Tabungan

18 October 2010

CUTI BERSALIN 90 HARI

Ya.
Aku masih di pejabat.
Sedang berada di pejabat.
Sedang buat kertas pemakluman untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah.
Tapi....aku rasa pening.
Rasa macam mahu berbaring sebentar.
Tapi....lain pula yang aku lakukan.
Buka laman blog.
Mana tahu boleh rasa tenang sebentar. *senyum*

Semalam,
hari yang sangat penat.
Mahu ceritakan kemudian.

Apa yang sedang aku fikirkan adalah mengenai Cuti Bersalin 90 Hari.
Tertarik dengan perkara ini kerana perkara ini menjadi topik pada bicara pagi di HOT FM pagi tadi.

Macam-macam pendapat.
Macam biasa.
Ada yang setuju.
Ada yang tidak setuju.

Yang setuju mengatakan bahawa:-
1.  Perempuan dah 9 bulan mengandung, bagilah berehat lama sedikit..;
2.  Beri peluang buat ibu untuk memberi susu badan secara eksklusif. Lama sikit. Malah ada kajian mengatakan, bayi yang menyusu badan adalah lebih bijak daripada bayi yang menyusu susu bancuh...;
3.  Memudahkan ibu bapa memberi persiapan seperti mencari tempat jagaan kanak-kanak dan sebagainya...;
4.  Buat mereka yang pertama kali jadi ibu bapa, ini masa yang sesuai untuk mereka menyusun kembali perjalanan rutin harian. Yelah. dulu tiada anak, sekarang dah tambah seorang *senyum*.

Yang tak setuju mengatakan bahawa:-
1.  Lama sangat cuti, nanti dah tiada 'mood' nak masuk pejabat
Pendapat aku ~ terpulang pada individu, sedangkan cuti 2 hari (sabtu & ahad) pun dah boleh hilang 'mood' untuk masuk kerja pada hari isnin ~ apa korang panggil "monday blues" *senyum*
2.  Kalau yang bekerja sebagai guru, kesian kepada anak-anak murid kerana terpaksa bertukar-tukar guru.
Pendapat aku ~ Kalau cuti bersalin 60 hari pun, masih juga bertukar guru kan?

Kesimpulannya ~
aku menyokong cuti bersalin 90 hari. hahahahaha.
jangan marah buat yang tidak menyokong.

Secara peribadi,
Kerana ini anak yang pertama, aku rasa aku memerlukan masa yang lebih untuk menyusun semula rutin hidup. Aku mesti cuba menyesuaikan diri dengan adanya anak kecil. Mana nak dicari pengasuh segala. Keadaan rumah. Keadaan diri. Keadaan suami. Segalanya harus seimbang sekarang. Anak dan suami berbeza. Kedua-duanya memerlukan perhatian. Dan sebagai Wanita, harus bijak mengimbangi semuanya. Kerjaya dan Keluarga. *senyum* Cuti yang panjang, memberi masa yang cukup.
Kalau rasa dah boleh sesuaikan diri, anak yang kedua bolehlah ambil 60 hari semula.
Itu sebabnya kerajaan bagi kelonggaran/fleksibilti untuk memilih minimum 60 hari dan maksimum 90 hari cuti bersalin.
Kerajaan tidak bodoh. Semuanya ada perancangan yang teliti. Kelonggaran tetap ada bagi memudahkan semua. Tidak ada paksaan untuk ambil cuti yang lama.
Baguskan kerajaan? *owh bodek!!* *senyum lagi*

yang pasti, bila agaknya berkuatkuasa.
Tolonglah berkuatkuasa serta-merta.
Agar boleh aku manfaatkan sepenuhnya.
Horray!!

p/s ~
Amin :)

9 comments:

  1. yg xsetuju tue memang akak dah ade jawapan nye...
    hahaha...
    terbaek akak...

    ReplyDelete
  2. if 90 hari..takot t ada rase malas nak keje n rase sedeh nak tinggalkan anak melampau2...

    jadi saye sokong 60 hari!..

    :)

    ReplyDelete
  3. kalau orang yg tak setuju tu lelaki, memang confirm tak paham pape.

    ReplyDelete
  4. ms ~ kena ada sebab :)

    DL ~ ikut masing2 kan :)

    HI ~ sokonggg!! :)

    ReplyDelete
  5. setuju dgn pendapat akak, kite mmg perlu rest yg cukup utk diri sendiri & anak...

    ReplyDelete
  6. MM ~
    betuii... diri sendiri kena ambil tahu jugak kan.. bila diri sendiri terjaga..yang lain pun kiter leh jaga :)

    ReplyDelete
  7. tak ada beza pun cuti bersalin dulu dan sekarang...

    semuanya dapat 300hari...

    ReplyDelete
  8. Alahai..

    rasa rugi pulak tak keja gomen..


    huhu..

    ReplyDelete
  9. si para-para ~ keseluruhan mmg tak berubah, tapi fleksibiliti yang diberi tu yang buat orang seronok..

    kRina ~ ahaks..takpe kak, akak ada kelebihan lain :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...