Tabungan

29 October 2010

BUDAK SEKARANG MUKA CANTIK-CANTIK..TAPI SAYANG..

Selalu kalau aku berjalan-jalan tanpa tujuan, otak aku pasti ligat berfikir sambil memerhati orang di sekeliling aku. Macam-macam ragam. Macam-macam perangai.

Ada pasangan kekasih yang berpegangan tangan, dah tu tanpa segan silu lak leh wat aksi 18sx. hahaha.
Ada pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Bukti baru kahwin? Inai merah kat jari kooottt :). Berjalan berpegangan tangan. Nampak segar. Nampak bahagia.
Ada pasangan ibu bapa bersama anak-anak kecil. Ada yang menyorong stroller. Ada yang lebih senang biarkan anak-anak berlari ke sana ke mari. Kekadang memang rasa patut. Tapi kekadang, kalau dah sampai membahayakan kanak-kanak, rasanya elok dipegang saja anak-anak itu kan? :)

Dalam banyak-banyak ragam dan keletah orang yang aku perhati, aku paling tertarik melihat anak gadis zaman sekarang.

CANTIK-CANTIK belaka.
Kenapa eh? Heeee..
Tapi memang cantik.
dan aku yang tak cantik ni memang kadang-kadang sangat cemburu dengan kelebihan yang diorang ada.
kurus, langsing dan cantik.
rambut lurus panjang. kalau kerinting masih elok di dandan.
fesyen jangan cakap lah. memang sesuai sekali dengan paras rupa dan bentuk badan tadi.

TAPI SAYANG..
bila leka diperhatikan.
lagi lama aku perhati, makin nampak belangnya.
ada yang merokok.
ada yang bebas berpelukan dengan lelaki.
ada yang berkelakuan tidak seperti perempuan.
dan ada yang gedik.

kadang-kadang aku terfikir. mana perginya rasa malu dalam diri. rasa rendah diri dengan orang tua. rasa hormat dengan orang sekeliling.

masih ku ingat zaman kecil ku.
kalau berjumpa dengan orang tua, seboleh-boleh kena duduk sopan-sopan.
tak boleh bercakap kuat. tak boleh suka-suka hati bangun dan pergi kemana suka.
dan aku juga punya zaman remaja yang tertutup.
maksud aku tidak bebas seperti rakan-rakan lain.
menaiki bas pergi ke pekan.
membeli barang-barang sekolah dengan sendiri.
punya motorsikal sendiri.
tidak. aku tak punya semua itu.
ke sekolah dihantar.
balik dari sekolah dijemput.
membeli barang sekolah? semua ditemani mami. tak pernah sendiri.
keluar dating? owh tidak sama sekali.

pernah aku dimarahi dan dipukul mami gara-gara mendapat aduan dari jiran kononnya aku bergayut di telefon awam. takleh lupa takleh lupa. :)

tapi Alhamdulillah.
dengan semua sekatan dan ajaran tersebut. aku berjaya melalui zaman remaja dengan selamat.
Terima Kasih Mami dan Ayah.

aku bersyukur kerana aku tidak mengandung luar nikah (nauzubillah)
aku bersyukur kerana aku tamat belajar (Alhamdulillah)
aku gembira kerana jalan yang aku pilih membuat aku diketemukan dengan Encik Nazri.

jika diputar waktu.
aku memberontak.
liar. berkawan tak tentu hala.
mesti kini aku tidak begini.
punya bilik sendiri di pejabat.
memegang jawatan yang boleh dikatakan baik dalam kerajaan.
dan punya suami yang baik budi.

Alhamdulillah syukur pada Tuhan.

Aku berdoa agar anak ku juga sempurna sifat, elok paras rupa, bijak akal fikiran dan beriman serta bertakwa kepada Mu Ya Allah.

mintak-mintak dia cantik macam orang sekarang nih, tapi masih lagi punya hati budi macam orang zaman-zaman kita dulu kan :)

p/s ~
Ivan dan Hilda terkeluar dari TARA semalam.
tak suka Hilda, tapi masih suka tgk keletah dia yang kelakar tu.
sangat respek pada Ivan, sangat sayang isterinya, walau isterinya sangat manja..
untungnya Hilda :)

26 October 2010

DOKTOR PUN BUAT WA GABRA LA..

jumaat lepas, sibuk mengemas bilik..
bilik memang udah kemas, kalu meletup secara tiba-tiba pun dah tak mengapa sebab bilik dah kemas hee..

sabtu, bawa mak mentua ke Yayasan Al-Jenderami kat Dengkil..
mak nak masuk situ..tapi ada pantang larang, dah join situ, takleh keluar buat 40hari yang pertama..
pastu aku pun teringat, maknannya kalu aku meletop mak takde la tengok cucu dia..
mak akan masuk dalam 2minggu lagi..
ntah2 dalam 2minggu lagi aku meletop?
owhhhh..

ahad, aku dah start mengemas barang baby..
dah siap tiga beg..
satu beg untuk baby..
satu beg untuk mami baby..
satu beg untuk barang2 mandi,susu baby..
hmmm..kalu meletop mmg dah siap prepare dah semua barang dalam kereta :p

semalam lak, pergi cek-up kat Ampang Puteri..
owh budak ini sangat sihat..
dia udah 2.7kg!!
ampun, dalam masa 2minggu ajer naik 0.7kg..
pastu doktor dah start bagi admission form untuk labour room..owh!!
pastu doktor bagi nombor handphone dia,kalau emergency dia suruh call terus..owh!!
pastu doktor dah pesan tanda2 nak deliver..owh!!

sangat gabra..
sudah makin hampir..
sudah makin dekat..

tanda2 pun banyak..
risau nyer :P

p/s~
doakan saya :)

22 October 2010

RASA MACAM DAH DEKAT AJER??MARI KITER MENGEMAS LAH||AHAKS

semalam agak emo..
pikir bukan2 bak kata adik Miss ihiks..
hari ini cuma tenangkan fikiran dengan mengemas bilik di pejabat nih..
maklumlah..nak tinggalkan lama..
walaupun tak layak nak dapat 90 hari..
tapi 60 hari tu still lama la jugak kan kan kan..
so harus lah tinggalkan opis dalam keadaan bersih..

hari ni tetiba datang mood mengemas..
lagipun rasa lega sikit lepas cek darah tadi..
kencing manis takda..udah normal..bacaan 5.1 sahaja..
b.p darah 120/90.. yang atas dah turun, yang bawah masih tak berapa oke, tapi kesimpulannya doktor kata oke, u kena banyak berehat..:)

so hari ni mood bekerja kurang ada, lagipun ada kerja yang dah siap, dan ada kerja yang tak berapa urgent..
maka boleh lah mengemas sikit bilik ni yang dah macam tongkang pecah..
kalau orang datang sini memang orang kata kesian la ini budak hee..
dah macam lawyer hee..

aku di Tourism ni bekerja dalam unit Tatatertib.
makanya pendek kata, unit yang dibenci orang lah hee..
asyik nak kenakan tindakan tatatertib ajer..
sape suruh cari pasal mehhhh :p

setakat 2 tahun lebih kerja kat sini memang macam2 pengalaman dah dapat..
kes terbesar pernah dan masih aku uruskan ialah satu kes pecah amanah yang melibatkan SPRM..
memang payah..
sekarang dah sampai peringkat terakhir..
peringkat rayuan..
dan pengerusi jawatankuasa tersebut ialah Menteri kami..
aduyai..
pengalaman tuh, tapi mungkin tak sempat nak bersidang sama sebab mungkin masa tarikh bersidang aku pun dah meletop weeeeee..

skang ni masih ada beberapa kes-kes biasa dan akan bersidang lagi..
nampaknye semua kena turunkan pada assistant sekarang ni hee..kena prepare dari sekarang..

tapi tu la..
kesimpulannya..
aku ni dah berkemas-kemas dah ni..haih..
dah dekat ker?

p/s ~
anak mami masih menendang..
"belum la mami!!" :p

21 October 2010

BELUM PASTI LAGI::HATI MAKIN PUSING::KALAU AKU MATI,TOLONG JAGA NAZRI::KALAU TAK::AKU JADI HANTU::WAKAKAKA::

::PAGI TADI::
pergi kerja macam biasa dengan Encik Nazri.
pasang HOTFM. ntah lagu apa ntah tadi.
tapi Encik Nazri seronok sangat.
sekejap2 dicuitnya hidung aku.
sekejap2 meliuk-liuk badan dia ikut rentak lagu.
sekejap2 dicuitnya tangan aku.
sekejap2 dijelingnya aku ditepi.

'seronoknya dia?' usik aku.
'semalam awak takde, bosan..ari ni ada orang teman, saya suka' jawab dia sambil sengih-sengih. :)

::MALAM SEMALAM::
aku terjaga tengah malam.
rasa tegang sangat perut.
bila ditengok perut aku, nampak senget sikit.
senyum kecil aku. apa menda la baby ni tengah buat.
bila kuusap, sambil ku bisik, mami sakit sayang. duduk elok2 boleh?
lepas tu perlahan-lahan perut ku kurang rasa tegangnyer. Alhamdulillah. baik dengar kata. :)

aku mengiring belah kanan. pandang Encik Nazri yang tengah nyenyak tidur.
tenang rasanya tengok muka dia. aku beruntung kerana punya dia sebagai teman.
tapi aku terfikir, adakah pernah dia rasa perkara yang sama?
dan aku terfikir, mampukah aku hidup kalau dia tiada.
dan bagaimana hidup dia jika aku tiada.

aku mula terbayang saat2 aku bersalin nanti.
selamatkah aku?
dapatkah aku bawa bayi ini kedunia dengan selamat kedua-duanya?
kalau aku terpaksa bersalin secara ceaserean, kalau aku dibius, then tak bangun2, camner?
kalau aku bersalin normal, tapi banyak tumpah darah, camner?
kalau aku mati, nazri camner?

sape nak teman dia gi keje?
sape nak teman dia bangun malam2 wat keje?
sape nak gosokkan baju dia?
sape nak masakkan makanan untuk dia?
sape nak urut kepala dia masa dia tengah sakit kepala?
sape nak pujuk dia masa dia tengah susah hati pikir banyak kerja?
sape?

pusing kanan renung muka nazri balik.
senyum.
tertidur.

::PAGI TADI::
teringat malam semalam.
tetiba rasa sayu.

p/s:
Ya Tuhan,
aku sayang Nazri.
Lindungi aku.
Tolong.

20 October 2010

NAIK LAGI

semalam, tengah hari..
tengah berdiri, pastu rasa pusing-pusing..
sempat pegang dinding, bersandar kejap..

lepas makan, kepala makin rasa berat.
badan dah rasa seram sejuk, panas berpeluh walaupun kipas besar gedabak duk tepi..

tak tunggu lama, aku turun ke tingkat 6, cek darah kat situ.
seperti dijangka, naik balik 140/90.
kaki dah bengkak sikit, berat naik lagi 2kilo, pastu doktor cek urine ada kencing manis.

doktor suruh balik rehat, tapi sape nak hantar aku balik?
aku pun minta agar MC tersebut dikeluar untuk keesokan hari iaitu hari ini.

maka kesimpulannya, aku MC hari ni.
tengah rehat.

p/s ~
kawan aku kata
kekadang, kite kena sedikit selfish.
kite asik pikir pasal keje,
tapi kalau ada pape jadi pada kiter, ada orang2 kat opis tu nak kisah pasai kiter?
hmmm...

18 October 2010

CUTI BERSALIN 90 HARI

Ya.
Aku masih di pejabat.
Sedang berada di pejabat.
Sedang buat kertas pemakluman untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah.
Tapi....aku rasa pening.
Rasa macam mahu berbaring sebentar.
Tapi....lain pula yang aku lakukan.
Buka laman blog.
Mana tahu boleh rasa tenang sebentar. *senyum*

Semalam,
hari yang sangat penat.
Mahu ceritakan kemudian.

Apa yang sedang aku fikirkan adalah mengenai Cuti Bersalin 90 Hari.
Tertarik dengan perkara ini kerana perkara ini menjadi topik pada bicara pagi di HOT FM pagi tadi.

Macam-macam pendapat.
Macam biasa.
Ada yang setuju.
Ada yang tidak setuju.

Yang setuju mengatakan bahawa:-
1.  Perempuan dah 9 bulan mengandung, bagilah berehat lama sedikit..;
2.  Beri peluang buat ibu untuk memberi susu badan secara eksklusif. Lama sikit. Malah ada kajian mengatakan, bayi yang menyusu badan adalah lebih bijak daripada bayi yang menyusu susu bancuh...;
3.  Memudahkan ibu bapa memberi persiapan seperti mencari tempat jagaan kanak-kanak dan sebagainya...;
4.  Buat mereka yang pertama kali jadi ibu bapa, ini masa yang sesuai untuk mereka menyusun kembali perjalanan rutin harian. Yelah. dulu tiada anak, sekarang dah tambah seorang *senyum*.

Yang tak setuju mengatakan bahawa:-
1.  Lama sangat cuti, nanti dah tiada 'mood' nak masuk pejabat
Pendapat aku ~ terpulang pada individu, sedangkan cuti 2 hari (sabtu & ahad) pun dah boleh hilang 'mood' untuk masuk kerja pada hari isnin ~ apa korang panggil "monday blues" *senyum*
2.  Kalau yang bekerja sebagai guru, kesian kepada anak-anak murid kerana terpaksa bertukar-tukar guru.
Pendapat aku ~ Kalau cuti bersalin 60 hari pun, masih juga bertukar guru kan?

Kesimpulannya ~
aku menyokong cuti bersalin 90 hari. hahahahaha.
jangan marah buat yang tidak menyokong.

Secara peribadi,
Kerana ini anak yang pertama, aku rasa aku memerlukan masa yang lebih untuk menyusun semula rutin hidup. Aku mesti cuba menyesuaikan diri dengan adanya anak kecil. Mana nak dicari pengasuh segala. Keadaan rumah. Keadaan diri. Keadaan suami. Segalanya harus seimbang sekarang. Anak dan suami berbeza. Kedua-duanya memerlukan perhatian. Dan sebagai Wanita, harus bijak mengimbangi semuanya. Kerjaya dan Keluarga. *senyum* Cuti yang panjang, memberi masa yang cukup.
Kalau rasa dah boleh sesuaikan diri, anak yang kedua bolehlah ambil 60 hari semula.
Itu sebabnya kerajaan bagi kelonggaran/fleksibilti untuk memilih minimum 60 hari dan maksimum 90 hari cuti bersalin.
Kerajaan tidak bodoh. Semuanya ada perancangan yang teliti. Kelonggaran tetap ada bagi memudahkan semua. Tidak ada paksaan untuk ambil cuti yang lama.
Baguskan kerajaan? *owh bodek!!* *senyum lagi*

yang pasti, bila agaknya berkuatkuasa.
Tolonglah berkuatkuasa serta-merta.
Agar boleh aku manfaatkan sepenuhnya.
Horray!!

p/s ~
Amin :)

15 October 2010

bajet oh bajet

maka selesai sudah pembentangan bajet 2011..
seperti yang sudah dijangka, tiada bonus, sekadar saguhati buat penjawat awam..
jadi la daripada tiada langsung..
ramai juga pujuk hati macam tu..
tapi tak mengapa.. buat kerja dengan ikhlas.. sudah :)

kesan kepada aku?

ahaks..
selain daripada saguhati tersebut *yang mana sebenarnya aku berangan-angan sekiranya ada bonus 2 bulan, cukup sudah untuk kos bersalin, namun tiada* masih ada beberapa perkara yang mana tetap memberi senyuman dan sengih kerang ahaks..

satu ~ cuti bersalin.. wah, boleh mintak 90 hari.. mestilah aku mohon 90 hari.. so, terima kasih PM.. walau sempat ibu mentua mengusik "masuk kerja nanti, lupa segala :p"..

dua ~ skim perumahan.. wah jaminan 10% pendahuluan oleh kerajaan.. boleh la survey rumah lepas ni :)

tiga ~ ahaks, cukai jualan telefon bimbit dimansuhkan.. bila berkuatkuasa? tak sabar nya ahaks..

hmm..itu je la kot yang mengembirakan hati ihiks..

namun buat semua pemimpin pun..

ketua kampung dan imam dapat tambahan dalam elaun mereka..
mesti lepas ni ramai berebut nak jadi ketua kampung..
jangan la pulak sampai bertarik rambut ya ihiks..

p/s~
namun ada satu yang menyesakkan hati dan suami..
sabar wahai suami..
aku tetap menyokong kamoo sepenuhnya..

14 October 2010

PENGIKUT BERKURANGAN

*senyum*

padan muka ko te..
malas update..
kalu update pun asik nak merepek ajer..
tu sebab orang stop follow ko..

ahaks..
bila buka dashboard tadi..
aku terperasan yang follower aku makin berkurangan..
ahaks..

sedih?
ada gak la..
tapi bila difikir fikirkan..
aku bukan glamer mana pun..
ngape nak sedih kalau pengikut berkurangan..

dah ada orang komen, tegur, say hi, pun dah cukup baik kan hee..

p/s ~
daripada takde langsung :p

KENA PAKSA BERSALIN?? DOAKAN AKU..

isnin lepas, pemeriksaan bulanan aku di Ampang Puteri..
tiada ragu pun..
tiada gundah pun..
bahagia ajer..
semangat pun..
sebab nak tengok bayi dalam kandungan..

tapi..
masa cek tekanan darah,
doktor kata tekanan darah naik..
cek lagi sekali..
masih tinggi..
143/93..

doktor nampak risau..
tapi dia sorok dengan baik..
dia ajak tengok bayi dulu..

owh makin comel..
pipi dah terlebih lebih..
dah 2kikogram sekarang ni :)
rasa tenang sikit..

cek darah semula..
masih tinggi..
133/83..

aku yang kurang sabar bertanya..
"kalau darah tinggi kenapa doktor?"
jawabnya
"tak baik untuk awak dan bayi..awak perlu berehat..2 minggu lagi kita jumpa kembali..kalau masih tinggi awak kena paksa bersalin..tapi buat masa ni, jangan susah hati..kita cuba kurangkan tekanan tu..awak kena belajar bertenang.."

buat pengetahuan semua *sesiapa yang rajin singgah sini =_=*
sekarang kandungan ini berusia 33 minggu..
2 minggu lagi dia akan berumur 35 minggu..
tambah seminggu untuk pemerhatian jadi 36 minggu..
selamatkah aku?
doakan aku?
boleh kan?

p/s ~
aku takut..
serius..
:(

05 October 2010

curi masa menaip sebentar

semalam aku menangis..
kesakitan di perut buat aku takut..
mahu bersalin kah aku??
jangan dulu sayang..masih awal..bisik aku sambil mengosok perut yang makin menggunung..
nazri terdiam di sebelah..cuma pegang erat tangan aku..
tak tahu buat apa..dipasangnya lagu 'senyum'..
bisa buat aku tenang..
tutup mata sebentar..
tarik nafas panjang panjang..
fuh fuh fuh..
seketika..
hilang rasa sakit..

sejak kebelakangan ini aku semakin lemah..
makin hampir tarikh itu..
makin berat badan dibawa..

aku penat..
dan aku rasa seperti mahu bercuti saja..
tapi bebanan kerja di pejabat buat aku tidak boleh mengambil cuti..

aku mahu habiskan kerja yang penting secepat yang boleh..
harus ambil cuti juga..
tak terdaya lagi rasanya..

p/s ~
maafkan aku..
mungkin nampak mengada-ngada..
tapi aku first timer..
kurang pandai membawa diri dengan perut sebegini..
penat betul rasanya..
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...