salam Jumaat.
macam biasa, mak suka buat perbandingan.
dulu dan sekarang.
iya. itu perbandingan paling mudah untuk dibuat.
budak-budak kecil pun tahu buat perbandingan macam itu.
'ala mama ni, dulu boleh ja adik mandi hujan, kenapa sekarang tak boleh?'..
'ala papa ni, dulu petang-petang papa selalu bawa adik naik motorsikal, kenapa sekarang papa dah tak nak bawa adik?'..
dulu dan sekarang...
kalau dulu, masa aku umur 15 tahun, aku tengah sibuk nak exam. PMR giteww.
sibuk baca buku. sibuk tuisyen. sibuk nak berlawan dengan orang ini. sibuk nak dapat lebih markah daripada orang ini.
crush? of course ada. mak orang biasa. mak semut merah. eh tetiba.
iya. mak orang biasa. setakat jatuh hati pasti ada.
tapinya......! mak jatuh hati dengan kawan sebaya lah. paling koman pun, jatuh hati dengan senior. jatuh hati dengan kawan-kawan abang. jatuh hati dengan budak-budak sekolah lain. tettttt. normal!!!!
tapi.....sekarang...... budak-budak zaman sekarang, makin maju. bercinta bukan lagi dengan kawan-kawan sebaya. tak mencabar mungkin.
pilihan hati dah jadi orang berumur. cari yang umur 20 tahun ke atas. matured katanya. owh, perlu ada kriteria tambahan..... sudah berkahwin ya anak-anak. barulah kau nampak hebat. bercinta dengan orang berumur yang sudah berkahwin. complete package di situ ya anak-anak.
bila udah dapat orang yang matured, plan lagilah gempak. sekarang tak payah dah larik-larik sembunyik-sembunyik.
buat plan kena culik aja.
senang.
pergi kedai, bawak adik-beradik..... itu alibi namanya.
kena culik depan adik-beradik....., semasa kena tarik ke dalam kereta jerit sikit... 'baby, tolong kakak.......'
iya..mantop sekali lakonan itu.
dah masuk dalam kereta..... wah menjerit kegembiraan, berpelukan dengan boyfriend... sambil berkata... 'kita sudah berjaya abang....kita sudah bebas.....kita boleh buat apa sahaja abang....owh abang..bahagianya saya bila saya ada bersama abang.....'
hakk tuihhhh!!!
sementara mak ayah yang berada di rumah dah gelabah.
anak daranya diculik.
siang malam tak dapat tidur, memikirkan nasib si anak dara.
kena rogolkah?
kena bunuhkah?
kena bakarkah?
kena jualkah?
si ayah turun naik pejabat polis.
si ayah dipanggil oleh stesen radio, diberi peluang luah isi hati.
si ibu menangis mohon anak dipulangkan.
si ibu tak tidur malam memikirkan nasib anak yang dikandung dengan penuh kasih sayang selama 9 bulan.
sementara si anak...
seronok dengan kekasih hati.
lupa ayah.
lupa ibu.
tiba-tiba....... kenyataan..... si anak mengaku lari dengan kekasih hati kerana tekanan emosi yang dialami.
macam sial!!
oke. bagi mak bertenang sekejap.
menulis dengan emosi.
not good ita.
not good.
anak-anak.
mak pernah melalui zaman kamu.
mak juga faham jiwa remaja yang kamu sedang lalui itu.
tapi...., mak tak pernah ada rasa sanggup untuk sedikit pun guris walau seinci hati mak dan ayah.
iya.
dulu mami mak sangat garang.
haish. mak pun kekadang ada gak rasa nak lari dari rumah.
pernah juga dah bersusun baju dalam beg plastik.
tapi...
bila difikir-fikirkan.
owh gila.
kalau aku buat, apa akan terjadi pada aku.
selamatkah aku di dunia luar sana.
mana aku nak pergi?
nak kerja?
haish, PMR pun tak lepas.
kalau takde pelajaran, macam mana nak kerja bagus.
macam mana nak kerja dalam pejabat.
macam mana nak dapat duit banyak.
macam mana nak pakai kereta besar.
macam mana mami aku?
macam mana ayah aku?
owh...ustazah ada pesan...syurga di bawah telapak kaki ibu.
ustazah ada pesan...berdosa melawan kata ayah.
kalau melawan, berdosa...masuk neraka.
owh..aku dah banyak dosa..nak tambah dosa lagi?
owh. tak jadilah lari.
ikut sajalah kata mereka.
pasti mereka lebih tahu apa yang terbaik.
iya.
memang mereka tahu.
dan sekarang.
Alhamdulillah.
berkat jagaan mereka.
berkat doa mereka.
aku jadi manusia.
terima kasih ayah.
terima kasih mami.
Alhamdulillah syukur Ya Allah.....Engkau berikan penjaga paling mulia buat aku di Dunia Mu ini.
Alhamdulillah.
kepada adik yang rasa-rasa nak lari dari rumah.......
silalah berfikir dengan lebih panjang.
jangan ikutkan hati.
ikutkan hati...............mati.
p.s.
si ibu masih tetap maafkan anak walaupun malu.
oke adik, sila malu pada diri sendiri.
sy mmg sgt marah bila dpt tau budak ni menipu.sy tau orang lain pun marah, geram. Boleh tak bayangkan macam mana remuknya hati mak dia? boleh bayangkan tak mana ayah dia nak letak muka?boleh bayangkan x akibat yg adik2 dia kena hadap kena ejek ngan kwn2 kat sekolah?
ReplyDelete15 tahun dah berakal, dah boleh fikir semua ni...dok ikut sangat kata hati, ikut sangat nafsu, ikut sangat bf yg tak tentu hala tu..sekarang sedap la..nnti kalau termengandung ke hapa camana? buang anak pulak? dah kalau kena jual kat bangkok, camana pulak? tak pasal2 kena pungut derma nak selamatkan kau keluar dr sana
dah la org malaysia ni semua hati baik2,semua cepat kesian.apa pun cepat je nak tolong, cepat je nak sebarkan..kau buat mcm ni ntah2 lg 10tahun malaysia jd mcm negara china sana..tgk orang kena belasah pun buat dek je,takut nak tolong..mana tau tu lakonan kan?
haish.marah sangat ni. komen pun dah boleh jd satu entry.hihi..sori :)
budak2 skrg....
ReplyDeletenak salahkan mak pak pun tak bleh
pengaruh luar lagi byk
tv, intenet, kawan2
dah makin bijak
tapi bijak tak bertempat
mak pak makin bz cari rezki demi takmo anak2 melarat
tapi ini balasan diorg
baru 15thn!
Kalau cik rose pun terluka dengan perangai anak cam gitu...huhuhu..Sepatutnya remaja ambik pengajarankan...
ReplyDeleteaku pun marah dgn budak nie...pagi tadi tetiba terpikir pasal family budak nie bila dgr radio pagi tadi..budak nie telah menconteng arang dimuka ibu bapanya..kesian mak ayah budak nie..tak tau la apa nak ckp dgn budak2 skrg nie..hish...
ReplyDeleteaku paling pantang. sendiri nak senang buat orang lain susah.
ReplyDeletekalau nak buat benda tak baik jgn libatkan orang lain boleh?
sanggup guris perasaan orang yang membesar dan menjaga kite. aku cukup tak sanggup.
tengok mak? aku pun emo
dugaan untok ayah ngan mak...
ReplyDeleteMak mana yang tak sayangkan anak..
ReplyDeletememang budak ni menyusahkan..
satu malaysia risaukan die..
Tapi dia?
Haih..
15 tahun tu dah cukup matang.. untuk at least pk akibat dr perbuatan die..
saya pun emo.. haih
dah besar macam ni masih tak boleh nak terfikir utk jauh dari mak ayah...apatah lagi nak lari dari rumah...adoi...adik2...tlg la jgn advance sgt...susah nanti..
ReplyDelete