Tabungan

08 May 2012

ada juga yang nak tahu hee. terima kasih yu olls.

inilah kisah mak.
hujung minggu lepas pergi me-motivasi-kan diri tau yu olls.
dengan....
Dr. Hajah Sharifah Mazlina.
tak kenal?
alaaa...
yang pergi ke Kutub Utara Kutub Selatan tu.

iya.
memang seronok.
seronok sangat.
sebab, mak pergi, tak pisah dengan Q, sebab mak bawa dia bersama. hik hik.

kursus kita orang ni berkenaan dengan memotivasikan kumpulan kaunseling juga.
Alhamdulillah, memang banyak yang kami belajar kat sana.
serius banyak.
dan yang paling meng-untungkan, dia berkongsi pengalaman dia masa pergi ke Kutub Utara dan Kutub Selatan tu. Serius best. Cerita di sebalik pemergian dia.
Gambar-gambar yang dia kongsi....wow....ada yang mistik tau!!

oke.
mak kongsi sikit apa kami belajar kat sana ya.

Selalu memberi SEBAB , tanda-tanda menuju KEGAGALAN
Masa adalah NYAWA
Amalkan 4B untuk memastikan idea/perancangan Berjaya  iaitu “BANGKIT, BANGUN, BERJALAN, BUAT” dan jangan BERTANGGUH
Untuk menyelesaikan masalah/pelaksanaan idea, selalu gunakan prinsip 5W + 1H (why/what/when/where/who/how)
Berusaha bersungguh-sungguh (mengikut cara yang tidak bertentangan syarak) dan bertawakkal kepada ALLAH.
Semua orang ada pelajaran tetapi tidak semua orang ada ilmu (berilmu adalah orang yang mengaplikasikan/mengamalkan pelajaran/memberi faedah kepada orang lain)

ada lagi..
nak tahu?? nanti mak kongsi lagi ya.

layan gambar dulu...





  


1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...