Tabungan

18 April 2012

nak tahu rahsia kecantikan saya?

wah ko..
gaya macam 'kau tu cantik sangat ker?'..
ahaks ahaks.

iya.
kita orang perempuan ni, nak tak nak, kena juga jaga penampilan.
paling kurang pun, berbedak lah sikit.
tambah pula kalau kau rasa kau tu golongan bos-bos, memanglah lagi kena jaga penampilan sebabnya sat-sat nak jumpa orang ni, sat-sat nak jumpa orang tu.
kalau kau tak jaga penampilan, tiba-tiba ada guest datang terjah, tak ke kalut?
mesti guest tu fikir, eh macam ini ja boss depa?
ha kan parah tu.

dulu..
dulu la kan..
masa mak kerja bank dulu, mak adalah sangat malas nak jaga penampilan.
maklumlah, masuk kerja aje memang dah fokus kat kes aje. fokus la konon kan.
masa tu, memang lipstik entah ke mana, bedak entah ke mana, apa tah lagi eye shadow or even mascara segala.
tudung pun senget. pin tudung dah nak sampai ke tepi telinga agaknya.
punyalah kerja la kononkan.
serius. mak punya stress kerja sampe kan memang takde hati langsung nak jaga diri sendiri.

last-last, bila mak dapat kerja kat Tourism Malaysia, amboi, kemain kau, contact lens la tak hingat.
sat-sat warna kelabu.
sat-sat warna biru.
tapi.....
sama juga.
sekejap sajo.
pas kawin, mak malas balik.
tambah lak tengah mengandung, lagi la serabai.
bila dah dapat anak. lagilaaaaaa malasssss....

tapi...kalau ada event, memang masa tu mak balas dendam betul la.
time tu memang upah orang make-up pun mak sanggup.

sehinggalah kenduri kawin ayop hari tu, manalah ada orang nak tolong make-up kan, jadi kononnya make-up la sendiri.
bedak compact banyak yang dah habis.
jadinya kena pi beli sendiri.
jadi mak try la bedak compact SimplySiti yuuuuuuuuuuu.

masa hari kenduri ayop, umaiii, ayah mak sendiri tegur, eh lawa kamu hari ni.
amboiiiii...rasa nak terbang mak.
maklumlah, baru try bedak jer, tak try lagi menda alah lain.
iye.
bedak itu saja sudah mahal. *bagi mak mahal la, bagi kamu, mampu kot...*
tak mampu nak beli yang lain ahaks ahaks.

selepas itu,
mak memang langsung tak pakai dah bedak tu.
malas pun.
tinggal aje dalam beg.
sehinggalah hari ini.
mak memang dah fix appointment nak jumpa dengan Dato' Chairman.
jadinya, mak pun carilah balik benda SS tu, calit-calit lipstick skit, dan calooo pi jumpa Dato'.

dalam lif, terjumpa dengan sorang kawan, dan dia menegur, 'amboi, gebu nampak'.

owh oke.
penangan SS mak rasa :)

perasan la ko mak.
hahahahahaahahahaha.
thank you dato' CT by the way hehehehe.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...