31 May 2012
::SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-3 SAYANG::
30 May 2012
Amaran : peringkat jingga
Hari ni, ada hal sikit. Masih diluar, belum masuk opis pun. Keluar handphone dari beg, buka FB, rata-rata status pasal keadaan mendung gilak di area KL bagai.
Ya. Mak pun kat luar ni, mak area bangi aje ni, pun mendung gilak. Takut la pulak. Gelap aje.
Then terpandang satu info dalam FB kata 'amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga'.
Terus mak tertanya-tanya, peringkat jingga tu apa.
Terus google dan jom mak kongsi ya.
Rupanya ada 3 peringkat.
Peringkat kuning.
Peringkat jingga.
Peringkat merah.
Peringkat kuning, peringkat tak kritikal. Hujan kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang lebat.
Peringkat jingga, masih tak kritikal tapi ia lebih sikit dari peringkat kuning. Hujan sederhana dan lebat yang berterusan.
Peringkat merah pula peringkat kritikal. Lebat selebat-lebatnya yang boleh mengakibatkan banjir besar berlaku.
Oke. Tamat kelas kita pada hari ini.
Maklumat-maklumat di atas mak dapati dari website jabatan meteorologi ya anak-anak :)
28 May 2012
kami di waktu pagi
Pagi ni, ke tempat kerja bersama encik nazri. Maka, ayah drive, mak pangku qalesya.
Sat sat nak main.
Tapi akhirnya, tumpas jugak kat pangkuan mak.
Ngantuk lagi.
Kesian dia.
Dah sampai kat taska, mata cerah balik.
Pastu, masa nak serah dia pada cikgu, dia bantai nangis.
Halahai.
Bila la boleh kaya ni.
Tak payah hantar qalesya ke taska.
Boleh jaga sendiri.
Huhu.
25 May 2012
menulis ikut rasa
dalam kereta, tengah pandu kereta, mesti ada banyak topik yang mak terfikir..
lepas tu, bolehlah terfikir kononnya nak tulis dalam blog.
tapi, bila dah sampai rumah, dah on pc, dah bukak blog, terus hilang semua benda yang mak fikir masa dalam kereta tadi...
masa tengah menaip ni pun, kiranya mak masih lagi tengah fikir apa mak nak tulis.
jadinya, ikut jarilah, apa kamu nak taip, taip ajelah wahai jari tangan gemukku.
tika ini, mak tengah menanti kedatangan ahli keluarga mak dari Ipoh.
ayah nak datang.
mak nak datang.
adik-adik nak datang.
abang dan isteri nak datang.
wah meriah yuu.
tapi, rumah mak kecil saja yuu.
tak kisahlah, janji semua ada berkumpul dalam rumah mak tu.
lagipun, mak pernah terbaca kelebihan menerima tetamu iaitu "tetamu yang datang berkunjung ke rumah akan menghapuskan dosa tuan rumah. Apatah lagi apabila dia mendoakan kesejahteraan kita kerana melayannya dengan baik. Hidup kita akan dilimpahi keberkatan".
mak cuba cari kot ada hadis mengenai perkara di atas, tapi takdelah wahai kawan-kawan. tapi dapat tau yang atas ni pun dah cukup bagus kan, dari kita menolak tetamu.
ala..mak tahu..mesti dulu-dulu ada juga yang pernah buat..
bila ada orang datang rumah, duduk diam-diam dalam rumah buat-buat tak dengar..
hmmmm *__*
okela. tu dulu. hahaha.
okela.
mak stop dulu.
mak ingat, nanti mak nak buat Vlog dengan Qalesya la.
kalau mak buat, korang nak tengok tak?
bagitau mak ya.
kalau ramai nak tengok keletah Qalesya, mak buat okey :)
love you alls.
hahahaha.
poyo kau ita.
kelasss!!
19 May 2012
ayah yang sunyi
Selalu, awal pagi, sebelum sembahyang subuh, ayah akan turunkan kelambu, kemaskan katil dan angkat mak keluar.
Tapi pagi ini, sebelum sembahyang subuh, ayah kelu, tak tahu nak buat apa.
Selalu, selepas sembahyang subuh, ayah akan keluar belikan makanan untuk mak.
Pagi ini, ayah beli makanan, tapi tersentak, beli untuk siapa? Fikir ayah.
Selalu, ayah akan suapkan makanan ke mulut mak.
Pagi ini, ayah suap makanan ke mulut sendiri, tapi, teringatkan mak.
Selalu, ayah akan angkat mak ke bilik mandi, untuk mandikan mak.
Tapi, pagi ini, ayah tak perlu lagi angkat mak, kerana mak dah mandi untuk kali terakhir tengahari semalam.
Semalam, sewaktu talkin dibaca, aku duduk di sebelah ayah, memayungi ayah, dari panasnya terik matahari.
Ayah tidak menangis.
Hanya tertunduk sayu.
Menangis di dalam hati.
Ah lelaki. Fikir aku.
Tiba-tiba, aku terdengar esakan sayu.
Lelaki gagah ini menangis.
Tumpah air mata dia untuk perempuan kesayangannya.
Owh lelaki. Fikir aku.
Ayah aku..lelaki hebat.
Disebalik umpat keji terhadapnya.
Disebalik kata nista sanak saudara darah dagingnya sendiri, ayah kental menjaga keluarga dengan caranya sendiri.
Disebalik gaya diktatornya, ayah terus menerus menjaga nama baik keluarga.
Disebalik senyap lelaki ini, tersimpan beribu penderitaan.
17 May 2012
Alhamdulillah..syukur pada Tuhan
15 May 2012
kawan-kawan...mak nak minta tolong you alls undi Qalesya Alia boleh.
10 May 2012
kena outstation lagi.
09 May 2012
aku menangis lagi.
08 May 2012
ada juga yang nak tahu hee. terima kasih yu olls.
• Masa adalah NYAWA
• Amalkan 4B untuk memastikan idea/perancangan Berjaya iaitu “BANGKIT, BANGUN, BERJALAN, BUAT” dan jangan BERTANGGUH
• Untuk menyelesaikan masalah/pelaksanaan idea, selalu gunakan prinsip 5W + 1H (why/what/when/where/who/how)
• Berusaha bersungguh-sungguh (mengikut cara yang tidak bertentangan syarak) dan bertawakkal kepada ALLAH.
• Semua orang ada pelajaran tetapi tidak semua orang ada ilmu (berilmu adalah orang yang mengaplikasikan/mengamalkan pelajaran/memberi faedah kepada orang lain)
06 May 2012
02 May 2012
gambar kahwin Jejai dan Fasha Sandha
tetiba pulak nak kipochi kannnnnnnnnnnnnnnnnnn..
tetiba la pulak nak menengok-nengok gambar kawin depa dua ni haa..
jumpa kat blog Abang Nara la cam biasa..
dan beliau pun ambil gambar-gambar tersebut dari blog OhBulan..
so, mak tempek la skit..
yang lain, korang gi la terjah blog dua di atas ya. :)
simple.
sweet jugak kan.
orang dah lawa..pakai apa pun lawa :)
lain la mak.
orang tak lawa..pakai apa pun lawaK!!
hahahaha.