31 July 2014
25 July 2014
saya minta maaf pada semua orang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan rasa rendah diri, saya Wanita Mutalib ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua atau sesiapa sahaja yang mengenali saya.
Buat rakan-rakan pejabat, kalau ada gurau saya yang mengusik hati, maafkanlah.
Buat rakan-rakan maya, kalau ada tulisan yang menyakitkan hati, maafkanlah.
Buat rakan-rakan yang dah lama tak bertegur sapa, saya mohon maaf sehingga buat anda berjauh hati dan menjarakkan diri dari saya.
Buat adik-adik yang akak kenal di sini, kalau akak tak dapat nak mendengar keluhan adik satu-satu dan selalu, maafkanlah akak.
Buat sanak saudara, maafkan saya kalau jarang berjumpa. Namun tetap, kalian di ingatan.
Sesungguhnya saya ini manusia biasa yang punya banyak kekurangan. Kerap kali saya tersalah langkah, tersalah kata, tersalah tulis, maafkanlah saya sempena bulan baik ini.
Sungguh, saya rindukan kalian (kalian tahu siapa kalian).
Nabi saw. pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan orang pada setiap hari Khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, kepada setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai."(HR Muslim)
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.
Yang Ikhlas,
Wanita Mutalib.
Penat?
Rasa tak bermaya?
Cuba Cinch!
Hubungi saya:
Wanita Mutalib SID 886846
017 235 0404
Pos ke Seluruh Malaysia
COD di kawasan Semenyih, Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.
24 July 2014
Lagi kapal terbang terhempas!
Sejak aku balik dari Kuantan, aku dah mula fobia untuk naik kapal terbang. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi penerbangan yang hanya ambil masa 45 minit tu, ialah penerbangan paling ngeri pernah aku naik. Merasa la aku rasa gegaran. Merasa la aku rasa apa yang orang panggil air pocket tu. Merasa la aku duduk atas awan sebab plane tak boleh mendarat. Perjalanan yang sebenarnya hanya 45 minit, jadi sejam lebih sebab kami tak boleh mendarat. Tapi aku rasa, pilot terpaksa mendarat juga sebab pendaratan memang tak smooth langsung dan masa sampai memang tengah hujan. Pendek kata, pergi dan balik dari Kuantan hari tu, memang buat aku fobia nak naik plane dah.
Lepas Kuantan, aku dan kawan-kawan kena pergi Sarawak untuk retreat bahagian. Again -- kenalah naik plane! Apa lagi transportation yang ada kan?
Aku memang dah berdebor saat kaki aku jejak dalam perut kapal terbang. Tengok pula seat, kena duduk belakangggggg sekali. Again, air pocket! Cuaca tak berapa elok. Awan banyak. Aku dah tahap sesak nafas sebab takut sangat. Aku sikit lagi ja nak angkat tangan nak panggil stewardess. Tapi, aku pujuk hati tengok movie sonyap-sonyap. Setiap kali plane bergegor, aku rasa nak peluk aje mat salleh yang elok tidur macam takde pape kat sebelah aku. Kagum gila aku dia leh tenang macam tu. But anyway, I survive! Haha.
Selepas Sarawak, aku dapat arahan pergi Sabah pulak. Ceritanya sama, aku sesak nafas setiap kali kapal bergegor. Aku rasa fikiran aku dah tak boleh dah nak adjust untuk tak takut, otak aku dah sebati yang aku ni takut naik kapal terbang.
Jadi, sebenarnya memang aku cuba mengelak untuk naik kapal terbang. Biarlah aku tak kemana pun, asalkan aku tak naik kapal terbang dan rasa macam nak peluk orang setiap kali naik plane.
Dalam beberapa bulan, hidup aku tenang tanpa arahan untuk pergi mana-mana state lagi. Tapi Mac lepas, aku dapat arahan untuk buat naziran kat Johannesburg, South Africa. Aku dah cuak. Cuak gila. Seronok memang seronok, sebab dapat tengok negara orang. Tapi memikirkan sesak nafas aku atas plane tu buat hati berbelah nak pergi.
Selang beberapa hari, Malaysia dikejutkan dengan kehilangan MH370! Kebetulan time tu, mak on the way nak datang rumah kami di Semenyih. Jadi sepanjang liputan tentang MH370, memang kami dapat tengok bersama-sama.
Jadinya, mak aku ni dah mula meratib, janganlah pi Joberg. Bahaya, takut terhempas, bla bla bla. Aku pulak, bila mak dah tak bagi, hati aku dah berbelah bagi. Tapi disebabkan arahan pejabat, aku terpaksa ikut saja.
Aku dah mula merangka jadual perjalanan aku. Aku dah minta banyak tarikh dari pejabat Joberg, tapi kawan-kawan kami di Joberg tak dapat nak entertain kami pada tarikh yang kami nak. Jadi perjalanan kami tertangguh dan akhir sekali kami minta untuk datang pada bulan September. Malangnya kena reject lagi. Aku pulak memang tak kisah sangat tarikh kena reject sebab tak ada hati nak pi. Aku dah google, perjalanan dari Malaysia ke Joberg ambil masa 13 jam. Dan kami boleh transit sama ada di Dubai ataupun Mauritius. Lagilah hati berbelah bagi, nak pi ke idak. Dapat singgah Dubai dengan Mauritius tu!
Sebelah kata pi, sebelah kata takut!
Last-last, office Joberg kata diorang ada masa bulan November saja. Aku pun pikir, okey lambat lagi. Boleh pikir lagi.
Alih-alih, Malaysia sekali lagi diuji dengan MH17 yang ditembak jatuh lalu terhempas. Serius, semangat aku merudum balik. Ketakutan aku makin menjadi-jadi. Mak aku pulak pagi-pagi lagi terus call, tanya sama ada aku jadi pergi Joberg ataupun tidak. Aku kata jadi. Dan dia cuma pesan pada aku 'pikir dulu, pikir dua tiga kali dulu'.
Okey, mak tak bagi pergi.
Dan last week, aku dapat call dari bahagian Kewangan, katanya diorang dah tukar team aku untuk buat naziran ke New Delhi dengan Chennai. Hati aku jadi lagi bertambah tak sedap hati. Dah la tak dapat tarikh, tertangguh-tangguh, alih-alih kena tukar tempat pulak. Jadi aku pun terus cakap pada urusetia boleh tak kalau aku tak nak pi. Dan diorang kata, memang ada yang dah tarik diri tak tahulah sebab apa, tapi memang diorang tarik diri.
Jadi aku pulak, dengan hati yang memang 90% kata tak nak pergi, terus saja zahirkan dengan cakap pada mereka yang aku tak nak pi mana-mana buat masa ni.
Memanglah, kalau dah ajal, duduk makan ais krim pun boleh mati. Tak semestinya flight aku nanti akan terhempas pulak. Tapi, buat masa ini, aku nak elakkan daripada naik flight.
Semalam, cerita pasal plane terhempas kat Taipei. Ni dengar pulak ada lagi plane terhempas dekat Algeria.
Soooooo, tak mo lah. Biarlah tak merasa pi mana. Mak nak duduk dalam tempoh bertenang dulu.
Hik hik.
Sent from my iPhone

Berbuka Puasa @ PICC
Sebenarnya masa aku ikut Nazri buka puasa kat PICC minggu lepas, geng-geng blogger juga ada berbuka puasa kat situ. Ramailah, ada Ben Ashari, ada Abah Careno, ada Shakiddo, ada ramai lagi. Tapi memandangkan mak adalah seorang yang dikategorikan sebagai blogger sendu, maka tidaklah mak pergi menegur. Segan awww haha.
Dipendekkan cerita, hari tu memang aku tak ready langsung nak ikut Nazri berbuka puasa kat PICC sebab kononnya itu hanya untuk kawan-kawan pejabat dia sahaja. Aku pun dah ligat dah kepala otak manalah nak berbuka berdua dengan Cha ni. Sedih tawww!
Tiba-tiba tengah hari tu Naz telefon aku dan katanya boss dia dah masukkan nama aku dan Cha untuk berbuka sekali. Waduh! Rezeki tuk. Yang Nazri pula tanya aku, Cha tak ada baju untuk pakai kang kan? Aku kata, pakai t-shirt dengan seluar pendek dia sajalah. Dah tak ready pape. Jadi Nazri pun diam macam tu saja. Lepas tu, aku pulak yang pikir panjang, takkan nak bagi Cha pakai baju biasa saja nak pi berbuka puasa kat PICC. Nampak tak nampak tak?! Mak yang over sebenarnya haha.
Jadi petang tu, lepas balik pejabat pukul 5.00 petang, aku terus bawak Cha pergi Alamanda. Aku belikan Cha skirt untuk di pakai petang nanti haha. Cha pulak dah nampak pulak klip-klip rambut. Aku pun layankan saja.
Sampai dekat PICC lebih kurang jam 6.30 petang. Teruskan tukar baju dia dan kemaskan dia sikit-sikit. Telefon Nazri dan dia pun datang ambil kami.
Alhamdulillah, dapat berbuka puasa kat PICC. Makanan memang marvelous. Sedap gila! Ni ada beberapa hari lagi kan, kalau nak cuba berbuka puasa kat PICC, pergilah. Memang takkan menyesal sebab makanan sedap-sedap belaka. Daging kambing dia sangat sedap. Aku yang tak makan kambing ni pun boleh pi tambah lagi. Sedap. Memang Sedap. Pastu jangan terkejut. PICC ada jemput Rosma AF sebagai penyanyi undangan. Jadi sementara korang makan, korang akan dihiburkan dengan suara lemak merdu Rosma. Surau? Jangan risau, surau kat PICC sangat selesa. Korang makan sikit, pergi sembahyang dulu, pastu makan la sampai tak boleh bangun haha!
Caught Red Handed
Semalam, lepas berbuka sempat tengok satu rancangan namanya Caught Red Handed. Satu rancangan tv yang tunjuk macam mana omputih tangkap orang yang suka mencuri dalam shopping complex. Pendek kata CCTV sangat-sangat membantu dalam zaman moden.
Kalau diingat-ingatkan semula, zaman-zaman kita dulu mana ada orang yang letak CCTV dalam kedai diorang kan? Kalau ada, memang hip la kedai tu haha.
Jadi semalam aku pun bercerita pada Nazri, masa aku umur lebih kurang 12 tahun aku pernah dituduh mencuri dalam sebuah pasar mini.
Okey cerita dia macam ni --
Aku mintak duit dari ayah, nak beli cekelat (gula-gula). Ayah pun bagilah aku duit, aku pun tak ingat berapa. Jadi aku masuk dalam kedai tu. Dengan duit yang aku ada, aku pun ronda-rondalah ke depan ke belakang nak cari cekelat yang cukup dengan duit yang ayah aku bagi. Memang la nampak cam suspicious gila, belek itu, belek ini, ke depan, ke belakang, tapi aku manalah nak tahu yang dia dah aim aku lama.
Jadi masa aku dah decide cekelat apa aku nak beli, aku pun teruslah ke kaunter bayaran. Aku ingat lagi betapa muka tokey tu garang gila, dengan mata terjengil-jengil macam nak keluar dari soket mata tu, marah-marah dan tuduh kata aku mencuri. Dia siap selak baju aku nak tengok dalam poket. Aku pulak tak tahu kenapa aku tak marah dan tak nangis. Mungkin sebab perasaan takut lagi tinggi. Tambah pulak aku memang budak blur.
Ending, aku keluar dengan cekelat yang aku nak (bayar dah) dan masuk kereta dengan senyap. Tak cerita langsung pada ayah.
Sampailah ada satu hari, ayah suruh aku beli barang dekat pasar mini tu lagi, aku cakap aku tak nak, dia tanya kenapa dan barulah aku cerita pasal perkara tu.
Dia punya marah sebab aku tak cerita hari tu juga, sebab katanya kalau tak memang dia masuk semula kedai tu sebab tak patut dia buat macam tu pada aku. Tapi memandangkan benda tu pun dah lama jadi, ayah aku kata tak guna kalau nak jumpa dia dan tanya balik perkara tu.
Jadi ayah aku kata, jangan beli barang kat kedai ni dah. Banyak lagi kedai lain boleh pergi.
Sampai sekarang, kalau aku lalu depan kedai tu, aku rasa sayu aje. Entah, tak tahu kenapa rasa sayu. Mungkin sebab kenangan kot. Yelah. Kenangan. Tokey tu pun dah lama tak de dah. Tak tahulah siapa yang jaga kedai tu sekarang. Harap-harap anak cucu dia takdelah garang sangat macam dia tu. Biorle friendly sikit ye. :)
Nanti balik Ipoh, nak singgah le :) Beli cekelat.
***
Raya nanti sure makan banyak kan? Risau badan naik? Jangan risau. Nak makan, makan saja tapi jangan lupa dua ejen ni. Lechitin dan Alfalfa. Kenapa diorang berdua ni? Sebab lechitin boleh bantu bakar balik segala lemak yang korang dah makan. Alfalfa pulak tolong bawak keluar semua bahan yang dah kena bakar tu tadi. InshaAllah, sedikit sebanyak akan membantu korang kekalkan berat badan korang. Idakle lepas raya muka dah macam ketupat ja masing-masing kan?
Nak cuba? Boleh hubungi kite okey! :)
23 July 2014
Kenapa saya suka Selfie?
Wakaka. Walau pun hidup ai is tak mancung. Walau pun pipi ai is tersorong-sorong, ya ai is like selfie. Hah amik kaw berterabur.
Pendek kata -- ya, saya suka juga la selfie. Walau pun selfie tersebut akan dicantikkan lagi dengan 360, tetap mak suka. Dan walau pun ada yang mengatakan siapa yang suka selfie itu sakit jiwa, ada mak kesah? Haha.
Dan sebab yang utama kenapa mak suka selfie ialah, kerana mak adalah tergolong dalam orang yang gemuk, gempal dan maintain comel. Name it. Memang ai is gemuk. Sesetengah siap ingat mak pregnant -- okey?! Haha. Jadi oleh itu, adalah lebih selamat untuk selfie kerana selfie hanya menampakkan muka dan tiada penampakan tubuh badan. Ada faham? Haha!
tapi -- maintain comel. Haha!
LIHATLAH DUNIA!!
Sekian bebelan di petang hari sebelum balik menempuh jem.
Selamat berbuka puasa!
Slow - Mo
Semua orang dalam mood raya. Saya tidak terkecuali. Hati dah ada kat kampung (raya ketiga baru dapat jumpa mami huhu).
Persiapan tahun ini, agak kurang sikit. Tak tahu kenapa. Tak berapa 'feel' raya. Baju Qalesya pun belum beli lagi. Bukan sebab tak pergi beli, tapi sebab mami tak jumpa lagi yang boleh buat Qalesya nampak WOW. Iya, mak dia yang beria. Sabar je lah haha.
So mungkin esok kami akan teruskan pencarian baju raya Cha.
Yang pastinya, kerja di pejabat dah makin slow - mo.
Orang dah start cuti.
Office dah start sunyi.
Arrggh.

little Sunshine |
18 July 2014
Family is all I have.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.
Hubungi saya:
Wanita Mutalib SID 886846
017 235 0404
Pos ke Seluruh Malaysia
COD di kawasan Semenyih, Bangi, Kajang, Putrajaya dan Kuala Lumpur
Wanita Mutalib SID 886846
017 235 0404
Pos ke Seluruh Malaysia
COD di kawasan Semenyih, Bangi, Kajang, Putrajaya dan Kuala Lumpur
Subscribe to:
Posts (Atom)