26 March 2013
Apa itu supplement
Produk utama Shaklee ialah supplement. Supplement macam yang kita sedia maklum adalah 'makanan' tambahan yang memberikan vitamin untuk badan kita.
Tetapi rakan saya ini menyuarakan kebimbangan beliau terhadap penggunaan supplement. Pada saya, ianya biasa kerana saya sediri pada awalnya sangat-sangat bias terhadap supplement.
Pada pendapat saya, asalkan badan saya kuat, saya tak perlukan supplement.
Tapi tanggapan saya ternyata salah.
Saya mula consume supplement semasa saya mengandung. Ya! Semasa mengandung, badan kita akan secara total berubah dari segi fizikal dan chemical!
Hormon sana sini berubah. Badan mula akan rasa lenguh.
Bila mengadu pada doktor, doktor akan suggestkan vitamin yang memberi sumber kalsium kepada badan.
Secara saintifik, baby akan menyerap semua kalsium yang ada dalam badan kita. Itu sebab kita akan mudah lesu, mudah sakit pinggang, sengal-sengal otot dan sebagainya.
Masa itu, doktor berikan saya vitamin 600D (kalsium campur vitamin D) jenama apa saya tak ingat. Selain asid folik, ya, itu adalah di antara supplement pertama yang saya consume.
Selepas bersalin, saya kembali perangai lama. Tak suka makan supplement. Dan ternyata saya salah lagi. Selepas bersalin, badan dah lain. Lagi senang sakit. Lagi senang lenguh. Yelah dengan jaga anak lagi, kerja lagi. Dari situ saya mula teringatlan supplement-supplement saya. Dan saya mula consume supplement kembali.
Setakat ini, saya amalkan vitamin C, B-complex, Omega dan juga minuman protein dari jenama SHAKLEE.
Alhamdulillah, saya serasi dengan brand ni, maklumlah SHAKLEE memang sangat organik dan sedaya upaya tidak cuma meletakkan elemen lebihan chemical dalam produk mereka.
Dan yang lebih menggembirakan hati saya, suami saya sangat-sangat menyokong pengambilan supplement ini.
Macam mana dia menyokong? Owh senang saja nak tunjuk cara sokongan, dia turut consume supplement-supplement ini. Apa saya makan, dia akan makan. Dan nampaknya, SHAKLEE lebih serasi dengan dia. Kenapa? Sebab mak dia tegur dia, dia makin putih dan makin kurus! Okeeee! Ini sudah lebihhh!!
:)
Jadi, jangan terlalu menghukum supplement ya kawan-kawan. Vitamin comes for good :)
Nak cuba supplement?
Nak tahu supplement apa yang sesuai?
Boleh hubungi saya. InshaAllah saya boleh bantu. Saya tak pandai, tapi inshaAllah, saya boleh :)
Salam semua, saya pengedar shaklee yang sah. Jemputlah bertandang ke facebook Pretty Qalesya atau prettyqalesya.blogspot.com dan tanyalah apa saja :)
Boleh watsapp saya juga - 017 235 0404 :)
tak ada mood
tak ada mood nak bercerita lebar.
tak ada mood.
tak ada mood.
mood dah balik kampung.
aa, teringat zaman kecil dedulu kan, bila kata tak ada mood, orang akan tanya, mood pergi mana? kita pun jawab, mood balik kampung. ha lawak. ha lawak. ha harun. ha haram. ha ha.
-_-
takde mood nak crop |
20 March 2013
19 March 2013
Toll Gate Girl and Toll Gate Boy, sekalian.
18 March 2013
Aku memang suka EL. Sila pandang hina pada aku.
Di mana-mana agensi, pejabat kerajaan, badan-badan berkanun, bank, kedai tayar, kedai buku mahupun syarikat angkut sampah sekalipun, masalah pekerja suka ambil Cuti Kecemasan adalah perkara biasa.
Walaupun istilah Cuti Kecemasan itu sebenarnya untuk Cuti yang benar-benar menCEMASkan, namun tetap, pekerja masih suka ambil EL. Selalu bila cakap tentang Cuti Kecemasan, yang selalu ambil Cuti Kecemasan selalunya adalah pekerja sokongan. Tapi itu dulu.... Jangan terkejut, sekarang ini pun, dah ada boss-boss yang sukaaaa ambil Cuti Kecemasan juga. Malah kadang-kadang mereka sendiri keliru, patut ambil Cuti Kecemasan atau ambil Cuti Sakit saja? Opss. No comment.
Dan, satu kajian telah dijalankan, ada pola yang seragam dalam pengambilan Cuti Kecemasan. Selalunya, Cuti Kecemasan paling tinggi diambil pada hari Isnin atau hari Jumaat. Kenapa hari Isnin dan hari Jumaat? Kerana hari Isnin kita ada Monday Blues dan simptom terlajak tidur. Kenapa hari Jumaat, kerana kita ada Saturday Night Fever dan simptom balik kampung sehari lebih awal.
Alasan-alasan untuk Cuti Kecemasan pula semakin hari adalah semakin kreatif. Tetapi alasan yang paling banyak digunapakai ialah anak sakit. Kadang-kadang, dah tak dapat nak beza sama ada betul atau tidak anak sakit. Takkan nak minta laporan doktor pula kan? Lagi alasan yang glamer ialah, atok/nenek/makcik/pakcik/ meninggal. Yelah, takkanlah pejabat rajin sangat nak pergi siasat pakcik/makcik mana yang meninggal.
Pengambilan EL yang berleluasa telah menyebabkan sesiapa sahaja yang mengambil EL akan dipandang senteng, hina dan keji. Betul kata orang, kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Hanya kerana seorang yang suka ambil EL, orang-orang lain yang benar-benar perlu ambil EL turut dipandang senteng.
Tapi kita perlu ingat, kita ini manusia biasa. Setiap hari, kita takkan menjangka apa yang akan terjadi. Kita takkan tahu apa yang Dia dah susun untuk kita. Kalau benar-benar kita ada urusan yang penting perlu kita lakukan pada hari tersebut, apa boleh kita buatkan. Perlu jugalah kita selesaikan.
Macam anak sakit, kalau anak kita betul-betul sakit, takkan kita nak pejam mata saja. Memanglah kita perlu bercuti dan jaga anak kita. Kenapa? Kau nak jaga ke anak orang kalau anak tu sakit? Tak kan? Mestilah diri sendiri yang nak tengok anak sendiri baik sihat sembuh segala kan. Tapi itulah, hanya kerana orang-orang yang biasa EL dan bagi alasan anak sakit, orang lain yang sekali-sekala cuti sebab anak sakit ni terkena tempias.
Pendek kata, berbaik sangkalah sekiranya rakan kita EL. Kalau dia menipu pun, itu urusan dia. Kita ni kenalah berbaik sangka.
Owh. Lupa nak beritahu.
Aku EL hari ni. Tayar pancit. Kreatif tak alasan aku? Aaa..jangan buruk sangka. Memang tayar aku pancit.
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.
Sent from my Nokia 3310
13 March 2013
GA - Future Music Festival Asia 2013
Niat aku nak bagi tiket free kat kawan-kawan.
Ada juga la yang bertanya segala.
Tapi dah jadi satu kerja pula nak pos segala. Suruh datang ambil dah kata tak ada transport pula. Tak bagi kang kesian.
Next time taknak buat GA dah la.
Hahaha.
Walaupun sekarang ni kat tangan aku memang ada tiket F1.
p.s.
tiket F1 tu GrandStand okey.
haha.
Tangan pegang stereng. Otak fikir ke lain.
Muka fokus memandu, tapi kepala otak dok fikir ke lain.
Especially, bila memandu - alone.
Lagilah macam-macam benda dok fikir.
Masa itulah idea untuk entri dalam blog mencanak-canak keluar.
Tapi bila dah masuk pejabat, duduk depan komputer, buka blog, pfftttttt! hilang semua idea.
grrr.
Sekian.
tengah fikir apa nak tulis dalam blog |
11 March 2013
Bila berkawan dengan blogger otai.
Sent from my iPhone
08 March 2013
Mesranya Nubhan dan Mila (Gambar)
I love this photo - kata Mila.
Ada peminat yang mengusik, minat foto ke minat orang dalam foto.
Wallahualam.
Apa-apa pun sweet juga ku tengok :)
05 March 2013
Lahad Datu : Perkembangan Terkini sehingga 5 Mac 2013
4.00pm:
2.00pm:
11.30am:
11.00am:
10.09am:
10.05am:
9.41am:
9.37am:
9.15am:
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am:
8.45am:
8:30 pagi:
8.19am:
8:18am:
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
7:30 pagi:
7 pagi:
Itu saja.
Saya bukan pegawai yang cekap,
Saya pegawai yang lembab buat kerja,
Saya pegawai yang cakap saja tapi tiada tindakan,
Saya pegawai yang banyak buat salah,
Saya pegawai yang banyak kurang sana sini.
Tapi saya tetap bekerja, dan bekerja, dan bekerja.
Saya tak mengharapkan orang sanjungi kerja-kerja saya.
Saya tak mengharapkan pujian melangit atas kerja-kerja saya.
Saya tak minta KC atau KP untuk semua kerja-kerja saya.
Saya cuma mahu buat kerja dengan tenang.
Saya cuma mahu buat kerja saya.
Itu saja.
01 March 2013
Lahad Datu diisytihar darurat
Sent from my iPhone