Tabungan

31 January 2012

ini adalah sebab mengapa perempuan tak boleh pergi shopping complex seorang diri tanpa diawasi

amboi nyah, tajuk entri tak hengat punya!

tapi betul. ada sebab musabab kenapa perempuan tak boleh pergi shopping seorang diri.
sebabnya, hasil tangkapan, memang tak akan dapat dicapai akal fikiran yang waras.

oke.

itu sebenarnya untuk mak seorang saja.

mak memang tak boleh pergi shopping complex tanpa Encik Suami kerana hasil pembelian, memang agak melampau.

tapi, untuk pembelian mak hari ini, mak tak berapa nak menyesal sangat sebab..... mak beli untuk anak dara mak ni haaaaa :)

oke, memula mak pergi ke Butik Anakku.. dah belek-belek dah beberapa helai baju... tapi mak teringat nak pergi butik lain pulak, nak pelbagaikan pilihan la konon-kononnya.

jadi mak sampai ke sini......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah belek-belek beberapa helai, akhirnya mak beli dua baju bawah ni...
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
bulan 3 ni, nak kenduri si Ayop, abang mak ni haa nak kahwin dah.
baju mak, baju pak, baju pak sedara, baju mak sedara, baju atok, baju opah, semua dah siap.
tinggal baju dia ja takda lagi.
haruslah mak beria beli baju dia kan hehehe.

owh, mak kena bodek dengan sales girl tu untuk beli head band dia. memandangkan Qalesya sekarang ni memang suka pakai benda-benda atas kepala, so mak pun setuju untuk beli matching dengan baju-baju dia ni. 
konon.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya, mak pergi Alamanda tadi nak beli barang makan saja.
tapi dah terbeli baju-bajuan Qalesya ihiks.

masuk pulak Carrefour, konon nak menyelesaikan hajat nak beli barang-barang makanan, tapi rupanya salah department, terpergi bahagian barang-barang rumah, bukan barang-barang makan (dekat Alamanda Carrefour terbahagi pada dua tingkat, satu tingkat bahagian makanan, satu tingkat bahagian barang-barang rumah dan pakaian-pakaian).

makanya, TERbeli la pulak periuk, mug, sudu-suduan dan plastik-plastikan. 
hentah pape kan!
tak dapat nak capture gambar sebab hasil tangkapan dah letak dalam kereta siap-siap.
insyaAllah boleh seludup masuk dalam rumah dengan jaya sebab mak memang balik sebelum Encik Suami.
hahahaha.

jadi sekianlah cerita mak pada hari ini.

seperti peribahasa orang-orang dahulu, 
rambut sama hitam, 
hati lain-lain.

tiba-tiba!

oke.
mak nak letak video dia tengah pakai head band.
siap menari sikit-sikit sambil buat tangan nari inang.
sikit ja pun.
yang selebihnya, mak dia ja bising.
cekitoutttt!!
.
.
.
.




4 comments:

  1. tapi kan...mana ada ompompuan yang boleh shopping dengan kawalan?? heheh~

    ReplyDelete
  2. rezeki anak. alhamdulillah.

    nanti Tuhan akan tambahkan rezeki lagi hehe :)

    ReplyDelete
  3. cantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sgt!!;)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...