Tabungan

30 May 2012

Amaran : peringkat jingga

Hari ni, ada hal sikit. Masih diluar, belum masuk opis pun. Keluar handphone dari beg, buka FB, rata-rata status pasal keadaan mendung gilak di area KL bagai.

Ya. Mak pun kat luar ni, mak area bangi aje ni, pun mendung gilak. Takut la pulak. Gelap aje.

Then terpandang satu info dalam FB kata 'amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga'.

Terus mak tertanya-tanya, peringkat jingga tu apa.

Terus google dan jom mak kongsi ya.


Rupanya ada 3 peringkat.

Peringkat kuning.

Peringkat jingga.

Peringkat merah.


Peringkat kuning, peringkat tak kritikal. Hujan kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang lebat.


Peringkat jingga, masih tak kritikal tapi ia lebih sikit dari peringkat kuning. Hujan sederhana dan lebat yang berterusan.


Peringkat merah pula peringkat kritikal. Lebat selebat-lebatnya yang boleh mengakibatkan banjir besar berlaku.


Oke. Tamat kelas kita pada hari ini.


Maklumat-maklumat di atas mak dapati dari website jabatan meteorologi ya anak-anak :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...