semasa dalam kereta tempoh hari, dengar radio.
dan topiknya ialah berkaitan e-mail yang mereka dapat dari seorang pendengar.
isu ~
mak yang masih hidup tapi uzur dan wasiatkan rumah pusaka pada adik penghantar e-mail ni.
adik dia, seorang ibu tunggal dan sanggup berhenti kerja demi nak jaga ibu yang uzur ni tadi.
masalah ~
penghantar e-mail a.k.a si kakak, tidak puas hatilah, sebab katanya 'hello, saya ni kakak, sepatutnya saya yang dapat rumah pusaka tu! lagi pun, saya pun ada jaga mak saya waktu hujung minggu dan ketika ada masa terluang.'
pendapat ~
hmm. kebanyakan komen dan pendapat dari pendengar radio tu, lebih memihak kepada si adik, kerana kononnya adik berhak kerana sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu dan tambahan pula si adik adalah seorang ibu tunggal.
ada juga yang mengatakan bahawa, si kakak lebih berhak, kerana, dia.............. kakak. anak yang sulung. maka dia............ lebih berhak.
pendapat haku ~
oke.
pada aku. dalam isu ni ada dua sisi yang berbeza.
dari segi tanggungjawab dan dari segi hak.
ya. dia kakak. maka dia lebih berhak.
namun. rasanya. tugas menjaga ibu adalah tanggungjawab seorang anak.
jelas. memang tugas anak adalah menjaga ibu.
jadi aku rasa, kenapa dijadikan sebab?
kenapa kena 'mention' ~ saya juga berhak ke atas rumah itu, kerana saya juga ada MENJAGA ibu ketika hujung minggu dan waktu lapang.
adakah maksudnya, ya,kamu berhak dapat rumah itu kerana kamu ada tolong jaga mak kamu. makanya, nak dapat rumah tu, kena jaga mak dulu.
owh no no no.
pada aku, menjaga mak adalah tanggungjawab setiap anak dan bukan alasan untuk mendapatkan harta. amatlah pentingkan diri sendiri sekiranya ada niat sebegitu, sanggup jaga hanya jika dapat harta.
dan aku juga rasa, kalau melihat pada keadaan, biarlah si adik yang dapat rumah tu, dia pun dah berhenti kerja, mesti tiada sumber pendapatan melainkan nafkah yang dia dapat dari bekas suami (jika ada).
owh lagipun, dia kan tolong jaga mak dia. dia berhak la kan.
haha.
p.s.mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan entri ini.dan mohon maaf sekiranya gambaran mengenai isu ini adalah salah.aku sekadar menyuarakan pendapat.lariikk.
Harta tu pun bukan kita bawa sampai ke liang lahad kan? tak guna nak bertekak...semua pun pinjaman di dunia semata.
ReplyDeletekte pun ade dgr.. semua yg bg komen tu mungkin kurang paham psl harta pusaka dlm islam.
ReplyDeletetu sebab islam suruh faraid. sbnarnye xboleh bg harta melalui wasiat kepada waris dalam Islam..dlm hadis ckp mcm tu.
wasiat mcm tu hanya SAH kalau SEMUA waris SETUJU. walaupun hanya seorang je waris yg xsetuju, wasiat mcm tu tetap tak sah dan tak boleh dilaksanakan. dan lg satu, xboleh melebihi 1/3 keseluruhan harta, maknanya, hak semua waris xboleh diusik.
sapa tua sapa muda, xkira ye. sulung ke, bongsu ke, tua ke, muda ke, hatta baby dalam kandungan pun ade hak yg sama rata sebagai waris. so, xkira la dia tu kakak ke, abg ke, janda ke(wowww, i like), ibu tunggal ke, semua ada hak..xpayah gado2.hee...
p/s : tapi rumah ini diserahkan kepada adinda..wakakakaka....