Tabungan

03 February 2012

Ujian Pap Smear

Anak-anak semua, hari ini mak nak bercerita tentang Pap Smear.


Haaa...gelak, gelak!


Jangan gelak, ini seriuuussss...


Ujian ini sebenarnya penting untuk kaum WANITA sebab dengan ujian ini, kita boleh mengesan dengan lebih awal sebarang perubahan tisu yang mungkinnnn akan menjadi sel kanser.


Meh mak citer dengan lebih lanjut..


Apa yang korang perlu tahu ialah, sel akan mengambil masa untuk berubah (sedangkan pantai pun berubah....tetiba...) menjadi sel-sel tertentu.

Ianya pula tak akan terjadi dalam masa satu malam.... No no no..


Secara normal, masa yang diambil untuk sesuatu sel menjadi sel kanser adalah antara 2 hingga 10 tahun. Maka, sekiranya ujian pap smear dilakukan setiap 3 tahun, sebarang tisu yang sedang nak berubah menjadi sel kanser adalah mudah untuk dikesan sekaligus dapat mencegah kanser serviks dari awal lagi...


Siapa yang kena buat?

Oke. Macam ni ye anak-anak. Sape-sape yang udah mula aktif dalam kegiatan seks (yakni mereka yang sudah berkahwin ye anak-anak, jangan pikir jauhhh no no no) atau mereka yang sudah berumur 26 tahun dan ke atas, eloklah mula membuat ujian ini.


Selalunya, ujian kali pertama digalakkan untuk mereka yang sudah mula melakukan hubungan seks 3 tahun terdahulu (apo bondo ko tolis ni). Maksudnya macam ni, kalu hari ni hangpa kawin n wat seks, maka adalah sesuai untuk mula buat pap smears pada tahun 2015 nanti. Fuhh.


Lepas tu, seelok-eloknya buat 1 tahun sekali sehingga umur 30 tahun, dan selepas itu buat 2 atau 3 kali setahun ataupun atas nasihat doktor ye anak-anak.


Bagaimana ia dilakukan?

Yang ni mak malas la nak terang satu persatu.

Yang pasti, hangpa kena baring, kaki posisi macam nak beranak dan doktor akan masuk menda-menda dalam bahagian sulit hangpa tu.


Iya. Agak tidak selesa namun tidak menyakitkan.


Owh. Kenapa mak sibuk bercerita tentang pap smear?


Mak kat klinik sekarang. Tengah nak buat ujian pap smear. Ini adalah kali kedua mak buat ujian pap smear. Tahun lepas dah buat selepas bersalinkan Qalesya.


Mak difahamkan, kehamilan dan kelahiran juga adalah antara faktor penyebab kanser serviks. Tidak ada penjelasan tentang itu.


Makanya, lepas bersalin dulu, doktor dah suruh mak buat pap smear dan ya, ini adalah kali kedua. Walaupun dah pernah buat last year, tapi kengiluan tetap terasa. Ouchh.


Well, mak sudah! Anda yang dah kawin, bila lagi!


:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...