Tabungan

29 October 2010

BUDAK SEKARANG MUKA CANTIK-CANTIK..TAPI SAYANG..

Selalu kalau aku berjalan-jalan tanpa tujuan, otak aku pasti ligat berfikir sambil memerhati orang di sekeliling aku. Macam-macam ragam. Macam-macam perangai.

Ada pasangan kekasih yang berpegangan tangan, dah tu tanpa segan silu lak leh wat aksi 18sx. hahaha.
Ada pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Bukti baru kahwin? Inai merah kat jari kooottt :). Berjalan berpegangan tangan. Nampak segar. Nampak bahagia.
Ada pasangan ibu bapa bersama anak-anak kecil. Ada yang menyorong stroller. Ada yang lebih senang biarkan anak-anak berlari ke sana ke mari. Kekadang memang rasa patut. Tapi kekadang, kalau dah sampai membahayakan kanak-kanak, rasanya elok dipegang saja anak-anak itu kan? :)

Dalam banyak-banyak ragam dan keletah orang yang aku perhati, aku paling tertarik melihat anak gadis zaman sekarang.

CANTIK-CANTIK belaka.
Kenapa eh? Heeee..
Tapi memang cantik.
dan aku yang tak cantik ni memang kadang-kadang sangat cemburu dengan kelebihan yang diorang ada.
kurus, langsing dan cantik.
rambut lurus panjang. kalau kerinting masih elok di dandan.
fesyen jangan cakap lah. memang sesuai sekali dengan paras rupa dan bentuk badan tadi.

TAPI SAYANG..
bila leka diperhatikan.
lagi lama aku perhati, makin nampak belangnya.
ada yang merokok.
ada yang bebas berpelukan dengan lelaki.
ada yang berkelakuan tidak seperti perempuan.
dan ada yang gedik.

kadang-kadang aku terfikir. mana perginya rasa malu dalam diri. rasa rendah diri dengan orang tua. rasa hormat dengan orang sekeliling.

masih ku ingat zaman kecil ku.
kalau berjumpa dengan orang tua, seboleh-boleh kena duduk sopan-sopan.
tak boleh bercakap kuat. tak boleh suka-suka hati bangun dan pergi kemana suka.
dan aku juga punya zaman remaja yang tertutup.
maksud aku tidak bebas seperti rakan-rakan lain.
menaiki bas pergi ke pekan.
membeli barang-barang sekolah dengan sendiri.
punya motorsikal sendiri.
tidak. aku tak punya semua itu.
ke sekolah dihantar.
balik dari sekolah dijemput.
membeli barang sekolah? semua ditemani mami. tak pernah sendiri.
keluar dating? owh tidak sama sekali.

pernah aku dimarahi dan dipukul mami gara-gara mendapat aduan dari jiran kononnya aku bergayut di telefon awam. takleh lupa takleh lupa. :)

tapi Alhamdulillah.
dengan semua sekatan dan ajaran tersebut. aku berjaya melalui zaman remaja dengan selamat.
Terima Kasih Mami dan Ayah.

aku bersyukur kerana aku tidak mengandung luar nikah (nauzubillah)
aku bersyukur kerana aku tamat belajar (Alhamdulillah)
aku gembira kerana jalan yang aku pilih membuat aku diketemukan dengan Encik Nazri.

jika diputar waktu.
aku memberontak.
liar. berkawan tak tentu hala.
mesti kini aku tidak begini.
punya bilik sendiri di pejabat.
memegang jawatan yang boleh dikatakan baik dalam kerajaan.
dan punya suami yang baik budi.

Alhamdulillah syukur pada Tuhan.

Aku berdoa agar anak ku juga sempurna sifat, elok paras rupa, bijak akal fikiran dan beriman serta bertakwa kepada Mu Ya Allah.

mintak-mintak dia cantik macam orang sekarang nih, tapi masih lagi punya hati budi macam orang zaman-zaman kita dulu kan :)

p/s ~
Ivan dan Hilda terkeluar dari TARA semalam.
tak suka Hilda, tapi masih suka tgk keletah dia yang kelakar tu.
sangat respek pada Ivan, sangat sayang isterinya, walau isterinya sangat manja..
untungnya Hilda :)

7 comments:

  1. dunia akhir zaman :)

    tara ala selalu miss...tinggal bape kapel ekk??

    msia ada g tak?

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kita pun terpikir macam kamo.
    Serius seriau dengan Remaja Sekarang!
    :(

    ReplyDelete
  3. btul tu..
    pernah kitaorang nmpk kat escalator,budak laki tu kiss girl die.kiss mulut plak tu.hubby jeling je.budak pompuan tu pakai baju kurung wpun tak bertudung,die cam malu2 sbb kitaorang usha badi je tp die cam rela gak di kiss.

    errgggh..kita yang duk dukung anak ni,dorang patut malu wat gtu..sbb blum tentu da kiss tu kawin nti.kalu gtu la pe'el lelakinya,emm..confirm berani tinggal je nti.ye tak?

    hehe.btw,a'ah..tak suka hilda.tp mmg kira bertuah la hilda tu,husband die giler baikla..sedangkan hilda selamba je marah2 hubby die depan org.bagus gak hilda keluar..

    ReplyDelete
  4. aah.
    itulah kak. perempuan sekarang ramai cantik cantik. sebab mak dia cantik.

    tapi ramai perangai tak cantik. sebab mak tak ajar perangai cantik kot.

    amin kak.

    ReplyDelete
  5. tsangat sensitif bila ppuan gedik....
    aiyoooooo...rasa cm mau bg karate kick.....

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...