti, palom dan malom di rumah baru mereka dekat Taman Semesti.

palam tak dapat join sebab ada exam. takpe palam, nanti kita lepak bersama-sama lagi ya!

best.

best.

best.

nanti nak pergi Teluk Intan lagi, lepak rumah palom dan malom.

layan gambar nak?

hik hik.

ini masa kami baru sampai Teluk Intan, feeling tourist, jadi melawatlah Menara Condong, ikon Teluk Intan. kalau kau orang kata tak tahu pasal Menara Condong ni, baik pergi masuk longkang aje la. lagu Simetri tau saja siapa nyanyi, Menara Condong tak tahu. memang nak kena. hik hik.

budak baru bangun tidur.






ni waktu kami makan malam tu. tak dapat nak snap semua. lapor!



host kami malam itu.

esoknya, kami dari Teluk Intan pergi terus ke Ampang sebab nak hadiri kenduri kahwin rakan sepejabat. nasib baik sempat. hik hik hik.







malam, lepak rumah tengok Anugerah Juara Lagu ke 27. tapi masa ni tengah warming up. Cha pun baru bangun, so melayan dia tengok kartun dulu.




tengah topok-topok nak kasi tidur.

 :)





kau tak hormat orang, macam mana orang nak hormat kau?

ada seorang makcik ni, dia duk bising orang tak hormat ke dia. aku pun pelik, kenapalah orang tak hormat ke dia, padahal.., dia ni kategori senior, dah banyak makan garam, dah banyak pengalaman.

sampailah satu hari..., aku dapat bertemu dengan dia muka ke muka. dan aku tahu apa masalahnya.

kau tak hormat orang, dan kau minta orang hormat kau?

pigidah.

dan kau tak layak dapat sekuman hormat dari aku sekalipun.

sekian.




03 January 2013

Lawatan Sempena Krismas ke Pejabat Nuffnang!!

Sebenarnya, masa Krismas tahun lepas (rasa macam dah lama aje kan kalau sebut tahun lepas, haha) Dayah ajak aku teman dia pergi pejabat Nuffnang sebab dia dapat invitation dari Nuffnang. kiranya aku ni menumpang sajalah, sebab yang dapat invitation tu Dayah hehe. aku ni, manalah Nuffnang kenal pun. blogger pi--ci--san! hik hik. lainlah Dayah, blogger terkenal kan kan.

jadi mak nak ucap terima kasih la dekat Dayah sebab ajak mak ni temankan, kalau tak, manalah dapat peluang begini kan kan kan kan. hik hik.

oleh kerana mak yang akan drive hari tu, mak dah buat preparation dengan cari alamat, simpan nombor telefon dan tengok peta. siap google lagi tau. semangat-semangat-semangat! haha.


google, cari pejabat Nuffnang. semangat!

tapi malangnya, walaupun dah bersedia sehabis daya, masih lagi sesat dan sampai lambat. sepatutnya pukul 3, tapi kami sampai hampir pukul 4 hik hik. tapi Dayah dah call siap-siap, Darren yang answer the phone, dan dia kata no problem, just datang saja tak kisah pukul berapa. so kami pun lega dan meneruskan kesesatan tersebut. haha.

bila kami sampai, pusing lagi dua tiga kali sebab mencari parking. last-last aku parking atas bahu jalan betul-betul depan pejabat Nuffnang. tak pernah dibuat parking atas bahu jalan macam tu aje. alaaaa, kenapalah tak snap gambar kan hik hik.

ni masa sampai kat pintu pejabat. apa-apahal, gambar itu penting! haha.


malangnya aku takde foursquare hik hik.

masuk-masuk dalam pejabat dia orang, oh my! sangat simple working place dia orang. no cubicles, no rooms, just macam duduk dalam bilik meeting. gila santai! I want this type of environment meh! can or not?!!


santai!

ini adalah muka pemalu yang dapat mengacau pejabat orang.  

dah kata datang dengan Dayah, mestilah bergambar dengan dia kan :)

dia Intern di sini. walaupun hanya Intern, tapi sangat ramah-tamah melayan kami.

kenapa kami buat macam tu, sebab kami dalam pejabat Churp Churp!! kat belakang tu adalah gambar Instagram yang orang tag Churp Churp. banyak gila gambar. kau orang MAMPU!!!??

favourite corner! sangat kreatif! jangan tak tahu, belakang tu pintu pergi bilik server, sampai macam tu sekali kan :)

kami decide nak buat sesuatu bersama.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kegilaan kami.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






nampak sangat aku ketot kan. cis!


ini adalah muka ayu saya.
terima kasih.

dan semua yang berusaha keras di Nuffnang!!

kau orang rasa dia orang serius macam ni ker?
 fikir semula, seriuskah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak lah sangat....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

percaya?

thanks Dayah bagi peluang kat kita ikut. enjoy sangat-sangat! :)


dan terima kasih Nuffnang sebab sangat sporting melayan kami. sepanjang kami kat pejabat Nuffnang. serius!, walaupun dia orang busy, tapi setiap kali kami masuk, mesti ceria greet kita orang, nak balik pun ceria saja lambai-lambai (rasa taknak balik) oke tak, kena balik haha.

pape pun, kalau-lah ada peluang lagi nak pergi event Nuffnang, alangkah seronoknya la kan. tapi aku tak selalu dapat invitation pun, dan kadang-kadang bila dapat, dah masalah pula nak pergi. tu sebab bila Dayah ajak, memang semangat saja kita nak pergi. seronok sangat.

anyway, thanks Nuffnang.
thanks Dayah.
:)




3.1.13

semalam hari pertama kerja dalam bulan Januari 2013. tarikh semalam tak cantik, jadi tak rasa rugi sangat bila tak update. boleh? hahahaha. mengong di awal pagi. sila layan.

macam aku kata, semalam hari pertama kerja dalam bulan Januari 2013, bermula dengan baik. Alhamdulillah, hari pertama tanpa gagal, semua azam dapat dipenuhi. gila! itu baru sehari, aku tak boleh janji 362 hari yang mendatang hahahaha!

cuma Qalesya, dah menampakkan ciri-ciri anak tak sihat yang akan kembali batuk, selsema dan kahak. aku, bila Cha dah mula batuk, aku akan jadi takut, jadi fobia sebab dia memang tak tahan dengan batuk semua tu. bila dia batuk, dia akan start selsema, terus jadi kahak dan end up -- warded. kalau boleh, tahun ni, taknaklah masuk hospital lagi. kesian dekat dia. nak cucuk jarum, nak buat drip kat tangan dia adalah satu perkara yang sangat menyesakkan jiwa dan raga mana-mana mak pun. menangis sampai nak terkeluar anak tekak adalah perkara terakhir setiap mak dalam dunia ni nak tengok terjadi pada anak dia. jadi, kesimpulannya aku berdoa sangat-sangat, janganlah batuk dia melarat.

masalahnya, pagi tadi dia dah terjaga pukul 5 dan start batuk-batuk-batuk dan batuk. siap mengigau nangis segala. tapi tidur balik. aku rasa lega jugalah sebab dia masih mampu tidur walaupun batuk dan itu bermakna, batuk dia takdelah teruk mana sangat lagi.

cumanya, aku sebagai ibu yang bekerja, akan menghadapi dilema, anak atau kerja. kalau dia masuk hospital, dah tentu aku yang kena teman dia di hospital. maksudnya, tak masuk kerja. maksudnya, cuti. 

sesetengah orang tak faham perkara ini. ambil mudah. pandang senteng. macam kami emak-emak yang bekerja ni suka sangat dapat duduk hospital teman anak sakit.

o--hoi!

emak mana suka tengok anak sakit?
emak mana yang dapat 'bercuti' bila anak merengek siang malam kerana sakit?

tolong faham itu. tapi masalahnya, mereka tak faham. tak semua, tapi ada yang tak faham.

tapi kadang-kadang, ada juga yang memang sengaja tak masuk kerja dengan menggunakan alasan 'anak sakit'. o--hoi! aku memang takkan pernah guna alasan itu kalau nak memonteng sekali pun. setiap perkataan adalah doa. dan aku takkan pernah sekali mendoakan anak aku sakit. mintak simpang semua perkara tu. tapi itulah, ada saja yang begitu. ambil kesempatan. kadang-kadang, bila anak betul-betul sakit, kita dah tak boleh nak percaya dah.  betulkah anak itu sakit.

jadi, janganlah bermain-main dengan tahap kesihatan anak, atau sesiapa sekalipun. kesihatan sebenarnya anugerah Tuhan yang paling bermakna. kalau kau kaya, tapi kau sakit, tak guna juga. jadi, nampak tak sekarang, kesihatan tu, masyaAllah lagi penting.

jadi, aku doakan agar kita semua sentiasa sihat dan sejahtera. dapat bekerja dengan baik. dapat menjalankan tugas dengan kewajipan dengan bertanggungjawab. Ameen.

hari mula kerja dalam tahun 2013

baru jumpa effect 'panorama' dalam phone hahaha

test panorama lagi

cuma tengok kat diapers Cha, ada nama dia. ni mesti cikgu kat Taska punya kerja haha.

budak batuk pukul 5 pagi, Alhamdulillah masih nyenyak tidur masa nak hantar ke Taska pagi tadi.





01 January 2013

1.1.13

semua orang berlumba-lumba nak buat entri hari ini. maklumlah, hari pertama dalam tahun 2013. hari pertama dalam tahun yang baru. aku juga yang senyap dari pagi sampailah ke malam. cuma tadi encik suami tanya tak update apa-apa ke hari ni. eh, dia pula yang concern lebih. thanks sayang.

jadi, sebelum aku tidur, aku update la sikit kan.

hari ini memang aku tak bercadang nak buat apa-apa aktiviti pun. memang niat nak berehat, nak golek-golek dengan Cha saja. makanya tak keluar la kami dari pagi ke petang. yang Cha pula, taknak la dia tidur sekejap pun bila dia duduk dengan mami. mungkin dia pun rindu nak golek-golek dengan mami dia ni.

disebabkan kesian dia tak kemana, petang aku decide nak bawa dia keluar ambil ayah kat Mid Valley. at least, dapat juga dia naik kereta.

tapi, memandangkan dia tak tidur seharian, masuk saja kereta, hisap saja susu, terus selesai tidur. punyalah ngantuk anak dara mak seorang ni.

dan sepanjang jalan jugalah dia tidur, dah ambil ayah pun dia tidur, mami pergi beli makanan pun dia tidur, sampailah ke rumah balik. total, hampir 2 jam dia tidur.

disebabkan ini budak sudah tidur waktu maghrib, dia sudah meragam lebih. lepas makan tadi barulah oke sikit.

ni tengah risau sebab bibit-bibit tak sihat sudah menampakkan diri. ingat lagi tahun lepas, awal 2012, dia masuk hospital sebab bronkitis.

harap-harap tahun ni, no hospital ya anak.

gambar sepanjang hari ini. 1.1.13.

baru bangun tidur

lepas breakfast

lunch

tengok puss in boots

rindu opah mami. masak makanan macam dia selalu makan

Cha kacau mami lipat kain. pakai seluar dua lapis

masuk kereta terus tidur

sekian.



p.s.
selalu sakit sendi?
makan supplement ni.
whatsapp 0172350404 atau pergi facebook cari Pretty Qalesya.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...