Pagi tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, macam biasalah setia dengan Radio HotFM. Tajuk Hot Chat dia orang hari ini adalah tentang merisik, relevan atau tidak zaman sekarang ini.
Pemanggil pertama sudah bikin panas konti kerana kata tak perlu dah merisik- merisik ni sebab membazir masa dan duit. Adalah lagi dia cakap, banyak yang aku tak ingat, tapi mak agak kurang setuju bab kata dah tak perlu sebab ianya membazir masa dan kos.
Sebelum terima reaksi dari pemanggil-pemanggil lain, aku sendiri dah merungut dalam kereta.
Rasanya, kalau tak setuju sekali pun dengan adat merisik tu, tak payahlah kata ianya membazir masa dan kos. Bila dia berkata begitu, tindakan dia seolah-olah telah menidakkan adat-adat melayu lama kita. Semua orang tahu bahawa merisik itu adalah peringkat pertama dalam sesebuah hubungan yang sah iaitu ikatan perkahwinan. Walaupun tidak ada dalil yang mengatakan ianya wajib, namun ianya adalah adat melayu KITA. Pernyataan dia tadi seolah-olah telah menolak adat-adat mak pak kita dahulu ke tempat yang sangat tidak dihargai.
Pada aku, manis rasanya kalau dimulakan dengan adat merisik. Ok fine. Memang betul budak-budak tu dah berkawan lama. Diorang semua dah kenal hati budi. Tapi mak pak depa kenal ke antara satu sama lain? Masa ni la mak pak kita nak duduk bersila bersimpuh bersama, minum-minum kopi sesama nak kenal antara satu sama lain kan.
Masa merisik tu pun penting sebab masa tu lah nak sembang nak tetapkan bila nak nikah, bila nak sanding, bila nak asah gigi, bila nak mandi sampan segala kan.
Tak semestinya masa merisik tu membuatkan masa berharga tu terbuang begitu saja. Banyak menda boleh dibincang. Kos? Ate janganlah wat kenduri macam nak kahwin, itu memanglah membazir duit. Cukuplah untuk makan-makan tengahari sesama kan. Cincin? Cincin belah rotan cukup.........janganlah mintak cincin intan berlian. Itu memanglah membazir.
Lepas mak membebel kat Nazri tadi, dia orang buka pula pada pemanggil-pemanggil lain. Rata-rata memang tak setuju dengan pendapat pemanggil pertama.
Siap ada seorang pemanggil keluar statement, Takkan MELAYU hilang di dunia. Kalau kita sendiri yang menolak adat-adat dan tradisi-tradisi tersebut, memang nanti dah takde adatlah kita. Nanti jadi macam orang barat, semua benda is ok. Straight to the point. Takde dah malu-malu orang MELAYU.
Eh tiba-tiba mak emo. Tapi betul la.. Janganlah kita orang melayu yang menghilangkan adat-adat kita ni. Sayangla. Dah takde tradisi. Dah takde kenangan nak diingati.
Mak suka statement tu,
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.
NANTI MERISIK AKAK PON KENE ADE...
ReplyDeleteHIK2...
hik hik!!
ReplyDeletenak ituttttttt!!
hik hik!!!!!
Salam..
ReplyDeleteKadang -kala mereka nih semua nah senang..tapi lupa nak kekalkan apa yang patut..
eeee tak patut ckp merisik tu membazir..ketok kang sapa cakap tu, kan kak hehe kalo mak sy dengar, mesti dia emo jgk huhu
ReplyDeletekak, xnk join ke?heee
http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/09/perhatian-saya-mencari-50-blog-baru.html
macam syma,masa bgtahu kat mak terus ckp yg syma nak tunang bila and bila dengan bf,then mak kata ok je,then mak ayah bf dtg jumpa mak tanpa pengetahuan syma ngan bf.Rupanya utk merisik:) tak terfikir lansung nak suh mak ayah bf merisik bagai ni since syma pun penah jumpa diorang..yelah,adat tu penting jugak kan selain yg wajib:)
ReplyDelete