Tabungan

30 November 2011

Pemeriksaan Kesihatan

ya.
mak menunaikan janji untuk menulis tentang pemeriksaan kesihatan yang mak dah buat 2 kali dalam bulan ni.
banyak dah darah mak keluarkan hehe.

oke. ceritanya macam ni.

sebenarnya, mak ada rasa kurang sihat sikit sejak sebulan kebelakangan ni.
tahap yang paling teruk adalah masa mak tengah beli barang dan mak tiba-tiba nak pengsan.
mak rasa badan ni panas.
mak rasa berdebar-debar.
mak rasa degupan jantung mak laju.

kami tak tunggu lama.
encik suami terus bawa mak pergi klinik.
yang peliknya, mak ok.
tekanan darah normal.
degupan jantung normal.
bacaan gula normal.

tapi mak tetap rasa tak sedap badan.

jadi, kami balik rumah, dan mak rehat saja malam tu.
Qalesya, ayah terpaksa tengok.
masa menyusu saja baru ayah kacau mak.

beberapa hari kemudian, sakit tu datang lagi.
mak rasa berdebar.
rasa degupan jantung laju sangat.
tapi mak buat diam.

selepas tu datang lagi.
mak tak tahan, balik pejabat terus singgah klinik dan cek.

oke masa tu memang bacaan darah memang tinggi - 150/90.

terus kena buat bacaan darah 3 kali bagi pastikan samada memang ada darah tinggi atau tidak.

so dalam masa 5 hari tu, memang mak berulang ke klinik.
3 hari untuk buat bacaan tekanan darah.
2 hari lagi sebab nak buat pemeriksaan kesihatan dan ambil result.

ini merupakan pemeriksaan kesihatan yang pertama - malangnya doktor tak buat menyeluruh dan hanya buat untuk ujian hipertensi.

hasil pemeriksaan tu, OK.

memang tiada masalah.

jadi, mak diamkan aje.
malangnya, beberapa hari lepas tu, perasaan tu datang balik.
mak rasa berdebar.
rasa degup jantung laju.
rasa sesak kat dada.
rasa macam-macam.
tak dapat mak nak jelaskan.

jadi mak tak tunggu lama.
mak terus jumpa dengan doktor yang mak memang percaya - doktor bersalin mak.
doktor kat ampang puteri.

dengan dia, memang mak rasa bebas nak bercerita apa pun.
dan dia pun tanya mak, apa lagi yang mak nak buat.
mak kata - mak nak tahu apa sakit mak.
jadi dia kata, dia akan buat sekali lagi pemeriksaan kesihatan PENUH tambah beberapa lagi pemeriksaan kesihatan yang lain.

selain pemeriksaan kesihatan yang asas, dia buat untuk mak pemeriksaan tiga jenis tiroid dan 4 jenis kanser.

Semalam - Selasa - 29 November 2011 adalah hari keputusan pemeriksaan tu dikeluarkan.

keputusannya - OK.

semua oke.
sel darah mak normal.
sel darah putih dan merah seimbang.
tiada tiroid.
tiada kanser.
tiada kencing manis.
sedikit kolestrol yang mana boleh dirawat dengan membetulkan diet pemakanan.

memang tiada apa yang serius.

jadinya, secara sains, memang tiada apa yang dapat menjelaskan keadaan mak sekarang ini.
doktor minta mak berehat.
mungkin stress.

tapi mak terfikir perkara lain........
adakah mak terkena buatan orang.....

wallahualam...

p.s.
jika ada yang terasa hati dengan mak, maafkan mak.
jika ada yang rasa tak senang dengan mak, maafkan mak.
kalau mak ada buat salah dan silap, maafkan mak.
Janganlah tuju-tuju mak macam ni ya :)


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...