Tabungan

11 May 2013

Gambar Pra-Perkahwinan Jehan dan Julie.

Sweet!

Itu saja mampu aku kata.













walaupun gambar pra-perkahwinan mereka nampak macam post-perkahwinan. hik hik hik.


oke no offense.


nanti gambar mereka kahwin pulak ya.



sumber gambar Yahoo! Malaysia



Cha Menyanyi.





Oke tak? Haha. Ke nak mak nyanyi. Owh ini untuk Dayah. Hehehe.


 




Haha.





10 May 2013

Ashraf Muslim + Sakinah + Dayana = Poligami

Poligami.
Perkara yang disukai oleh lelaki dan digeruni oleh perempuan.
 
 
Aku tidak menolak poligami kerana mamiku sendiri merupakan isteri kedua kepada ayah aku. Emak tiriku pada aku memang perempuan yang sangat mulia kerana dialah yang mengizinkan ayah berkahwin dengan mami sebab mami adalah anak yatim piatu. Muliakan? Ya Allah semoga arwah emak ditempatkan di kalangan orang yang beriman - Ameen.
 
 
Tapi tak semua mampu. Tak semua mampu nak bermadu. Mami sendiri berpesan pada aku, seboleh-bolehnya elakkan bermadu. Jangan bagi izin pada suami untuk dia bermadu. Jadi dari situ aku nampak, seksa sebenarnya bermadu.
 
 
Tapi kita tak boleh halang poligami. Kerana ianya sunnah Rasul. Kenapa dikata sunnah Rasul kerana Rasulullah s.a.w. sendiri mengamalkan poligami. Tetapi, kena ingat, poligami dibenarkan bagi orang yang benar-benar mampu memberi keadilan buat kesemua isteri.
 
 
Kalau kau mampu nak beristeri sekalipun, tiada masalah dari segi kewangan, harta atau material, tapi mampukah kau adil dari segi kasih dan sayang.
 
 
Pada aku, harta boleh dicari. Tapi kasih dan sayang -- sesuatu yang tak boleh dijual beli dengan harta dan wang ringgit.
 
 
Kalau aku, luluh rasa hati kalau tengok suami aku dipegang dibelai orang lain. Mampu disogok payung emas kalau hati penuh cemburu? Memang tabik spring pada mana-mana perempuan yang mampu berpoligami.
 
 
Aku serius kata -- aku tak mampu. Aku pernah cakap pada Nazri, kalaulah satu hari nanti dia GATAL nak berpoligami (dear husband if you read this, please alert the CAPSLOCK one!) aku boleh izinkan -- tapi dengan syarat, lepaskan aku. Aku rasa aku takkan mampu layan dia macam biasa kalau dah ada orang lain layan dia. Lebih baik aku lepaskan dia kat dunia dan aku lawan untuk jadi bidadari syurga dia.
 
Yes Abang. I Love you THAT much :)
 
 
Jangan kau bimbang sayang, dimana ku berada.
Dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya :)
 
 
 
***
 
 
kenapa tiba-tiba aku bercakap tentang poligami.
Dan aku tergelak baca komen-komen dalam entri tersebut.
Rata-rata memang menyalahkan Sakinah -- orang ketiga tersebut.
 
 
kredit blog Beautiful Nara
 
 
Aku entahlah.
Aku tak tahu nak salahkan siapa.
Sebab kita tak tahu ceritakan.
Pada aku, aku tak suka nak jump into conclusion without knowing the facts.
Itu masalah rumah tangga mereka.
Kita tak tahu apa terjadi sebenarnya.
Memang berat dugaan yang kita tengok pada Dayana.
Tapi apa salahnya kita biarkan mereka selesaikan masalah mereka.
Mungkin Dayana sendiri, atau Ashraf sendiri, atau even Sakinah sendiri -- punya point dan stand masing-masing.
 
 
Take a break. Have a Solat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hey Ladies!

Assalamualaikum.
Bersyukur ke tidak kita hari ini sebab dapat jumpa Jumaat lagi?
Sila bersyukur kepada Allah s.w.t dan bukan kerajaan okey.
(Dang! Why so politics-ness?)
Hahahaha.
 
 
 
 
Okey rakan-rakan. Memandangkan hari ini ialah hari Jumaat yang penuh barakah, mari kita isi dengan sesuatu yang bererti juga ya.
 
 
 
 
Ladies, it is not easy to be a Woman. Semua perkara kita kena jaga--kan? Semua perkara kita kena tengok--kan? Aku suka sangat dengan satu kisah tentang seorang perempuan yang mogok tak nak buat kerja (merata dalam Facebook). Jadi, bila suami balik rumah, dari luar rumah lagi suami tengok tak berjaga. Pokok tak bersiram (serius, boleh tahu ke pokok bersiram atau tidak? haha), basikal anak-anak tak bersusun dan kasut berterabur (yeah I know, I exaggerate the story haha). Masuk dalam rumah, rumah bersepah, anak tak berjaga, pergi dapur tengok dapur tak berasap, angkat sangai (don't tell me you don't know what sangai means) tengok tak ada lauk tengahari. Panggil isteri tengok-tengok dia tengah lepak atas katil main angry bird (okey, exaggerate more).
 
Bila ditanya kenapa rumah jadi macam ini? Isteri dengan ayu menjawab - 'dah awak kata saya tak buat apa. Jadi saya tak buat apa-apa sungguh la ni.'
 
Ha. Nampak tak? Nampak tak permainan kat situ. Hik hik.
 
 
 
Okey, macam nilah. Apa yang mak nak katakan di sini, kalau ya pun seseorang wanita itu tidak bekerja, tak semestinya dia tak menyumbang langsung kepada keluarga sebaliknya, dialah yang paling banyak berkorban untuk keluarga.
 
Wanita bekerjaya pula, haruslah dihormati juga. Dahlah membantu suami menyara keluarga, setengah masa habis di pejabat, setengah masa lagi mengemudi rumah, bila masa dia berehat? Jadi fikir-fikirkanlah, mulai sekarang, hormatilah wanita dengan lebih ya.
 
Hik hik.
 
Wanita pula, janganlah terlalu mengharap orang menghormati kita sebab kita dah buat semua. Jangan rasa kita berkerjaya maka kita lagi hebat daripada suami kita.
 
Ingat, redha Allah adalah pada redha Encik Suami. Betapa besarnya darjat suami yang telah ditentukanNya. Kalaulah pangkat wanita lagi tinggi daripada suami, di rumah tetap suami adalah raja, ya anak-anak.
 
Jadi mak nak kongsi sedikit ilmu dengan para isteri, ibu dan anak-anak perempuan di luar sana ya.
 
19 Hadis Nabi berkaitan kaum Hawa.
 
1.    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".         
  
2.    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.         

3.    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.         

4.    Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.         

5.    Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.        
   
6.    Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.          

7.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.         

8.    Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.        

9.    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).        

10.   Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.   
     
11.   Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.        

12.   Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".         

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.      
 
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.    

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.  
     
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 
          
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.        
  
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.    
       
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
 Renung-renungkan dan selamat beramal.
 
 
Salam hari Jumaat yang barakah. :)
 
 
 
 
 
 
 

09 May 2013

TOP 5 --- Tips Macam mana nak jadi glamer!

Haha. Tips paling tak boleh --- be--lah! Haha!
 
Actually, me doing this sebab -----, dengan senang ada banyak cara nak jadi GLAMOUR!
 
Tak perasan ek? Takpe, mari kita kupas (buah) satu-satu ya anak-anak!
 
 
Tips macam mana nak jadi GLAMER!
 
1.  Upload apa-apa video di Youtube, Keek, Socialcam atau apa saja laman social.
Anak-anak, tips yang pertama ini adalah tips yang paling menjadi okey! Tahukah anda bahawa Justin Bieber juga adalah hasil lambakan video Youtube.  Scooter Braun tertengok video Youtube JB, Scooter bagitahu pada Usher dan walahhhhh seluruh dunia kini meminati JB. Aaaaaaaa kalau dalam Malaysia pula, kita ada Najwa Latif dan ramaiiiii lagi. Selain daripada itu, kalian mesti ingat Cikgu Shida kan. Kan bermula dari Youtube tu! Hik hik. Apa lagi, start your own video ya! Hik hik.
 
 
2.  Couple dengan selebriti.
Aaaaa. Hik hik. Hendak atau tidak, tempias selebriti tersebut akan terkena kat kau orang juga. Masalahnya, bukan senanglah nak couple dengan selebriti kan. Melainkan kau orang cantik dan jelita atau hensem lagi kacak bergaya. Kalau macam mak ni ha?! Sila bermimpi sehingga kucing bertanduk ya.
 
 
3.  Buat status yang PANAS!
Ini namanya Keyboard Warrior. Buat atau up status yang panas dan mencetuskan kemarahan manusia sejagat. Senang saja kamu dikenali. Dalam masa seminit, rakan-rakan baru kau orang akan share status kamu di merata-rata laman social. Di Twitter? Di Facebook? Di Instagram? Mana-mana saja. Petik jari! Kamu sudah GLAMOUR!!
 
 
4.  Masuk peraduan sama ada dalam TV atau Radio atau lain-lain.
Aku pernah kenal ada satu orang ni. Dia memang suka masuk peraduan. Tak kisahlah peraduan suratkhabar ke, radio ke, tv ker, asal ada peluang mesti masuk. Alah, kalau tak GLAMOUR seumur hidup pun, sekejap pun dah glamer kan. Orang tetap akan bertanya -- 'eh kamu yang masuk tv hari tu kan?' Hahahaha.
 
 
5.  Jadi Blogger.
Haha. Yang ni susah sikit sebab aku pun blogger tapi aku tak glamer!!
 
 
 
Hahahaha!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...