Tabungan

06 March 2010

kehilangan itu satu kesakitan : dalam kenangan Dak Utih

tika ini sejujurnya aku kehilangan kata.
mata bertakung menahan jatuhnya titis itu ke bumi.
kehilangan adalah satu keadaan yang sangat ditakuti oleh semua yang hidup.
kehilangan itu adalah satu penderitaan yang mana cara penerimaannya adalah berbeza-beza.
kehilangan itu adalah satu kesakitan.
tambahan pula jika kita kehilangan sesuatu atau seseorang yang amat kita sayangi.

aku hadir di dunia blog dan disambut oleh dia.
si dia yang punya banyak penjaga.
dia yang menyayangi dan disayangi oleh kucing-kucingnya.

baru ini rakan-rakan disini gempar dengan kehilangan dak oyen.
dan hingga kini masih belum ketemu.

selepas itu dak kimo kehilangan mata, namun masih gagah mengharung hidup berbekal sebelah mata dan berteman tuannya yang setia itu.

tapi kini rakan ku ted| diuji lagi.
ted| kehilangan dak utih.

Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati ted| dengan pemergian dak utih.
Tuhan saja yang tahu betapa luluh juga hati kami disini wahai sahabat ku ted|.

setiap entri mu disogok dengan gambar-gambar manja dak utih.
gembira dan tenang hari kami dengan keletah manja dak utih.
kami juga hidup bersama dak utih wahai sahabat ku ted|.
dan ini semua kerana kamu yang sangat ikhlas membawanya dekat kepada kami.

kehilangan dia sangat dirasai oleh semua.
percaya atau tidak, terlalu ramai yang berduka dengan kehilangan mu ini wahai sahabat.

dak utih selamat disana.
dia bermain di taman yang indah.
dia ada disana dan berada dalam keadaan sihat.
dia menunggu kamu wahai sahabat.
InsyaAllah.

maka sahabat ku ted|.
benar kamu perlukan masa untuk melupakan dia, sepertimana aku melupakan Puteh.

ambillah masa kamu wahai sahabat.
kami sentiasa menyokong kamu disini.

p/s ~
berehat, tidur dan jagalah kembali,
disini kami sabar menanti.

24 comments:

  1. Terima kasih Te, atas simpati. Sampai kan salam untuk Mami.

    ReplyDelete
  2. sedih gilak..

    NI NAK CERITA SIKIT.

    aritu wa nampak ade dak pmpuan, die maen dengan kucing.. lpas tu dia pegi kelas.. dia tinggal kucing tu.

    kucing tu pandang je pmpuan tu berlalu pegi.

    tiba2 member bilik wa pasang lagu 'pergi'.

    kesian kucing tu.

    ReplyDelete
  3. salam...sori lame x jenguk blog ni...tenet i ade problem...sori lagi skali...tk cre (out of topic)

    ReplyDelete
  4. salam tuan tanah.. patah tumbuh hilang berganti...

    ReplyDelete
  5. mungkin dak utih bercuti..nanti dia balik..sabar ye cik tedi..








































    kakak sungguh perihatin..

    ReplyDelete
  6. mmg terkejut dengar berita dak utih...
    sy pun suka baca citer2 dak utih kt blog tedi..
    moga tedi tabah dgn dugaan ni...

    ReplyDelete
  7. semua org pernah mengalami kehilngan.

    ReplyDelete
  8. Ted| ~ tenang ya wahai sahabat ..

    ReplyDelete
  9. oranglidi ~

    rasa2 sape yang nyanyi lagu pergi tu ye, kucing ke pompuan tu hee..

    ReplyDelete
  10. bro hisham ~

    patutla lama tak hupdate belog :)

    ReplyDelete
  11. alvin ~

    dak utih gi 'cuti'..

    'cuti' yang panjang..

    ReplyDelete
  12. myafiza ~

    moga ted| kuat kembali kan..

    ReplyDelete
  13. nice to have frens(like u) to share the pains...

    ReplyDelete
  14. yang pergi biar pergi.
    yang tak pergi janganlah membawa diri pergi.

    ReplyDelete
  15. bro sha ~

    nice to have ted| and all of you as my fren as well :)

    ReplyDelete
  16. Kuwe ~

    rasa nak nyanyi lagu pergi lak hee..

    ReplyDelete
  17. T, sedih kan dak utih.. k annis nangis tau.. aduhh...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...