Selamat hari raya aidil adha kepada semua rakan2.
Dan tak lupa juga ucapan hari jadi yang diterima dalam laman muka buku mak.
Terima kasih tak terhingga.
Ramai juga rakan2 yang mengingati mak hehe.
Sekarang ni mak berada di Ipoh. Menyambut harijadi dan aidil adha bersama ibu. Semalam sambut dengan kek. Hari ini macam biasa, aktiviti bebas wajib kami iaitu ber-karaoke perasan seperti artis tersohor.
Semalam, pertama kali dalam hidup dapat sambut harijadi dengan anak dan suami.
Sempurna rasanya hidup.
Namun, aku amat berharap agar aku dapat menyambut harijadi ku ini bersama mereka lagi pada masa hadapan selama bertahun tahun tahun tahun lagi hendaknya.
Atau mungkin, menyambut harijadi bersama suami, Qalesya dan adik Qalesya. Siapa tahu.
Masa hadapan itu rahsia Allah. Tiada siapa dapat meramal dengan tepat. Berserah itu lebih baik. Namun tetap aku mohon dipanjangkan umur, agar aku dapat memperbaiki diri sendiri, menjadi anak yang baik buat ibubapa ku, punya masa untuk terus berbakti pada mereka, menjadi isteri yang terbaik untuk nazri dan menjadi ibu yang terbaik jua buat Qalesya.
Aku perlukan lebih masa untuk semua itu.
Mohon ya Allah.
blogwalking ke sini dan membaca latest entry.
ReplyDeletesenang2 nanti usha la blog saya.
be my follower is an extra bonus for me(if and only if u find my blog interesting) =D
salam kenal. -Asy Faro.
insyaallah ita..:)
ReplyDeletealhamdulillah
selamat hari lahir yang..;D
selamat hari lahir yea...
ReplyDeletedan juge selamat hari raya aidiladha