Tabungan

29 September 2011

Siapa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara?

Iye.
Mak tahu.
Isu ni dah lama, tapi masih panas.
Buat orang yang selalu terkebelakang macam mak ni, memang selalu la tak ambil 'port' pun.
Tapi tadi, selepas dah terpandang dua tiga kali 'headline' tu, mak tergerak la nak ambil tahunya pun.

Ternyata si Makcik Hajjah (so-called Hajjah!) ni, sangatlah kurang 'hajor'.

Apa la ada dalam kepala otak Makcik ni sampai segala kata dia tu tak boleh diterima akal?

Siap letak 'profile picture' yang sangat-sangat melampau dan kurang ajar!

Terkini, berita melaporkan bahawa SKMM akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya selepas berjaya mengesan Makcik ini yang kini berada di Sweeden.

Namun, khabarnya Makcik ni tak boleh dibawa pulang ke Malaysia kerana berada dibawah perlindungan antarabangsa!

Aiyo! Macam-macamlah sekarang ni. Sana sini mengutuk secara terang-terangan. Sana sini mencaci dan tidak lagi ada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain.

Malas mak nak letak link apa-apa yang berkaitan dengan Makcik ni. Gambar pun, tak 'hingin' mak nak letak sini.

Tak susah, kamu orang 'google' aje. Mesti terus jumpa tau.

Hish. Potong mood orang pagi-pagi.

3 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...