semalam hari pertama kerja dalam bulan Januari 2013. tarikh semalam tak cantik, jadi tak rasa rugi sangat bila tak update. boleh? hahahaha. mengong di awal pagi. sila layan.
macam aku kata, semalam hari pertama kerja dalam bulan Januari 2013, bermula dengan baik. Alhamdulillah, hari pertama tanpa gagal, semua azam dapat dipenuhi. gila! itu baru sehari, aku tak boleh janji 362 hari yang mendatang hahahaha!
cuma Qalesya, dah menampakkan ciri-ciri anak tak sihat yang akan kembali batuk, selsema dan kahak. aku, bila Cha dah mula batuk, aku akan jadi takut, jadi fobia sebab dia memang tak tahan dengan batuk semua tu. bila dia batuk, dia akan start selsema, terus jadi kahak dan end up -- warded. kalau boleh, tahun ni, taknaklah masuk hospital lagi. kesian dekat dia. nak cucuk jarum, nak buat drip kat tangan dia adalah satu perkara yang sangat menyesakkan jiwa dan raga mana-mana mak pun. menangis sampai nak terkeluar anak tekak adalah perkara terakhir setiap mak dalam dunia ni nak tengok terjadi pada anak dia. jadi, kesimpulannya aku berdoa sangat-sangat, janganlah batuk dia melarat.
masalahnya, pagi tadi dia dah terjaga pukul 5 dan start batuk-batuk-batuk dan batuk. siap mengigau nangis segala. tapi tidur balik. aku rasa lega jugalah sebab dia masih mampu tidur walaupun batuk dan itu bermakna, batuk dia takdelah teruk mana sangat lagi.
cumanya, aku sebagai ibu yang bekerja, akan menghadapi dilema, anak atau kerja. kalau dia masuk hospital, dah tentu aku yang kena teman dia di hospital. maksudnya, tak masuk kerja. maksudnya, cuti.
sesetengah orang tak faham perkara ini. ambil mudah. pandang senteng. macam kami emak-emak yang bekerja ni suka sangat dapat duduk hospital teman anak sakit.
o--hoi!
emak mana suka tengok anak sakit?
emak mana yang dapat 'bercuti' bila anak merengek siang malam kerana sakit?
tolong faham itu. tapi masalahnya, mereka tak faham. tak semua, tapi ada yang tak faham.
tapi kadang-kadang, ada juga yang memang sengaja tak masuk kerja dengan menggunakan alasan 'anak sakit'. o--hoi! aku memang takkan pernah guna alasan itu kalau nak memonteng sekali pun. setiap perkataan adalah doa. dan aku takkan pernah sekali mendoakan anak aku sakit. mintak simpang semua perkara tu. tapi itulah, ada saja yang begitu. ambil kesempatan. kadang-kadang, bila anak betul-betul sakit, kita dah tak boleh nak percaya dah. betulkah anak itu sakit.
jadi, janganlah bermain-main dengan tahap kesihatan anak, atau sesiapa sekalipun. kesihatan sebenarnya anugerah Tuhan yang paling bermakna. kalau kau kaya, tapi kau sakit, tak guna juga. jadi, nampak tak sekarang, kesihatan tu, masyaAllah lagi penting.
jadi, aku doakan agar kita semua sentiasa sihat dan sejahtera. dapat bekerja dengan baik. dapat menjalankan tugas dengan kewajipan dengan bertanggungjawab. Ameen.
|
hari mula kerja dalam tahun 2013 |
|
baru jumpa effect 'panorama' dalam phone hahaha |
|
test panorama lagi |
|
cuma tengok kat diapers Cha, ada nama dia. ni mesti cikgu kat Taska punya kerja haha. |
|
budak batuk pukul 5 pagi, Alhamdulillah masih nyenyak tidur masa nak hantar ke Taska pagi tadi. |