Tabungan

13 April 2013

Pregnant.

Aku, bila badan rasa tak sedap, bila perut rasa sengkak, mulalah fikir macam-macam. 

Pregnant ke?

Kalau betul, separuh hati kata - tolonglah memang pregnant.

Tapi separuh lagi hati kata - janganlah, janganlah pregnant. 

Aku bukan apa. Aku bukan tak sedia. Sedia. Memang sedia sangat. Setiap kali tengok Cha main seorang diri, rasa sayu sangat. Sepatutnya dia dah ada kawan untuk main.

Tapi, aku tak boleh nak pregnant lagi. Duit tak cukup. -sedih-

Ramai yang kata - mengandung saja, rezeki akan datang bersama anak. Benar. Aku setuju benar.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya seorang dari kalian dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (bersatunya sperma dengan ovum), kemudian menjadi 'alaqah (segumpal darah) seperti itu pula. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) seperti itu pula. Kemudian seorang malaikat diutus kepadanya untuk meniupkan roh di dalamnya, dan diperintahkan untuk menulis empat hal, iaitu menuliskan rezekinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagianya..." (Hadis Riwayat Bukhari)

Anak yang dianugerahkan olehNya datang dengan 4 perkara dan salah satunya ialah rezeki. 

Ya. Benar. Tapi aku sebagai ibu, mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak aku dan Dia tahu itu. -senyum-

Tak apalah. Jika ada rezeki dan yang paling penting diizinkan olehNya, mengandunglah aku nanti.

Kalian selalu tanya bila aku nak mengandung lagi---kan?

Aku lagilah tak sabar nak mengandung lagi.

-sengih-

Okeylah.

Selamat malam.

Assalamualaikum.




Sent from my iPhone

12 April 2013

Orang sakit tahap kesabarannya memang senipis bawang tau!

Salam.

Perkara utama yang kalian patut tahu pada hari Jumaat yang mulia ini adalah - aku MC.

Maka untuk mendapatkan MC, wajiblah kita ke klinik ye dak. Takkan ke Tutti Fruti pula.

Pagi tadi, ingatkan nak hantar Cha ke Taska dan balik terus singgah ke klinik. Tapi tak jadi sebab bila tengok muka dia tengah tidur tu, teringat hari yang aku tinggalkan dia sampai pukul 12 malam baru ambil tempoh hari. Ya! Rasa bersalah aku tak habis-habis lagi. Jadi aku decide untuk patah balik ke Semenyih dan pergi klinik bila Cha dah bangun.

Elok saja sampai rumah, dia bangun sambil sengih-sengih bila tengok aku ada di sebelah dia. Aku pun mandikan dia, siapkan dia dan keluar balik pergi klinik dekat rumah saja.

Aku tak tahulah kenapa hari ni doktor tu bad mood. Seingat aku, doktor ni baik orangnya. Sentiasa senyum. Tapi tadi, dia tak senyum langsung. Cha tegur-tegur dia pun dia masih buat tak tahu saja.

Ke dia ingat aku ni saja-saja nak ambil MC? Mentang-mentang hari ni Jumaat, dia ingat aku nak ngelat ke? Padahal memang aku tak sihat kot. Nurse kat klinik tu siap tak jumpa rekod aku sebab lama sangat tak datang klinik. Pfft. Ya, ini adalah MC pertama aku tahun ini. Aku pernah berazam tak nak ambil MC tahun ni. So, sudah punah azam itu hehe.

Selesai saja check-up, keluar, ambil ubat dan aku terus pergi kedai bersebelahan kononnya nak beli nasi ayam.

Aku tercongok kat sebelah stall nasi ayam tu, orang-orang kedai tu sorang pun tak pandang aku.

Aku dah la tak sihat. Tak larat nak berdiri lama-lama. Aku panggil sorang minah ni, tunjuk pada stall nasi ayam, buat muka paling haram dan sekadar mengangguk saja tanda ambil maklum. Pastu blah buat tak reti balik.

Diulang, aku tak sihat so aku takde masa nak layan muka macam tu. Aku tarik Qalesya dan aku terus pergi ke kereta. Bila aku dah sampai ke kereta, dengar dari belakang minah-minah pelayan kat situ kecoh-kecoh tapi sebab apa aku tak tahu. Lantaklah.

Nak bagi panas lagi, aku ambil kereta terus aku park kedai depan kedai tadi tu dan beli makanan kat situ.

Aku tengah tak sedap badan jadi kesabaran aku nipis senipis kulit bawang. Tunggu lama sikit pun jadi baran haha. Apalah ita ni.



Sent from my iPhone

05 April 2013

Nuffnang sangat manis!

Okay........

Nuffnang sangat sweet okay!

Mereka hantar reminder untuk semua nuffnangers supaya jangan lupa bayar cukai pendapatan.

Suweet.. :)




Sent from my iPhone



Pretty Qaleysa - Palazzo




okey.
 
Palazzo in dah house!!
 
 
Check it out di Pretty Qalesya OSBC ya :)
 


Jom jenguk Pretty Qalesya saya :)


Saya ada jual shawl.

Jemputlah jenguk blog Pretty Qalesya ya.

Petang skit kang, saya akan upload palazzo. Jadi kegilaan sekarang.

Jemput ya, singgah Pretty Qalesya :)

Teaser sikit..



ada banyak lagi.

jemputlah. jemputlah.

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...