Tabungan

25 September 2011

Tergerak hati nak menulis sesuatu

Rambut sama hitam, namun hati lain-lain. Makanya, kita mungkin nampak sama, namun, tahap kesabaran hati kita, lain-lain.

Mungkin ada yang berhati kecil, maknanya, sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak sentap. Namun ada juga yang berhati besar,maknanya, tahap kesabarannya sangat tinggi, kau kutuk aku gemuk, haish small matter lah. Ada juga yang hati batu, tak pernah sentap, omaigod, manusiakah kamu? Hee.

Aku selalu berhadapan dengan manusia yang tak pandai jaga hati, manusia yang mulutnya laser 24/7.

Tapi, kadang-kadang aku terfikir, akukah yang berhati kecil? Atau mereka yang terlalu laser tak tercapai akal aku ni?

Pernah sekali,aku pakai baju biru ke pejabat, diteguroleh seseorang, 'eh birunya baju, sama biru ngan lantai ni'.. Dalam hati aku, 'eh, aku beli kat kau kot baju ni'..

Pernah sekali aku mempertikaikan kerja yang dilakukan oleh anak buah aku, namun disambut seorang rakan, 'sila buat mesyuarat unit supaya boss tahu apa kerja anak buah sendiri', dalam erti kata lain, kononnya aku tak tahu kerja anak buah sendiri la kan?

Kadang-kadang, aku tergelak sendiri melihat orang-orang yang mulut laser ni. Sibuk nak memperbetul hal orang, sibuk nak menjaja kesalahan orang, tapi sebenarnya, diri sendiri pun tak berapa nak betul.

Pernah suatu ketika, ada seorang tu, menegur cara seorang rakan cara memakai tudung yang betul. Namun, anak orang yang menegur tu pun, kekadang tak betul juga gaya tudungnya.

Aku gelak saja.

Macam mana kan? Apa yang menyebabkan orang-orang macam ni, mulut laser eh?

Over-confident eh? Ke, diri adalah flawless?

Tiada manusia sempurna kot?

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. itu name nye xsedar diri....
    sgt xsedar diri...
    kuman kat johore nampak....
    gajah dalam suar xperasan....
    apxb...
    jgn sekali usik akak ku...
    nahas korang...
    ini amaran...

    ReplyDelete
  2. huh! orang yang sentiasa nampak kesilapan orang.. padahal hal sendiri tak terurus...
    maka telah diletakkan benteng di hadapan matanya...
    inilah.. bila ada mata tapi tak dapat melihat..
    orang macam ni biasanya tak pernah puas dengan apa yang dia ada.. dan sentiasa tak tenang melihat kelebihan orang lain..
    apa yang kita boleh buat.. cuma buat tak tahu je kat orang macam ni.. biar dia lagi sakit hati..
    atau pun layan je...
    contohnya bila dia tegur baju biru tu..
    tambah la lagi.. " haah kan.. sama pulak dengan lantai ni kalernya... cantikkan.. tak pernah orang buat tapi saya buat... unik kan?" hahaha.. tambah je tu.. heh.. =)

    ReplyDelete
  3. hehhehe.. mcm tau je org2 tu..heheheh.. sabar je la yang.. kalau tak sabar sound balik.. tak pun senyum.. bak kata najwa senyum, tak perlu kata apa2..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...