Tabungan

26 March 2012

Ratu Qalesya

homai.
tajuk tak bley blah *kata bebudak zaman la ni*

oke.
hari ni mak nak bercerita pasal anak dara mak - Qalesya Alia.

dia dah 1 tahun 4 bulan 10 hari.

dah besar. maka dah banyak la benda yang dia dah boleh buat sikit-sikit kan.
dan yang paling ketara ialah...memerintah.
demand.
kalau nak, nak gak.
takde tapi-tapi.
takde istilah tak boleh.
bak kata pakcik omputih - no is not in my vocabulary.
kelas kau nak.

pada masa umur dia sekarang, dia terSANGATlah pandai kata NAK dan BAK.
hamboi hamboi hamboi *sambil goyang jari kelingking gaya Azwan Ali*

dia dah tau, kalau nak sesuatu, dia kena sebut nak.
dan kalau body language kita macam membenarkan, dia akan terus tukar jadi BAK BAK BAK.

sebagai contoh.
dia nak tengok video dalam komputer, dia akan duduk kat kerusi dia sambil sebut NAK NAK NAK NAK NAK.
bila mak dah pasang komputer, dia akan terus sebut BAK BAK BAK BAK BAK.
hamoi kau nak.

dan dia sekarang dah tau, kalau mak pakai cantik-cantik, maknanya 'kita nak keluar berjimba-jimba wahai anak'...
dan dia akan terus cari tudung untuk mak pakai.
oke anak, itu mak setuju. keluar cari tudung ya. tutup aurat. tak mo seksi seksi. uiiiii.

dan dia sudah pandai suruh orang senyap.
kalau bising, dia akan letak jari telunjuk kat mulut dan kata shhhhhhhh dengan muka comel.
oke anak. mak terkesima.

dia juga tau satu ayat.....'dah habisssssss'....
bila habis makan, dia akan kata.....'dah habisssss'....
bila dia takkan dapat sesuatu yang kami tak nak bagi, kami akan sebut juga......'dah habissss'...
oke, itu dia akan buat muka konpius hehe.

lagi ayat yang dia tau sebut ialah.......'tak boleh'...dan 'jom'.
kalau sebut 'jom' akan bersekali dengan tarikan pada tangan.
iya. kalau dia bangun sebelum mak, dia akan sebut 'jom jom jom' sambil menarik-narik tangan kami.
oke. sila faham, anak kamu sudah besar.
hahaha.

haish.

kalau bercerita tentang Qalesya, memang tak sudah.
ada saja keletah dia.

satu yang mak perasan tentang dia, Qalesya ni born to be very happy go-lucky.
dia bangun pagi, dia akan senyum dulu.
never failed to smile.
bangun pagi, dan tengok dia tersenyum adalah perkara paling indah dalam hidup mak.

Alhamdulillah.



9 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...