Tabungan

13 September 2009

..::Weblog Popular 1Malaysia::..

tadi pagi aku menerima komen daripada Kak Precious yang meminta aku meringankan jari jemari ini untuk melakar satu entri khas mengenai Weblog Popular 1Malaysia..

atau lebih mudah untuk aku katakan bahawa ~ 'Saya tahu tentang kontes ini daripada Precious - http://lili-precious.blogspot.com.' ihiks..

apa ada dengan 'contest' ini??



'contest' yang aku sedari bermula dari blog denaihati yang **ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. **pinjam kata2 ini dari denaihati..

apabila saja namanya 'contest' sudah tentu ada habuannya..dan percayalah habuannya sangat2 lumayan..

untuk menyertai 'contest' ini amatlah mudah..kerana ianya adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia ~ tak kiralah sama ada blog itu dilakar dalam bahasa ibunda kita ataupun bahasa kedua yakni English..

apa yang perlu anda lakukan adalah melakar satu entri berkenaan perkara ini dan di dalam posting tersebut wajib ada perkataan ~ Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog... contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://lili-precious.blogspot.com.

owh di dalam posting ini juga wajib ada nama-nama sponsor untuk 'contest' ini tau..
dan mereka yang berbesar hati untuk menaja peraduan ini ialah ~

a. SAUDACARE.COM
Hidup sihat dan bertenaga dengan sunnah ~penawar segala penyakit kecuali mati..

dan

b. Anisha Online Mall
High Quality With Affordable Price..


juga ingin diingatkan bahawa, dalam setiap posting itu wajib ada backlink kepada denaihati.. dan seharusnya juga..anda kembali ke blog denaihati dan tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog denaihati ~ Yang Terbuku Di Hati.

owh anda juga wajib 'subscribe' blog tersebut melalui email dan diaktifkan..bagi perkara ini wajiblah anda sendiri memberi kunjungan mesra ke blog denaihati dan 'subscribe' blog tersebut di sana oke ^_^..

lagi satu..lagi satu wahai sahabat..jika anda menyertai peraduan ini dan telah mencalonkan seseorang untuk Weblog Popular 1Malaysia maka wajib untuk anda pamerkan banner Weblog Popular 1Malaysia ini ~

owh..letakkan dimana sahaja agar 'admin' peraduan ini dapat melihatnya dengan jelas oke ^_^..

dan sebenarnya 'contest' ini sudah bermula dari 1/7/2009 yang lepas dan akan tamat pada tepat jam 12.00 pada 30/9/2009.

hmm..perkara2 di atas merupakan syarat2 penyertaan peraduan ini dan aku harap telah aku terangkan dengan jelas..walau bagaimanapun, jika masih ada sebarang kekeliruan anda bolehlah mengunjungi denaihati ~ Yang Terbuku Di Hati untuk penerangan yang lebih jelas..

jadi dimana intipati peraduan ini??

owh ~ sebenarnya anda harus mencalonkan seorang blogger dan blognya untuk mengondol gelaran Weblog Popular 1Malaysia..

seperti yang aku katakan dari mula lagi yang
'Saya tahu tentang kontes ini daripada Precious - http://lili-precious.blogspot.com.' maka seharusnya aku telah bersetuju untuk mencalonkan Fynn Jamal melalui blognya 'ini fynn jamal cakap'..

sejujurnya..jika tiada peraduan ini..maka memang aku tidak pernah menerjah blog
Fynn Jamal..

tetapi semasa aku ditugaskan untuk mencalonkan beliau..sudah tentulah perlu dilakukan sedikit kerja rumah dan meneliti hasil kerja beliau..mana mungkin mahu mencalonkan blogger yang tidak pernah dilawati dan difahami intipati nya..

tetapi ternyata ~ blog beliau benar2 menyentuh hati..

setiap bait kata nya sangat tulus dari hati..dan bagi aku yang tidak pernah mengenalinya juga..boleh saja tersentuh ketika itu..mungkin iya..aku seorang wanita yang lemah..tapi mungkin juga kerana penulisannya itu sendiri yang benar2 tidak ada langsung sedikit pun unsur kepura2an..

aku juga sejujurnya masih belum punya masa untuk membaca penulisannya secara 'total' tetapi satu dua penulisan telah cukup membuat aku merasa kehidupannya yang 'simple' di samping suaminya yang tercinta dan cincin di jari manisnya..

aku berpeluang untuk membaca entrinya yang bertajuk ~ erti setahun yang mana sedikit sebanyak menceritakan pahit maung kehidupannya..tidak berselindung apatah lagi meminta simpati..satu entri yang jujur..yang membuat aku berfikir semula tentang kehidupan..bacalah..anda pasti mengerti..

dan kata2 beliau..owh..sangat mendalam..banyak juga perkataan2 baru yang aku temui..dan banyak juga perkataan yang tidak aku sedari boleh diolah menjadi satu gaya penulisan yang indah sekali..

maka mmg aku rasakan dia layak untuk mendapat gelaran itu..

tidak aku nafikan..seharusnya aku calonkan kawan2 ku yang ada di sini..tetapi selepas di tolak bahagi darab dan tambah..aku masih merasakan beliau layak untuk dicalonkan jua walau dalam apa kejadian sekalipun.. mengapa aku rasa beliau layak..cuba anda baca entri ini....aku petik sedikit kata2 nya ya~

"aku sudah lama dalam dunia bayang2; dari zaman myspace perlu diolah koding secara manual, dari zaman friendster asyik difitnah akan ditutup, dari zaman channel #kampung dan bukan ym ber kamera web.

lama.

orang seperti aku diselar gila lampu pentas. apa yang orang fikir agaknya. atau apakah memang benar2 ada pertandingan senarai kawan teramai yang aku tidak tahu?

sebenarnya seorang aku tidak peduli pun dengan semua itu. sebelum puisitepijalan, aku sudah lama menulis di livejournal. ketika itu blogging masih pelik. ketika itu tulisan aku masih persis anak2 tidak cerdik.

aku tidak pernah peduli
aku tidak pernah rasa mesti
kerana yang aku perlu cuma menulis.

cuma itu.

aku pindah ke sini, ke blogspot ini, dalam dua tahun lepas. berbual seorang diri. menceritakan perihal hari. aku umpamakan menulis di sini dengan satu perbuatan merekod perjalanan hidup aku.

bukan sekali ada manusia yang mengkhabarkan pada aku yang aku bukan lagi sang aku sepertimana dikenal dari sejarah itu.

aku senyum.
aku tahu.
aku tidak pernah semalam dulu."

maka kalu hendak membaca dengan lebih lanjut maka pergilah berkunjung blog beliau ya.. ^_^

owh..panjang posting kali ini..

tetapi tidak mengapa..

jadi sahabat sekalian..

kamoo bebas untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang kamoo rasa layak..
dan jika kamoo menyertai peraduan ini..aku mohon untuk kamoo pula letakkan ayat ini ~
"saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://wanitamutalib.blogspot.com."

jom ramai2 sertai peraduan ini ya..

1Malaysia.Rakyat didahulukan.Pencapaian diutamakan.

p/s ~
sememangnya aku ingin mencalonkan zara..
tetapi aku lebih menghormati permintaan Kak Precious dan sememangnya blog beliau juga layak menerimanya..
maka sahabat2..kamoo semua boleh mencalonkan beliau ataupun zara..
terpulang kepada pertimbangan kamoo semua ya..

owh jangan kamu lupa letak ayat keramat ini ya "saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://wanitamutalib.blogspot.com"

^_^

19 comments:

  1. punyalah panjang untuk masuk contest.. aku adalah pemalas. ekekekekek

    kenapa ek kita tak boleh pilih blog yg kita mahu?? kenapa perlu pilih blog atas arahan org lain?

    boleh terang sikit??

    contoh macam ko suka zara.. sbb ko ikut blog zara.. kenapa ko kena pilih blog yg org lain promote dan pertama kali baru kau masuk blog dia...?? walaupun pertama kali ko masuk dan kau dah suka?

    maaf aku cakap. aku tak suka contest yg kena ikut pilihan org lain.
    aku suka masuk contest dan memilih blog yg aku hari2 buka dan yg aku suka... :)dan aku tahu siapa orangnya... caranya menulis.. dan prg yg pernah dtg lawat blog aku dan kenal aku.

    mungkin ini bukan contest pilihan hati aku.

    wow!! panjang aku bebel.
    Sorry ye te.. ini pendapat aku!!

    ReplyDelete
  2. Owh ... tenkiu yer. Memang blog zara juga best, begitu juga ngan blog sitedi .. masing2 ada kelebihan sendiri tp puisitepijalan lain dr yg lain.
    Mencalunkan puisitepijalan bukan arahan tp cadangan ... terima ksih kerana menerima cadangan ini. Harap ada lagi org lain yg sudi menerima cadangan yg sama sb saya panjangkan kp yg lain2 juga ... kalau sudi! Of course setelah menilai dulu keindahan puisitepijalan.
    Tenkiu!!

    ReplyDelete
  3. Maaf tp akak rasa link yg WanitaMutalib tinggalkan pd blog Denaihati tersilap sikit (sebab ada noktah di hujung com.) Link tak working laa ... Mungkin kena komen lagi sekali kot! Tenkiu!!

    ReplyDelete
  4. tedi ~

    owh tak mengapa..
    itu pendapat kamu wahai sahabat dan kamu berhak mengatakan apa saja..ini halaman kecil yang mempunyai ruang terbuka bukan :)

    ya mmg benar aku terlalu mengikut kata orang..
    dan benar juga itu bermaksud aku lemah dan tidak mempunyai pendirian..

    tetapi seperti yang aku katakan..
    aku menghormati permintaan kak precious dan dia juga yang menarik perhatian aku terhadap contest ini..

    dan aku juga telah menyatakan sebab untuk aku memilih blog beliau di dalam entri ini..jika kamu baca blog beliau..beliau ada sedikit cerita pahit dan aku percaya dia memerlukan bantuan..walaupun tidak meminta bantuan..aku ingin membantu..mungkin hanya dengan cara ini iaitu mencalonkan beliau dalam peraduan ini..

    aku tidak mengenali beliau..begitu juga aku belum betul mengenali orang2 lain disini..aku baru sahaja bermula..izinkan aku mencari kawan2 yang ramai..aku perlu sedikit ruang untuk berkawan..bukan seperti kamu yang telah punya ramai kawan wahai sahabat..

    jika bukan kerana kak precious, mungkin juga aku tidak menemui blog beliau..

    dan juga kalau bukan kerana dek zara itu,mungkin juga aku tidak mengenali kamu wahai sahabat yang menyayangi kucing..

    aku juga mengagumi gaya penulisan dek zara..kerana itu juga aku menyebut nama beliau di dalam entri ini..

    jika tidak,untuk apa aku mengusul namanya..

    ini namanya peraduan..dan peraduan harus punya pemenang..dan pemenang selalunya hanya seorang..

    maafkan aku..aku mmg begini..

    ReplyDelete
  5. terima kasih join contest. bertambah meriahlah contest kita ni alhamdulillah cuma link yg betul gini http://wanitamutalib.blogspot.com/2009/09/weblog-popular-1malaysia.html

    ReplyDelete
  6. denaihati ~

    owh gitu eh .. silap .. sorry ..

    ReplyDelete
  7. hwaa panjangnya..rajin sis masuk kontest cenggini eh..

    ReplyDelete
  8. imheppie ~

    tgh ada masa dek :)

    lagipun takdo tag nak wat ihiks..

    ReplyDelete
  9. TQ Te atas penerangan..
    Sorry.. aku memang bersikap terbuka sedikti.

    :))

    ReplyDelete
  10. ted|

    tak mengapa wahai sahabat..

    lebih baik bersifat terbuka..baru itu yang dikatakan sahabat bukan..

    terima kasih juga kerana menegur akoo..

    salam hari raya..maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  11. kal0 j0in cm xde harapan je nk menang..s0b3...heee

    ReplyDelete
  12. Ok! TQ so much te!!

    Selamat hari raya juga. Maaf zahir dan batin.

    Kad raya kau mana? aku sekarang pegumpul kad raya tegar..

    ekekekekeke

    ReplyDelete
  13. dek sha ~

    ahaks..mana tau kamu bertuah hehehe..

    ReplyDelete
  14. ted| ~

    iks..akoo menunggu kad raya kamoo dahulu..

    tak sabar menunggu gambar2 dak2 sekalian he...

    tapi pasti bukan gambar dak utih yang seksi itu bukan?? he..

    ReplyDelete
  15. aku org baru...tengok dari belakang langsir je lah..hu..hu

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...