Tabungan

24 July 2014

Berbuka Puasa @ PICC

Sebenarnya masa aku ikut Nazri buka puasa kat PICC minggu lepas, geng-geng blogger juga ada berbuka puasa kat situ. Ramailah, ada Ben Ashari, ada Abah Careno, ada Shakiddo, ada ramai lagi. Tapi memandangkan mak adalah seorang yang dikategorikan sebagai blogger sendu, maka tidaklah mak pergi menegur. Segan awww haha.

Dipendekkan cerita, hari tu memang aku tak ready langsung nak ikut Nazri berbuka puasa kat PICC sebab kononnya itu hanya untuk kawan-kawan pejabat dia sahaja. Aku pun dah ligat dah kepala otak manalah nak berbuka berdua dengan Cha ni. Sedih tawww!

Tiba-tiba tengah hari tu Naz telefon aku dan katanya boss dia dah masukkan nama aku dan Cha untuk berbuka sekali. Waduh! Rezeki tuk. Yang Nazri pula tanya aku, Cha tak ada baju untuk pakai kang kan? Aku kata, pakai t-shirt dengan seluar pendek dia sajalah. Dah tak ready pape. Jadi Nazri pun diam macam tu saja. Lepas tu, aku pulak yang pikir panjang, takkan nak bagi Cha pakai baju biasa saja nak pi berbuka puasa kat PICC. Nampak tak nampak tak?! Mak yang over sebenarnya haha.

Jadi petang tu, lepas balik pejabat pukul 5.00 petang, aku terus bawak Cha pergi Alamanda. Aku belikan Cha skirt untuk di pakai petang nanti haha. Cha pulak dah nampak pulak klip-klip rambut. Aku pun layankan saja.

Sampai dekat PICC lebih kurang jam 6.30 petang. Teruskan tukar baju dia dan kemaskan dia sikit-sikit. Telefon Nazri dan dia pun datang ambil kami.

Alhamdulillah, dapat berbuka puasa kat PICC. Makanan memang marvelous. Sedap gila! Ni ada beberapa hari lagi kan, kalau nak cuba berbuka puasa kat PICC, pergilah. Memang takkan menyesal sebab makanan sedap-sedap belaka. Daging kambing dia sangat sedap. Aku yang tak makan kambing ni pun boleh pi tambah lagi. Sedap. Memang Sedap. Pastu jangan terkejut. PICC ada jemput Rosma AF sebagai penyanyi undangan. Jadi sementara korang makan, korang akan dihiburkan dengan suara lemak merdu Rosma. Surau? Jangan risau, surau kat PICC sangat selesa. Korang makan sikit, pergi sembahyang dulu, pastu makan la sampai tak boleh  bangun haha!



 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...