Tabungan

17 April 2012

macam anjing dan kucing.

kalau dulu-dulu,
bila diberi pepatah, 'seperti anjing dan kucing', maknanya, pantang jumpa asyik nak gaduh saja.

tapi sekarang ini, pepatah begitu macam sudah tidak relevan.
sebabnya, dah banyak gambar kucing dan anjing yang kita lihat, semuanya berkawan baik.
persoalannya... keadaan macam sudah terbalik kan?
binatang sendiri sudah pandai bertolak ansur.
binatang sendiri sudah pandai berkawan baik walaupun anjing dan kucing suatu ketika dulu dikatakan musuh tradisi.

tapi, manusia, zaman sekarang, semakin dah terbelakang.
bukan dari segi teknologi atau apa-apapun, tapi dari segi sahsiah, akhlak dan moral.

manusia sekarang, lebih bijak. itu tidak dinafikan.
namun, semakin bijak, semakin panjang juga akal.
semakin banyak juga tipu muslihat.
semakin banyak idea.
dan semakin banyak perkara-perkara yang difikir, maka sahsiah semakin terbelakang.
kerana terlalu banyak berfikir, kekadang emosi semakin kurang diberi perhatian.
kerana terlalu banyak berfikir, kekadang perkara yang perlu diberi perhatian semakin ditinggalkan ke belakang.
dan disitulah mula tertinggalnya benda-benda yang indah sebagai contoh persahabatan.

dalam tv sendiri, dah banyak cerita tentang persahabatan yang musnah disebabkan benda-benda lain.
persahabatan yang musnah kerana tamakkan wang.
persahabatan yang musnah kerana berebutkan seorang lelaki.
persahabatan yang musnah kerana perbezaan darjat.
persahabatan yang musnah kerana....aku kaya dan kau miskin.

kan indah kalau......persahabatan....tetap indah.....sebagai persahabatan.
tidak ada pembolehubah yang mampu menggugat nilai persahabatan.

tiada si penikam belakang.
tiada si indah bahasa di depan tapi di belakang lidah bercabang.
tiada si kawan yang berpura-pura membantu tapi di belakang lantang bercerita keburukan.

macam anjing dengan kucing dalam gambar ini.
mereka berkawan baik.........!
sweet!!



The story behind this picture is this:

Every day - at the same time - she waits for him...

He comes... and they go for a walk

Wouldn't it be great if we all had friends like this...no words needed...they just intuitively recognize the value of each other in their lives and act accordingly.

By: Rick Nelson

1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...