Sejak aku balik dari Kuantan, aku dah mula fobia untuk naik kapal terbang. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi penerbangan yang hanya ambil masa 45 minit tu, ialah penerbangan paling ngeri pernah aku naik. Merasa la aku rasa gegaran. Merasa la aku rasa apa yang orang panggil air pocket tu. Merasa la aku duduk atas awan sebab plane tak boleh mendarat. Perjalanan yang sebenarnya hanya 45 minit, jadi sejam lebih sebab kami tak boleh mendarat. Tapi aku rasa, pilot terpaksa mendarat juga sebab pendaratan memang tak smooth langsung dan masa sampai memang tengah hujan. Pendek kata, pergi dan balik dari Kuantan hari tu, memang buat aku fobia nak naik plane dah.
Lepas Kuantan, aku dan kawan-kawan kena pergi Sarawak untuk retreat bahagian. Again -- kenalah naik plane! Apa lagi transportation yang ada kan?
Aku memang dah berdebor saat kaki aku jejak dalam perut kapal terbang. Tengok pula seat, kena duduk belakangggggg sekali. Again, air pocket! Cuaca tak berapa elok. Awan banyak. Aku dah tahap sesak nafas sebab takut sangat. Aku sikit lagi ja nak angkat tangan nak panggil stewardess. Tapi, aku pujuk hati tengok movie sonyap-sonyap. Setiap kali plane bergegor, aku rasa nak peluk aje mat salleh yang elok tidur macam takde pape kat sebelah aku. Kagum gila aku dia leh tenang macam tu. But anyway, I survive! Haha.
Selepas Sarawak, aku dapat arahan pergi Sabah pulak. Ceritanya sama, aku sesak nafas setiap kali kapal bergegor. Aku rasa fikiran aku dah tak boleh dah nak adjust untuk tak takut, otak aku dah sebati yang aku ni takut naik kapal terbang.
Jadi, sebenarnya memang aku cuba mengelak untuk naik kapal terbang. Biarlah aku tak kemana pun, asalkan aku tak naik kapal terbang dan rasa macam nak peluk orang setiap kali naik plane.
Dalam beberapa bulan, hidup aku tenang tanpa arahan untuk pergi mana-mana state lagi. Tapi Mac lepas, aku dapat arahan untuk buat naziran kat Johannesburg, South Africa. Aku dah cuak. Cuak gila. Seronok memang seronok, sebab dapat tengok negara orang. Tapi memikirkan sesak nafas aku atas plane tu buat hati berbelah nak pergi.
Selang beberapa hari, Malaysia dikejutkan dengan kehilangan MH370! Kebetulan time tu, mak on the way nak datang rumah kami di Semenyih. Jadi sepanjang liputan tentang MH370, memang kami dapat tengok bersama-sama.
Jadinya, mak aku ni dah mula meratib, janganlah pi Joberg. Bahaya, takut terhempas, bla bla bla. Aku pulak, bila mak dah tak bagi, hati aku dah berbelah bagi. Tapi disebabkan arahan pejabat, aku terpaksa ikut saja.
Aku dah mula merangka jadual perjalanan aku. Aku dah minta banyak tarikh dari pejabat Joberg, tapi kawan-kawan kami di Joberg tak dapat nak entertain kami pada tarikh yang kami nak. Jadi perjalanan kami tertangguh dan akhir sekali kami minta untuk datang pada bulan September. Malangnya kena reject lagi. Aku pulak memang tak kisah sangat tarikh kena reject sebab tak ada hati nak pi. Aku dah google, perjalanan dari Malaysia ke Joberg ambil masa 13 jam. Dan kami boleh transit sama ada di Dubai ataupun Mauritius. Lagilah hati berbelah bagi, nak pi ke idak. Dapat singgah Dubai dengan Mauritius tu!
Sebelah kata pi, sebelah kata takut!
Last-last, office Joberg kata diorang ada masa bulan November saja. Aku pun pikir, okey lambat lagi. Boleh pikir lagi.
Alih-alih, Malaysia sekali lagi diuji dengan MH17 yang ditembak jatuh lalu terhempas. Serius, semangat aku merudum balik. Ketakutan aku makin menjadi-jadi. Mak aku pulak pagi-pagi lagi terus call, tanya sama ada aku jadi pergi Joberg ataupun tidak. Aku kata jadi. Dan dia cuma pesan pada aku 'pikir dulu, pikir dua tiga kali dulu'.
Okey, mak tak bagi pergi.
Dan last week, aku dapat call dari bahagian Kewangan, katanya diorang dah tukar team aku untuk buat naziran ke New Delhi dengan Chennai. Hati aku jadi lagi bertambah tak sedap hati. Dah la tak dapat tarikh, tertangguh-tangguh, alih-alih kena tukar tempat pulak. Jadi aku pun terus cakap pada urusetia boleh tak kalau aku tak nak pi. Dan diorang kata, memang ada yang dah tarik diri tak tahulah sebab apa, tapi memang diorang tarik diri.
Jadi aku pulak, dengan hati yang memang 90% kata tak nak pergi, terus saja zahirkan dengan cakap pada mereka yang aku tak nak pi mana-mana buat masa ni.
Memanglah, kalau dah ajal, duduk makan ais krim pun boleh mati. Tak semestinya flight aku nanti akan terhempas pulak. Tapi, buat masa ini, aku nak elakkan daripada naik flight.
Semalam, cerita pasal plane terhempas kat Taipei. Ni dengar pulak ada lagi plane terhempas dekat Algeria.
Soooooo, tak mo lah. Biarlah tak merasa pi mana. Mak nak duduk dalam tempoh bertenang dulu.
Hik hik.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas segala pandangan..